ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 14, 2016

PERSEDIAAN BERPANTANG


 Salam semua
Ada kawan-kawan yang PM tentang persediaan untuk berpantang 
Terutama tentang supplement yang perlu di amalkan
So saya buat entry lumpsum
Nanti saya share je dengan kengkawan saya
Pada yang goggle dan terbaca blog nie
Boleh follow kalau sesuai ye

Anak dah nak masuk 4
inilah kali pertama rasanya berani nak share apa yang saya buat persediaan utk berpantang
Saya pakai apa yang serasi dengan saya
Pengalaman dari 3 anak sebelum nie
Kalau rasa membantu boleh ikut
Kalau rasa tak yakin 
Boleh tanya pada yang lebih pakar :)


Okey kali nie saya beli je sendiri persiapan untuk luaran
Tak payahla nak suruh mak bidan sediakan
Lagipun kali nie saya tak pakai mak bidan yang sama
Sekarang nie banyak produk2 yang mudah digunakan
Saya beli di satu website

 

Bolehla jenguk2 di website nie..Pelbagai jenis produk  untuk ibu-ibu
Jenama Nona Roguy, Tanamera dan lain-lain
Pilih je ikut kesesuaian budget
Mesti nak tau saya beli apa kan?
 
 Inilah yang saya borong 
Saya campur2 je produk
Bukan dosa pun hihi
Ada Nona Roguy dan Tanamera
Nampak tak tungku tue. Untuk mak baby katanya boleh panas dlm microwave je
Tapi saya nak stim biasalah
Seram plak panas dlm microwave hihi 
Harga refer kat web tue ye
Semua jelas & terang bederang


Untuk kali nie saya buat persediaan dengan book makanan di Pantang Food. Makanan disediakan 3 kali iaitu lunch, makan petang dan dinner. Dari review nampak ok. Nanti saya dah lalui saya akan full review ya. Saya ambil untuk pakej 2 minggu trlebih dahulu. Lepas tue saya akan sambung lagi.Insya Allah kalau service okey dan memuaskan



 
Untuk supplment dalaman pula saya consume apa yang saya consume masa bersalinkan Khairy. Bersalinkan Khairylah saya betul2 menjaga diri sendiri. Dulu saya main makan je apa yang orang sediakan. Badan lambat jugak baik. Sakit-sakit dalaman jugak. So masa Khairy memang saya jaga diri sendiri sebab saya kena sihat dan kuat untuk menjaga si special Khairy.Lagipun masa Khairylah kesihatan dalaman saya lebih teruk. Sebabnya dalam pantang ceser saya tak mcm pantang. Sebab Khairy asik melalak sebab masalah jantung dia tue. Berpantang dengan Khairy di hospital hampir sebulan. Dengan stokin dengan badan yg masih tak sihat.Mandi air sejuk. Takde istilah pantang sebenarnya masa Khairy. 

Inilah yang saya makan masa pantangkan Khairy selepas keluar hospital slepas Khairy warded hampir sebeulan di High Depency Unit HUKM dan supplement nie semua  sangat2 membantu recover badan saya selepas itu

1)Ekstrak Kacip Fatimah UTM-RM90
Banyak kegunaan Ekstrak Kacip Fatimah UTM ne tapi saya ringkaskan untuk kegunaan wanita bersalin sahaja ye.. Antara kegunaannya mengatasi masalah peranakan jatuh, mengecutkan rahim , memberi tenaga selepas bersalin. Penting sangat supaya cepat sihat untuk jaga anak-anak. Bukan sorang anak je ada 4 ank hokey!!Senang cerita bacalah pengalaman saya pertama kali consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie di link ini Pengalaman sendiri consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM

2) Virgin Coconut Oil UTM-RM59
mesti ramai yang tanya kenapa semua jenis produk UTM je? Salah satu sebabnya produk UTM nie dah jalani ujian makmal dan R&D. Produk-produk UTM bukan produk OEM . Pada yang tak tau produk OEM tue apa meh saya jelaskan produk OEM tue adalah produk yang dibuat disatu kilang dan kita letaklah apa2 jenama pun. Janji ada fulus.lebih kurang gitulah.. paham tak?  
Kerana itu saya pilih produk-produk UTM yang ada R&D dan dosnya telah ditentukan sesuai untuk pengguna.Kegunaan Virgin Coconut Oil UTM nie utk ibu mengandung adalah ia antiviral dan antifungal. Virgin Coconut Oil UTM juga melawaskan sistem penghadaman. Kan kalau dalam tempoh berpantang susah sangat nak membuang sebab minum air pun catu2. Masa pantang Amana ya allah sampai 2 week tak membuang. Stressnya Allah jelah tau. Walaupun saya makan ubat bagi membuang dari hospital tak jalan pun. Masa preggy nie pun saya makan Virgin Coconut OIl UTM. Kurang mual dan bertenaga sikit.

3) Habatussauda Minsyam-NAQI-RM42
Nie pakaging baru dari Minsyam. Sama dengan Habatusauda Minsyam pakaging lama tue. Cuma dah ditingkatkan pembungkusan dan botol.Now dalam bekas kaca.Penutup pun macam antibiotik dari klinik tue. Kedap udara supaya kualiti terjamin dan ada Halal dari JAKIM sekarang.
Saya makan Habatussauda Minsyam-NAQI masa berpantang  kerana ia boleh mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka dalaman dan dapat memanaskan badan. Selain itu ia dapat menambahkan jumlah pengeluaran susu. 

4) Zaiton Minsyam-NAQI-RM36
lok diamalkan kerana ia dapat membantu melancarkan pengedaran darah dan memelihara kecantikan dalaman wanita dan dapat dijadikan sebagai aromatherapy

Inilah yang saya consume masa menjaga Khairy dulu. Syukur alhamdulilah sihat jugak walau "berperang" dengan macam2 masalah. Nasib tak meroyan!!


 

Baybie Wash-RM29.90

Untuk baby ye bukan mak baby
Cukup-cukupla apa yang dah mak baby beli utk diri sendiri kat ats tue
 Sejak-sejak joint team organik nie saya dah jadi selective sikit
Takle cerewet sangat
Tapi memilih sikit
Baybie Wash nie SLS, PARABEN, ALCOHOL, FRAGRANCE FREE (TENGOK GAMBAR)
Kali nie saya tak beli dah produk2 glamer di pasaran
Biarlah tak glamer asal saya tau siapa founder
Untuk bayi kali nie saya gunakan Baybie Wash yang diformulasi Dr Zulkifli Sharif
Ada ekstrak bidara dan lavender oil
Cuba gogle apa kegunaan bidara utk bayi dan orang dewasa ya..

Itu jelah yang saya share ye
Ini pun dah habis ringkas
Yang barut bekung baju etc etc
Boleh gogle dari blog-blog lain pula ye
Anak dah masuk 4 saya lebih utamakan kesihatan
Nak cepat sihat  dan nak cepat pulih
Barang-barang lama ada ..pakai je..beli sikit2 je..
Tapi ada jugak barang2 yang dah hilang
Kena jugak beli baru
GRRRR




 

1 comment:

norhidana said...

selamat hari raya...
lama tak tgk ila bt ntry baru...
masa baca tajuk tuh... eh2 ingat ila bersalin rupenye bkn hehehe...

tq utk share psl berpantang nih yek... ilmu nih, bkn blh sembarang2 je kan