ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 28, 2016

Check up Adlan Khairy

Hari nie khairy ada check up jantung. Buat pertama kali  saya tak teman khairy check up.selama 3 tahun nie saya tak pernah miss khairy check up jantung dan mata. Tapi hari nie saya tak ikut sebab jaga adam. Saya pun belum kuat nak menunggu lama-lama di hospital..dengan adam lagi,.nanti adam nak menyusu nak tido ..so baikla saya dok diam-diam je dengan adam..tak payahla ikut ke hospital...

Khairy pun pandai..awal-awal dah cakap "mama no ikut ya..mama dok umah jaga adam ye.. no ikut.. khairy pegi dengan papa"

Balik je dari hospital terus khairy datang cerita "mama, adam tampal-tampal sini..banyak" beriya2 cerita sambil tunjuk dada dia.. maksudnya dia buat ECG.. amik bacaan jantung dia,. Mcm biasa anak supermankan? Redo jelah.. dapat lagi stok ubat dia.. tapi gembira sikit sebab bacaan jantung khairy turun sikit..

saya bagi makan ubat jantung.. bagi minum air zam-zam dan picit minyak zaiton dalam susu khairy.. saya terbaca zaiton bagus untuk jantung..memang dah lama amalkan..  aya guna zaiton keluaran minsyam... sekarang dah rebranding  NAQI MINSYAM. alhamdulilah bertahan  jugak khairy.. apa pun sebagai ibu kita usahakan.. perubatan moden saya usahakan..makanan sunnah pun saya buat juga..

khairy dah makin besar so nak bagi ubat atau masuk zaiton dalam susu kena sorok2 dari khairy..ada sekali tue khairy nampak saya picit softgel zaiton dalam susu dia .,terus khairy cakap "ubat ye.. khairy tak nak makan ubat.. no ubat no ubat" haha

Pernah jugak tengah ralit picit softgel zaiton..khairy datang senyap "mama buat apa?!!" tanjat mama dia.. terus minyak zaiton masuk mata.. bukan masuk botol..kabur mata mak khairy sekejap..adessss...

Menyusu secara berjemaah 😎

Sayang adam ketat-ketat


Ini minyak zaiton yang khairy amalkan dulu kini dan selamanya
Saya pun amalkan juga tapi lebih kerap amalkan habatusauda

1 comment:

norhidana miswan said...

alhamdulillah makin pandai makin sihat adlan....

geram ngn bby adam yg tebal rambutnya