ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, October 31, 2016

Online shopping di Koleksi Anak Kite

Saya berpantang di rumah mak
Khairylah oeneman setia
Mulanya ingat nak pantang sendiri kat umh sendiri
Tapi bila saya bersalin ceser terus ubah program
Berangkutla saya, khairy dan adam ke umah mak

Khairy setia meneman mak dia
Jadi saya beli sesuatu untuk khairy
Bila dia pakai dia rasa happy
Dan paling oenting ia bukan pembaziran kiki

Apa saya beli?
Baju-baju santai haha
Bukan main seronok khairy

Budak-budak kalau nampak baju cartoon macam nie
Tak ke melompat?
Puas pujuk khairy, saya nak basuh dulu
Tapi khairy asik tanya
 khairy pakai boleh? boleh? boleh?
Oh harga sepasang rm18 je



Boleh beli kat sini
Nie kawan comper saya
So trusted seller nie ya
Dont worry
Banyak dah saya beli barang2 kat sini sebenarnya


Ini antara baju kegemaran khairy
Nie masa khairy kecik-kecik dulu
Masa nie umur khairy kurang 2 tahun
Sekarang dah nak masuk 4 tahun
Lama dah beli baju nie
Kata pelanggan setia haha

Sunday, October 30, 2016

Ekstrak Kacip Fatimah UTM : Masalah Istihadah Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua
Dah lama tak kongsi feed back customer tentang Ekstrak Kacip Fatimah UTM kan?
Almaklumlah saya berehat panjang dalam online business
Syukur alhamdulilah ada pembantu yang uruskan
Ada assistant yang sangat boleh dipercayai
Jom kita share feed back terbaru ini
Mudah-mudahan memberi manfaat pada kita semua
Customer alami maslah darah yang datang dengan kerap
Kitaran haid tidak normal sejak melahirkan bayi 11 bulan yang lepas
Customer telah jumpa gyne dan diberi ubat penahan period
Tak selesa tau bila kitaran haid tak normal
Berkali-kali datang dalam sebulan


Alhamdulilah dalam 5 hari amalkan ekstrak kacip fatimah UTM (EKF-UTM) masalah customer beransur pulih.
Customer juga repeat order Ekstrak Kacip Fatimah UTM
Semoga Ekstrak Kacip Fatimah memberi manfaat pada semua wanita

Friday, October 28, 2016

Salam jumaat semua

Tarik napasssss
Makanan semua dah siap
Si comel nie paling penting ..pun dah siap
Dapur dah kemas..
Rupanya diri sendiri lum mandi haha
Lepas mandi sidai kain
Sapu umh pulak
Nak lipat kain semalam pulak
Baru nak rest baby nangis plak nak susu
(Nanti adala org cakap..kalau dah tau tak larat ...rehat..jangan berlagak kuat)

Siapa kata keja jadi "lisa surirumah" senang?
Meh dok rasa sat..
Tahan ke dak?
Sebab tue mak khairy dok umh kurus
Anak2 sihat walafiat

Kalau dok opis memang berlemak2
Makan dengan tenang
Sarapan makan
Lunch makan
Balik keja sempat makan goreng pisang
Lum lagi kawan2 opis "paksa" makan

Tapi yang nyata
Walau badan jadi kurus kering
Hati tenang sebab anak yg magic depan mata
Kalau tidak ...kat opis tak keruan je
Khairy tue melompat2 ok ke dia
Kang tetiba pitam ada org nampak ke
alhamdulilah lum pernah episod pitam lagi..sebab mostly mak dia pantau

Bersyukur apa yg ada
Hidup kita tak sama dgn orang lain
Kita bahagia dgn cara kita
Kita bertahan dengan cara kita
Insya allah kalau sabar reda kan Allah dah janji ada sesuatu di akhirat nanti

Salam jumaat semua!!

Check up Adlan Khairy

Hari nie khairy ada check up jantung. Buat pertama kali  saya tak teman khairy check up.selama 3 tahun nie saya tak pernah miss khairy check up jantung dan mata. Tapi hari nie saya tak ikut sebab jaga adam. Saya pun belum kuat nak menunggu lama-lama di hospital..dengan adam lagi,.nanti adam nak menyusu nak tido ..so baikla saya dok diam-diam je dengan adam..tak payahla ikut ke hospital...

Khairy pun pandai..awal-awal dah cakap "mama no ikut ya..mama dok umah jaga adam ye.. no ikut.. khairy pegi dengan papa"

Balik je dari hospital terus khairy datang cerita "mama, adam tampal-tampal sini..banyak" beriya2 cerita sambil tunjuk dada dia.. maksudnya dia buat ECG.. amik bacaan jantung dia,. Mcm biasa anak supermankan? Redo jelah.. dapat lagi stok ubat dia.. tapi gembira sikit sebab bacaan jantung khairy turun sikit..

saya bagi makan ubat jantung.. bagi minum air zam-zam dan picit minyak zaiton dalam susu khairy.. saya terbaca zaiton bagus untuk jantung..memang dah lama amalkan..  aya guna zaiton keluaran minsyam... sekarang dah rebranding  NAQI MINSYAM. alhamdulilah bertahan  jugak khairy.. apa pun sebagai ibu kita usahakan.. perubatan moden saya usahakan..makanan sunnah pun saya buat juga..

khairy dah makin besar so nak bagi ubat atau masuk zaiton dalam susu kena sorok2 dari khairy..ada sekali tue khairy nampak saya picit softgel zaiton dalam susu dia .,terus khairy cakap "ubat ye.. khairy tak nak makan ubat.. no ubat no ubat" haha

Pernah jugak tengah ralit picit softgel zaiton..khairy datang senyap "mama buat apa?!!" tanjat mama dia.. terus minyak zaiton masuk mata.. bukan masuk botol..kabur mata mak khairy sekejap..adessss...

Menyusu secara berjemaah 😎

Sayang adam ketat-ketat


Ini minyak zaiton yang khairy amalkan dulu kini dan selamanya
Saya pun amalkan juga tapi lebih kerap amalkan habatusauda

Tuesday, October 25, 2016

ADAM ZIQRI SELAMAT LAHIR KE DUNIA

Assalamualaikum semua
Dah lama blog nie bersawang
Insya allah selepas ini saya akan menulis semula
Sayang sungguh blog rezeki ini terbiar sahaja
Sebelum nie saya "berehat" dari menulis  kerana kesihatan tak mengizinkan
Untuk permulaan saya share sedikit crita baby baru saya
Semoga baby nie pun magic seperti abangnya Khairy
Insya allah, bayi ini anak bongsu saya
Dulu ingatkan Adlan Khairy anak bongsu 
Kalau selepas ini ada lagi baby memang MAGIC 

Hampir sebulan lebih menjaga baby bongsu nie
Jatuh sayang sampaikan khairy jeles
Sampaikan hari2 khairy tanya "mama, sayang sangat adam ye? Khairy?"
Pandai jeles tau khairy sekarang

ADAM-Nama nabi, ikutan, teladan, manusia pertama
ZIQRI - terpuji, yang memuji Allah

Insya allah kalau berkelapangan saya share cerita bersalin ye
Oh saya bersalin di HUKMSC
Nanti saya share berapa bil etc etc ye untuk rujukan rakan2