ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, November 7, 2016

POWERGOLD Untuk Adlan Khairy

Kita sebagai ibubapa pasti merancang untuk masa depan anak-anak. Ada yang buat simpanan tabung haji..ada yang buatkan insuran..ada yang buat ASB..macam-macamlah..saya juga buat begitu untuk amana dan arief..tapi khairy selaju jadi yang special.. huwaaa..huwaa..

Dalam anak2 hanya khairy sahaja yang "tiada apa-apa"
Maksudnya tiada simpanan tabung haji dan insuran
Anak2 lain semua ada

Masa khairy lahir tumpuan lebih kepada kesihatan khairy
Memang berhabis utk khairy sihat
Keluar wad masuk wad..monthly check up termasuk selesaikan nazar kesihatan Khairy keMekah

Nak beli insuran mcm plan kakak dan abang
Doktor khairy tak izinkan
Katanya takkan lepas
Tunggu sehingga doktor keluarkan surat yg khairy bebas masalah jantung
Nak bukak akaun tabung haji sampai ke sudah tak buat2
Kenapa? Sebab masa tue khairy tak sihat dan sy tak fikir ada keperluan ke arah tue
Cash lebih diperlukan utk biaya kesihatan dia
Alhamdulilah tanpa akaun tabung haji dia yg jejak dulu Mekah
Ajaibnya khairy.. aturan Allah memang cantikkan?

Baru2 nie tergerak membaca tentang emas
So now sy menyimpan emas utk khairy😊
Sampaikan baki2 duit syiling ke kedai sy tabungkan
Bila anak2 tanya.. nak buat apa?
Saya jawab simpan emas utk khairy
Nampak "kejelesan" anak2 kat situ haha
So sekarang semua pakat simpan duit sendiri..baki duit belanja
Sebab jeleskan khairy
Insya allah nanti bukak jugak tabung haji utk khairy
Sebab nak daftar haji untuk khairy jugak

Didik anak-anak dari kecil tentang emas
Insya allah saya akan terus share di blog ini tentang kebaikan emas
Sy joint group emas untuk fungsikan emas
Semoga cepatla segala hutang pitang selesai
Dan semoga dengan emas nie dapat digunakan untuk keperluan perubatan  Khairy
Ehdulu saya bayar by credit card tau bil hospital khairy
Ada interest rate kalau tak setel cepat
Acumulate pulak tu
Tapi kalau pakai emas boleh bawak ke arrahnu
Cuma bayar upah simpan yg sangat rendah dan tak ada istilah accumulate
Emas tiada riba ye
Kenapalah lambat saya nak tahu tentang emas nie
Kalau tidak hurmmmm.. 

Bagi yang newbie kenallah dulu dengan emas-emas nie ye
Harga dan berat pastilah berbeza
Dan paling penting harga berubah mengikut hari
Kebiasaannya bila harga emas turun berdesup-desup semua order emas
Tapi bagi pengumpul emas, bukan harga yang jadi ukuran
Yang penting asal ada duit je tukar jadi emas

Ehemmm
Baru bermula
Jom kita jadi pengumpul emas
Kumpul goldbar,kumpul dinar,kumpul barang kemas, kumpul pandora emas ehhh 😆
Nampak atas kotak biru tue?
Walaupun kecik mahal weii
Itu pandora emas
Adik saya suka pandora silver
Saya pulak teringin nak beli charm pandora emas
Belilah satu
Hilangkan mengidam

Banyak gunanya emas nie
Nanti saya share apa yg sy tahu dari geng2 emas ye
Saya akan terus share tau
Nantikan mak khairy jadi penjual emas
Hahahaha
Khairy nanti kawin hantaran bagi dinar emas jelah kat isteri ya?
Bertuah menantu saya
Muahaha


4 comments:

Mama Zharfan said...

emas sgt bagus as a saving..kalis inflasi gitu..and harga sentiasa naik from day to day

anyway, upah kat ar rahnu tu tak murah sgt kot..(based on my experience)..depend on value emas dan duit yg kita nak (financing)...cthnya financing RM2800 ..upah monthly dekat2 RM30. #just sharing

Wan Syahida Kahar said...

Memang emas adalah antara pelaburan yang bagus. Especially untuk masa depan anak-anak.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mz- tapi tak accumulate .kalau creditcard accumulate then kira semua sekali termasuk charge yg bulan sebelum tue.. kalau arrahnu..upah tue statik sahaja..takde acumulate..

kalau pinjam kat arrahnu kurang 15 hari.. upah simpan kira separuh.. dah pernah pajak..tue lagi prefer arrahnu compare credit card..

emas tue pulak boleh keluar arrahnu banyak kali.. dan yang best emas yg sama masuk bila keluar harga entah berpa kal ganda dah naik untuk masa akan datang..betul tak?

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan- saya pun baru mula belajar..insya allah demi anak2..kalau simpan duit memang habis haha