ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, December 27, 2016

Masih ada yang sudi membaca.. TQ.. terharunyaaaaa

 
Baru je update blog lepas habis pantang
Alhamdulilah masih ada yg baca haha
Paling best bila kita update blog
Entry tue mendatangkan rezeki pd seseorang
Dan the best part rezeki utk adik kesayangan...
#renkesayangananda #sarinaproperty Sarina Saleh
 Tq ye berikan "exclusive" utk adik saya

Dulu blog nie pintu rezeki saya dan adlan khairy
Di sini datangnya rezeki kami untuk survive
Dari sini beribu2 cust membeli dengan saya pelbagai supplement terutama ekstrak kacip fatimah utm, habatusauda an zaiton minsyam, baybie dan sutra manjakani feminine wash.. tak laratla nak tulis semua.. yg hot sale je lah ye saya tulis..

Insya allah menerusi blog nie akan datang lagi satu income iaitu sbg stokist powergold
Saya akan terus share juga tentang property sale adik kesayangan saya
Semoga blog ini jadi pintu rezeki kami adik beradik
Aminkan tau

Monday, December 26, 2016

Kenapa Saya Menyimpan Emas?


Salam semua
Coretan seorang mak yang sangat sayangkan anak magicnya
Bagi yang memang kenal saya pasti tahu saya ada anak magic
Anak saya ada masalah jantung
Sejak dia lahir saya dan adlan khairy yang magic struggle bersama
Sejak dia lahir saya berdebar2...
Sejauh mana dia boleh bertahan dengan jantungnya
Alhamdulilah sekarang dah 3 tahun lebih
Khairy stabil walaupun rate jantung belum normal
Khairy nampak sangat sihat
Berlarian seperti budak sihat
Sampaikan mak saya terlupa bila dia mengadu "khairy penat..khairy penat"
Keesokan hari baru mak call tanya keadaan khairyπŸ˜‚


Saya selalu terfikir nanti kalau masuk sekolah
Perlukah saya "berkeras" dengan khairy untuk pembelajarannya?
TAKKK.. anak2 lain mungkin boleh berkeras tapi bukan khairy
Jadi EMAS bukan semata2 untuk pembelanjaan perubatan khairy
Tetapi untuk khairy memulakan hidup bila dewasa nanti
Saya tetap berharap juga dia jadi anak yg bijak haha
Masuk universiti seperti saya dan papanya
Memegang jawatan yang sesuai dengan kelulusan
Mendapat gaji K-K-K
Tetapi dengan keadaan jantung dia
saya tak akan sanggup nak pressure khairy

Kita sebagai ibu bila tahu "keistimewaan" anak..bersedialah.
Bersedia hati dan perasaan
Bersedia ekonomi

EMAS untuk perubatan khairy
EMAS juga untuk pendidikan khairy
EMAS juga untuk khairy memulakan hidup nanti
Alhamdulilah ada juga doktor yang sependapat dengan saya
Cuba baca share ini..

Saya,
Stokist powergold demi adlan khairy yg magic😎
017 3201998


"Saya tak tau anak saya nak kerja apa bila besar nanti, membaca pun tak pandai"
===============================

Ini antara luahan hati ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah pembelajaran bila saya tanya pandangan mereka terhadap anak mereka.
"Gi sekoloh 5 tahun doh, baco pun tok bulih lagi, tubik sekoloh nanti nok kijo gapo tttahu". Keluhan seorang ibu kepada saya memikirkan masa depan anaknya itu.
"Dia ada kemahiran apa kak?" tanya saya.
"Kalu basikal punoh tu dio sukolah nok bekki" jawabnya.
"Ginilah kak, dia memang tak boleh gi akademik ni, kalau kak nak dengar cadangan saya ni, hantar dia belajar baiki basikal kat kedai basikal, biar dia ada kemahiran yang boleh tolong dia dapat pendapatan" usul saya. Ibu ini agak terkejut dan memandang saya tanpa berkelip.
"Kita bukan nak dia jadi pomen basikal tapi tokey kedai basikal yang berjaya, boleh buko banyak cawangan" tambah saya lagi. Berubah air muka ibu ini dari terkedu kepada senyuman.
Mungkin dia ingat saya memperlekehkan anaknya yang tidak cemerlang akademik itu,namun bila dia dengar ayat terakhir saya, baru dia faham tujuan sebenar saya.
"Kalau kak mampu boleh hantar dia ke sekolah vokasional atau mana-mana pusat kemahiran berbayar" saya menambah maklumat.
Ibu ini mengangguk-angguk.
"Kak ada buat tabungan tak untuk anak?" busy body betul saya ni.

"Adolah sikik sikik, sipey pitih mano ado" jawabnya
"Kak jangan simpan duit" saya memintas, ibu ini tercengang memandang saya.
"Pah nok sipey gapo doktor?" tanyanya mohon penjelasan.
"Simpan emas atau perak" jawab saya sambil tersenyum.
"Nok beli mano? " tanyanya lagi.
"Banyak tempat kak boleh beli, dinar kelantan, emas publicgold, power gold,hana gold, kedai emas biasa pun ada. Ikut kemampuan, boleh beli serendah setengah gram dalam seratus ringgit lebih je ikut harga emas terkini" ulas saya panjang.

"Nilai emas ni ikut nilai dunia kak, kak simpan RM1000 harini di rumah nilainya tetap RM1000 dua tahun lagi, tapi nilai tukaran RM tak taulah masa tu berapa, mungkin lebih rendah lagi, tapi kalau emas ni bila-bila pun sama. Zaman nabi dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing, sama dengan hari ini 1 dinar tetap sama boleh beli seekor kambing" . terang saya lagi.
"Gggituuu dih" balasnya faham kut dengan penerangan saya.
"Simpanlah kak sikit-sikit untuk persediaan pembelajaran anak ni masa akan datang nanti" perlahan saya mengakhiri perbincangan.
"Mudah-mudahan kak lebih nampak jelas masa depan anak kak ni ya, walau dia tak pandai akademik, dia boleh berjaya jadi tokey kedai basikal satu hari nanti in sha Allah, tapi kena ada usaha punyai kemahiran baiki basikal dulu ya" sambil saya mandang kepada anak lelakinya yang duduk di tepi meja saya.
Itulah antara perbincangan saya dengan ibu bapa yang datang membawa anak dengan masalah pembelajaran ke klinik saya. Sangat berpuashati bila mereka dapat melihat kehidupan mereka tidak bergantung kepada akademik semata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Sedekah ilmu di tengahari Jumaat.

Coretan ini boleh dibaca di PAGE DR NORLIZA ZAKARIA

Sunday, December 25, 2016

POWERGOLD : RUPA DINAR DEPAN DAN BELAKANG

 Assalamualaikum semua
Semua busy bercuti ke?
Saya tak taula nak cuti ke tak
kena siapkan statistic
alhamdulilah lepas habis pantang nie rasanya semuanya lebih mudah
Mungkin sebab badan sihat
ada amana - anak sulung yang sangat rajin membantu menjaga adam
kalau cukup statistic kerja baru boleh fikir tentang bercuti
bukan diri sendiri yang nak bercuti
tapi memikirkan anak-anak
terutama amana yang sangat baik membantu
bila saya tak sihat masa preggu amanalah yang jadi "mangsa"
jasa anak sulung nie mustahil dapat saya balas
jadi kalau saya nak bercuti pun semata-mata untuk anak-anak terutama Amana
Amana sangat memahami bila saya cakap
"mama kena siapkan fail dulu ye.lepas tue baru kita fikir"
senyum angguk2 je anak sulung bertuah sorang nie
 
Okey meh kita borak-borak tentang dinar
Sebelum nie dah buat entry PERBEZAAN DINAR, GOLD BAR DAN BARANG KEMAS 'kali nie nak tunjuk bahagian depan belakang dinar
 
 
bahagian depan

TENTANG DINAR ...
1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kawin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan.
7. Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
8. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
9. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.



 bahagian belakang



Jeis-jenis dinar bersama beratnya

Harga dinar boleh tengok pada 1/4 dinar, 1 dinar dan 2 dinar.. Harga-harga nie berubah mengikut hari tau. Beli emas masa kita berduit bukan tunggu harga murah sebab time harga murah tue lah tak berduit HAHA... so terasa mahal jugakkan?

Yang ahli boleh tengok pada harga ahli dan yang bukan ahli tengok pada harga jual ya.. kalau memang niat nak kumpul emas baikla daftar jadi ahli sebab perbezaannya hamper RM20 tau.

Berminat nak membeli? WA 017-3201998
Berminat nak joint ahli? WA 017-3201998
Berminat nak tau lanjut? WA 017-3201998
Mak Khairy sedia membantu muahaha

Monday, December 19, 2016

Belanja Satu Gambar Adam Ziqri


Terima kasih pada yang mendoakan saya 
Saya belanja dulu sekeping gambar saya dan Adam Ziqri
Pengalaman bersalinkan Adam Ziqri buat saya rasa "seriau"
Sekarang kalau sebut orang bersalin ke mengandung
Meremang rasa leher saya
Sedangkan dulu tak rasa apa
Bila ada rakan-rakan rapat megandung
Say rasa takut..takut teingatkan proses kelahiran Adam
 
Walaupun dulu Adlan Khairy pun bersalin ceser
Tapi dengan Khairy ceser yang dirancang
Doktor, pakar bius, nurse, doktor jantung Khairy semua dah stand by
Khairy keluar semua dah tunggu 
 
Berlainan dengan Adam Ziqri yang emergency ceser
Nanti kalau rajin atau sanggup saya ceritala detail 
Alhamdulilah masih panjang nyawa Adam
Saya ringkaskan jantung Adam dah drop below 100
jadi doctor decided untuk ceser

Terasa lama sangat proses nak keluarkan Adam
Khairy dulu kejap je saya dah nampak rambut Khairy
Saya nampak dari atas
Biasan lampu-lampu 
Adam nie sampai rasa "eh lama pulak"

Leher adam berbelit dengan tali pusat 2 kali pusingan
Rsanya dah lama Adam terbelit
sebabnya bukaan saya dah 2 minggu hanya 1cm
Dan memang Adam tak bergerak sepanjang hari
kecuali waktu magrib bila saya mengaji
Terasa tendangan masa tue
Berkali-kali lebih 10 kal
Ingatkan okla 

Alhamdulilah 
Adam selamat
Insya Allah normal dan sihat
Doakan ya
Terjawab segala kerisauan saya
Bila doktor Khairy yang memeriksa Adam mengatakan Adam sihat
Insya Allah seperti anak-anak lain

Adam manja sangat sekarang nie
Kalau dengan orang lain mulut dia melalak je
Tapi kalau dengan saya..saya baring kat tepi dia diam
senyum..senyum..sedar-sedar dah tido

Alhamdulilah berpeluang jaga Adam seperti Khairy
Cuma seminggu sekali saya ke pejabat
Dan kalau ada event-event lain
Saya akan pantau Adam macam Khairy
Mengharapkan doa kawan-kawan seperti mana kawan-kawan pernah doakan Khairy dulu ye

Bertuah saya
Ada lagi seorang anak magic
Love both 
Khairy & Adam
Tak lupa Amana dan Arief

Dah 4 anak saya
Macam tak percaya
Elok saya tidur
Esok bangun
Saya kira balik
 betul ke anak saya dah 4?
haha
 

 



PENGALAMAN MEMAJAK DI ARRAHNU


Saya teman seseorang memajak di Arrahnu. Rahsia tak boleh bagitau sapa..haha..
Sejak tengok proses pajak yang sangat mudah tuela berkobar-kobar nak memajak kat Arrahnu.
paham ke maksud memajak tue?
MEMAJAK TUE MENDAPATKAN PEMBIAYAAN ATAU PINJAMAN KEWANGAN DENGAN MENCAGARKAN EMAS KEPUNYAAN KITA. 
kebiasaan nya kalau nak buat pinjaman anda buat personal loan dengan bank ataupun gunakan credit cardkan?
So mehla kita gunakan cara yang mudah ,cepat dan paling penting tanpa RIBA.

Mudah sangat nak pajak barang di Arrahnu kerana:
-tak perlu surat sokongan ketua
-tak perlu sign saksi
-tak perlu nak surat pengesahan jabatan
-tak perlu nak tunjuk payslip yang dah tinggal cukup2 makan tue
-tak perlu nak pikir layak ke tak sebab komitmen dah over limit
-jika tak bayar tak ada fees "finance charge" mcm dlm credit card yg akan accumulate setiap bulan.

-YANG PERLU HANYA EMAS dan IC anda

Di arrahnu yang ada hanya upah simpan.upah simpan nie pun tetap dan bergantung berapa bulan anda pinjam. paling best kalau pinjaman diselesaika dalam 15 hari upah simpan akan dikira separuh dari upah simpan sebulan.. 


-upah simpan yg dlm kurungan tue ye ..yang bertulis tangan...bukan yang rm84.87 . rm84.87 itu adlah upah simpan berdasarkan kiraan marhum. Rm69.70 adalah upah simpan sebenar berdasarkan pembiayaan/pinjaman yg diterima. Upah simpan nie cuma akan dibayar oleh anda pada arrahnu bila anda selesaikan pinjaman anda.


-boleh bayar pinjaman sikit-sikit ikut kemampuan. Nanti arrahnu akan keluarkan surat pajak yang baru dengan upah simpan yang lebih rendah berdasarkan baki pinjaman yang belum selesai. ala2 terms dengan pinjaman bank ~ "baki berkurangla" ...upah simpan tue akan berkurang bila kita selesaikan sikit-sikit pinjaman kita tue


-selesai pinjaman anda dapat balik emas.hutang selesai.emas dapat. Nanti boleh rooling emas yg sama untuk tujuan lain pula seperti pendidikan anak2, perubatan, rooling business, etc etc.


-kalau pinjam bank apa yg anda dapat? Nama clear sahaja dari bankπŸ˜†


Boleh juga lihat bagaimana item POWERGOLD/AMNEYTIS diterima/dinilai dengan harga PALING TINGGI kerana ia emas 999/24K. Disini juga dapat dilihat bagaimana penilaian gold bar lebih BERHARGA dari barang kemas. Barang kemas memang asasnya untuk perhiasan dan kurang sesuai untuk perlaburan. Barang kemas juga susut nilai kalau berompong, berukir.berkerawang dan berbatu berlian berzamrud beretc etc..

KALAU ANDA RASA , ANDA PUN NAK MELALUI PENGALAMAN MEMAJAK DI ARRAHNU DAN NAK LUPAKAN PINJAMAN BANK YANG BANYAK PROSEDUR DAN CHARGE FEE LAIN... JEMPUT WASSUP SAYA 017-3201998
 


Sunday, December 18, 2016

Ekstrak Kacip Fatimah UTM: period celaru kerana injection dan jamu


Assalamualaikum
Salam hujung minggu
Jom share lagi feedback Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Nanti saya lupa so cecepat upload
Ynag tersimpan dah banyak dlm hp
sam[ai tak sempat nak shae
so kita sharelah yang baru-baru dulu

 Customer nie dah lama consume tapi tak amalkan secara displin
lagipun customer nie amalkan satu lagi jamu
tak silap saya jamu tue bertujuan untuk menjarakan kehamilan
tapi saya tutup ye nama jamu tue
lepas tue customer amik injection perancang 
memang haywire period jadinya

Alhamdulilah customer consume EKF semula
Elok balik periodnya
Yang best customer nie beli supplement-supplement lain sekali dari saya
Habatusauda dan Zaiton Minsyam dah pakaging bau dengan harga yang baru
Lain kali saya buat entry

DERMAGS yang customer nie order pulak apa ya?
DERMAGS tue skincare keluaran UTM jugak
nanti saya buat entry juga

       

Saturday, December 17, 2016

POWERGOLD: PERBEZAAN DINAR, GOLD BAR DAN BARANG KEMAS

DINAR, GOLD BAR DAN BARANG KEMAS.
Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar, gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.
TENTANG DINAR
1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kawin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan.
7. Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
8. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
9. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
10. Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.
TENTANG GOLD BAR
1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
6. Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua, sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
7. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
8. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
9. Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.
TENTANG BARANG KEMAS
1. Dijadikan barang perhiasan wanita
2. Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
3. Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
4. Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
5. Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan, pelaburan dan bisnes.
6. Dari segi harga, kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah, manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah.
7. Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
8. Sebaiknya jika untuk simpanan, pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916.
9. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
10. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
11. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome (lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas)
Kesimpulannya, setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.

Article ini copy and paste dari group emas.bukan artikle saya yeπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Inilah dinar
Ada sesetengah pemunya dinar hantar kedai dan jadikan dinar nie loket


Pandora 916 atau masdora dikategorikan sebagai barang kemas
Ada rakan-rakan di group pandora 916 telah bawa charm2 mereka ke arrahnu untuk pajakan
Diterima rau untuk pajakan
Walaupun kecil sangat bernilai tau

Inilah contoh goldbar
Dalam gambar nie  1 g dan 5 gram


Berminat nak beli atau joint ahli POWERGOLD?
017-3201998
017-3201998
017-3201998


Thursday, December 15, 2016

POS BARANG KE LUAR NEGARA PART 2

  
 Assalamualaikum semua

Lanjutan daripada entry saya pada 5 Febuari 2014 tentang STEP BY STEP POS BARANG KE LUAR NEGARA    Sekarang dah 15 Febuari 2016
makk aii dah dua tahun saya menerima wassup tentang perkara ini
maka saya rasa terpanggil untuk membuat special entry ini
semoga tiada yang tertanya-tanya, percaya, terpedaya dan tertipu
dan sebenarnya juga  saya dah tak larat terima wassup berkenaan perkara ini
kalau selang dua  tiga hari korang dapat wassup bertanya hal yang sama
tak ke rasa penat nak menjawabnya
dan kadang-kala saya lambat jawab 
ada pulak yang sound setepek kat saya
"awak read tapi tak jawap ya"

MAAF YE SAYA NIE MAK PADA EMPAT ANAK
SAYA BEKERJA
MENJAGA ANAK-ANAK
ONLINE BUSINESS LAGI
DAN MASA SAYA TERUK PREGGY SAYA AVOID HP
SAYA CUMA JAWAB YANG PENTING-PENTING SAHAJA
PEMBANTU SETIA SAYA YANG TOLONG UURUSKAN SEMUANYA
DAN SAYA DAH PESAN 
SELAIN URUSAN PEJABAT DAN BUSINESS TAK PAYAH  JAWAB!
so saya buat entry lumpsum senang korang baca 
nanti saya juga akan link entry baru nie di entry yang pertama tue

Sesiapa yang baca entry saya yang pertama tue kebiasannya akan tanya tentang cara pos keluar negara..SEJUJURNYA apa yang saya tahu telah saya jelaskan sejelas yang boleh di entry tersebut...selebihnya saya tak tahu..uools kenalah tanya pejabat pos... ada pulak tanya kos pos ke Korea berapa..pos ke LA berapa.. camana nak pos barang mentahla..adoiyai (ikut gaya Nabil ya) kalau nak tahu detail kenlah ringankan kaki ke pejabat pos dan ringankan mulut bertanya di pejabat pos ye adik-adik sekalian... takkan akak nak jadi kaunter bergerak pejabat pos.. manalah akak tau semua tueeee... akak dah bagi guideline ..selebihnya USAHA baru BERJAYA




 

Soalan yang kedua kerap ditanya:
BAGAIMANA BUYER OVERSEA MEMINDAHKAN DUIT KE AKAUN SELLER

JAWAPANNYA:
SAYA PUN TAK PASTI. YANG PASTINYA CUSTOMER TUE SURUH SAYA TUNGGU DUIT MASUK DALAM AKAUN SAYA BARULAH SAYA POS BARANG TERSEBUT KE JEPUN! GOT IT?
DUIT MASUK BARU POSSSSSS!!.

 cuba uools baca gambar yang pertama tue... itulah antara situasi  yang berlaku dan selalu saya terima pertanyaan tentangnya.. ada pelbagai kes.. saya listkan antara yang high ranking je ye... banyak sangat scam dan saya tak simpan smeuanya..lebih-lebih saya dah tukar hp.. banyak wassup yang hilang..

 BUYER MINTA KAMI POS DULU DAN SELEPAS PARCEL DITERIMA BAYARAN AKAN MASUK KE ACOUNT SELLER SECARA AUTOMATIK

basic thing sebagai seller adalah selagi bayaran tak diterima dari buyer jangan sesekali pos barang. lebih-lebih lagi dengan customer oversea. tak sayang ke postage yang uools keluarkan tue? tak sayang ke barang yang korang poskan tue? ye akak tau jawapannya "sayang" tapi dah terpedaya dan tertipukan? pada yang baca entry nie jangan tertipu lagi ye..jangan pos selagi RM tak masuk dalam akaun uools.

ada juga yang mengadu dengan saya.. siap dapat emel yang katakan kalau tak pos produk tindakan mahkamah/legal action akan diambil kerana buyer dah transfer duit cuma tunggu parcel sampai sahaja untuk duit "automatic transfer" haha..tolongla legal action apa yang diorang nak amik? nak hantar ROBOTCOP ke datang tangkap korang? sila jangan naive.. 

BUYER MINTA KAMI BAYER ACTIVATION FEE BARULAH PAYMENT RELEASE 

apa kebenda tue? dia yang nak beli dari kita ..kita pulak yang kena bayar?
 adohai..kalau akakla "tak kosa akak nak bazir duit..baik akak beli EMAS POWERGOLD!

..kesian pun ada..nak marah pun ada.. nak marah sebab ada yang percaya.. dah pos barang dulu sedangkan duit tak masuk lagi..siap bagi soalan kat akak 
"camana nie kak saya dah pos barang tue..duit tak masuk2 dah 2 minggu"
apa akak nak jawap dik?
akak boleh gelng kepala jelah..tapi korang tak nampak haha
  hai adik2 tolonglah jangan lurus sangat....



Saya share wassup  di FB
dan dapat comment2 dari rakan-rakan
jangan kata akak tak minta izin tuan punya yg wassup akak ye
dia izinkan dan katanya sharelah supaya tak ada yang tertipu

saya terfikir perkara yang sama seperti  comment salah seorang rakan saya..saya tulis balik ye..tulisan tue mungkin kecik dan uools tak nampak
"Fikir logik je. Jika dia nak beli brg dgn harga melampau mcm tu, takkan kat tempat mereka x boleh dpt? Kita dok sibuk nak beli brg dr sana, mengapa mereka pulak terhegeh2 nak beli kat sini? Lagipun, katanya nak hadiahkan kat org lain. Something fishy rite. Aritu saya pun ada iklan nak jual Note5 dlm mudah. Ada sorang ni dr German katanya. Saya layankan. Minta no akaun dan details. Saya bagi yg mengarut2. Then selamba je dia cakap dah transfer ikut WU. Saya terus main2kan dia. Last2 dia mengamok. Dia ckp dlm 2 jam lagi FBI akan dtg rumah saya... Punyalah kelakar...Rasanya dah 2 bulan menunggu, FBI tu x jumpa jalan lagi kot"

lain kali akak cadangkan korang buat mcm member akak nie.. konon FBI nak datang rumah tangkap kawan akak.. elok je duduk kat Malaysia nie takde pun FBI


 

dan ini antara comment2 rakan akan yang lain
jemputlah baca ye
jadikan panduan
jangan terpedaya
sayanglah duit tue
sayanglah barang tue
dan pada yang mula nak meniaga 
basic thing

NO PAYMENT NO PARCEL(PRODUCT)

PAHAM YE ADIK-ADIK
AKAK DAH NGANTUK 
TAPI GIGIH BUAT ENTRY UNTUK ADIK-ADIK SUPAYA ADIK-ADIK TAK KENA TIPU
TAPI AKAK ADA SCREEN SHOT SATU LAGI CONTOH SCAMMER POS BARANG KE LUAR NEGARA
RAKAN-RAKAN JUGAK YANG SHARE DI COMMENT STATUS FB AKAK

NANTIKAN PART 3 YE
TUNGGU BABY AKAK YANG BARU 3 BULAN NIE TIDUR LENA YEEEE

BYEEEE

P/S: DARI KORANG BAZIR KOS POSTAGE POS BARANG KE LUAR NEGARA 
BAIK KORANG BELI EMAS DENGAN AKAK 
WASSUP 017-3201998





 

Wednesday, December 14, 2016

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM: KENCING TAK LAWAS


assalamualaikum semua
jom share feed back lagi
seronok pulak bila dah sihat nie
semua nak share
sebenranya banyak feed back dari customer yang beli Ekstrak  Kacip Fatimah UTM dengan saya
tapi saya kan bertapa sepanjang preggy
saya lebih banyak rehatkan diri
kesihatan sangat-sangat la teruk
so semua feedback customer saya simpan sahaj
dah sihat nie 
mohla kita share apa yang ada
supaya manfaat Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie dapat dikongsi bersama
lebih banyak yang amalkan
dan lebih banyak yang bertambah sihat

Sebenarnya puan yang beli nie memang regular customer
dari hp lama bertukar ke hp baru 
masih setia membeli dengan saya
setakat nie 5 botol dah beli dengan saya
dalam hp lama tak taulah berapa kali dah akak nie beli



 


 Alhamdulilah masalah kencing tak lawas akak nie beransur pulih
seronok menjadi seller yang menjadi orang tengah yang membantu beliau beransur pulih
saya guide cara makan yang sepatutnya
insya allah
kalau tak guide dengan betul mungkin tak rasa sebarang perubahan
disebabkan dos kacip fatimah di dalam ekstrak kacip fatimah utm nie rendah
dos kacip fatimah rendah supaya ia selamat untuk semua
jadi ia perlu diambil mengikut bilangan kapsul yang sesuai dengan berat,masalah dihadapi dan penerimaan individu itu sendiri

alhamdulilah akak nie yang takut nak makan supplement/herba  sebab tak tahan panas tapi dengan EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM boleh pulak consume sampai 5 botol hihi
alhamdulilah

so anda di luar sana jangan main beli je ye
beli dengan "trusted seller" dan pastikan seller tersebut guide
sila tanya sebelum beli "kalau saya nak tanya apa2 puan boleh guide tak?" 

 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)

 

Bayar Zakat Rambut Baby dengan bonus POWERGOLD

Saya dah mengantuk sebenarnya
Dapat buat beberapa fail pejabat mata dah mengerlip2 haha

So mohla kita tidur
Saya buat entry blog dengan tab
So mudah sebenarnya nak update blog sebab gunakan tab sahaja
Dah nak tdo pun boleh update
Tengah dodoi adam kat kaki pun boleh update πŸ˜™

Saya sebenarnya ada 2 akaun powergold
Akaun pertama atas nama saya ... tak terniat nak jadikan side income pada mulanya...  saya cuma nak beli emas powergold dengan harga murah sahaja..iaitu harga ahli..  harga ahli kenalah join sebagai ahli. Beza harga ahli dengan harga tidak ahli banyak jugak hampir rm20.. rugikan kalau tak jadi ahli? So baik saya joint sebagai ahli.. dengan akaun pertama niela ramai pulak kawan2 nak joint jadi ahli dengan saya.sedangkan saya masih belajar juga tentang emas.. tapi dah kawan2 nak jugak joint saya terima dengan tangan terbuka.. lepas sorang ..sorang lepas sorang ...sorang..nak jadi ahli dengan saya..  hanya stokist sahaja boleh uruskan untuk keyin ahli baru etc etc.. saya pun masa nie tengah preggy.. saya tak nak buat keja banyak2 haha..sedangkan kalau saya uruskan bonus keyin saya boleh dapat.. tapi saya tak nak joint stokist lagi sebab saya tahu keadaan diri saya ..so urusan keyin new member sy pass pada stokist yang menaja saya ..stokist saya tue ala2 upline sayalah.... kesihatan saya bila preggy memang ke laut.. buat keja office pun separuh hazab takkan saya nak sibukkan diri dengan keja2 lain... masa preggy memang banyak saya pass urusan meniaga pd rakan2 dan adik saya utk uruskan... rezeki mereka..saya hanya pass customer sahaja..apa salahnya berkongsi rezekikan?

Akaun kedua saya atas nama khairy.. anak kesayanganla katakan..moga2 berkat nama khairy bolehla jadi side income utk urusan perubatan dan masa depan khairy. Dengan akaun kedua niela saya gunakan bonus2 menaja ahli2 baru untuk bayar "zakat" rambut baby baru saya ADAM ZIQRI. Terus-terang anak2 sebelum nie saya tak pernah buat tapi untuk adam saya buat.. kenapa saya buat? Adam insya allah baby terakhir (kita merancang allah menentukan) so saya buat jugak "zakat" rambut baby nie sebab lepas nie nanti tak merasa nak buat lagi...

Bonus akaun pertama yang atas nama saya tue incomenya lebih banyak walaupun saya hanya ahli biasa masa tue.. bonus akaun pertama tue saya buat apa ya? RAHSIA. muahaha.. tapi saya dah keluarkan  sebagai kenangan income pertama saya dalam POWERGOLD.

Bonus akaun kedua yang atas nama khairy pula digunakan untuk bayar zakat rambut adik khairy si adam ziqri. Rasa best dapat gunakan side income dari POWERGOLD untuk buat perkara2 yang baik-baik dan gunakan untuk reward diri sendiri.. duit gaji totally untuk monthly expenses sedia ada.. 

Mulakanlah menyimpan emas
Anda tak tau ke"mampu"an sehingga anda mulakan
Lepas tue sharelah dengan rakan-rakan
Masing2 ada FB kan?
Sharelah kat FB
Percayalah ada yang membaca
Saya dah lalui saya tahulahπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Saya share gambar 1g goldbar POWERGOLD je
1g tue pun saya dapat percuma sebab joint sebagai ahli hahaha
Terus kawan2 pm tanya
Walaupun masa tue niat nak share yg saya beli 1g dari stokis kak long nuzula
Ala2 nak promo kak long tue
Tup2 kawan2 nak join pulak dengan saya
Rezeki Allah luas
Kalau tak buat memang tak dapat
Kalau buat 50% dapat..50%tak dapat😎😎😎😎

Okla mak khairy nak tidur
Kalau minat nak tau tentang POWERGOLD
WASSUP 0173201998😍



Alhamdulilah
Lepas juga "keinginan" saya nak bayar zakat rambut ADAM ZIQRI
Sahabat saya buat dari anak pertama lagi
Saya nie anak no 4 dan terakhir baru buat😭

Sebagai panduan rakan2 bersama ya
Mudah-mudahan apa yg kita buat jadi bekalan "disana" nanti


Tuesday, December 13, 2016

Kenapa perlu Bayar Yuran Keahlian untuk Joint POWERGOLD?

Saya nak letak nota2 POWERGOLD kat blog nie so senang nanti bakal2 ahli saya membaca atau foward je untuk ahli2 mereka pula..so janganla pelik kenapa blog nie nanti ada nota.haha..
dont worry yang tak mo baca nota scroll je sebab ini masih personal blog..masih story cerita tentang anak2 dan kehidupan saya sebagai mak anak 4..muahah..lagipun POWERGOLD sekarang sebahagian kehidupan say dan anak..phewittt..jangan jeles..kalau jeles meh joint sesama yeeee..tak rugi malah untungggg!!

Kenapa perlu Bayar Yuran Keahlian untuk Joint POWERGOLD?
 Syarikat menyediakan SERVIS dan PERKHIDMATAN, oleh itu syarikat berhak untuk mengenakan yuran. Yuran hanya sekali seumur hidup. Join jika rasa ia berbaloi, tiada paksaan dan kiranya bersetuju dengan yuran tersebut, jangan jadikan ianya isu kemudian hari.

Servis & Perkhidmatan yang syarikat sediakan:
✅ Sykt beli emas & barangan dlm kuantiti yg bnyk agar ahli dapat beli emas dengan harga Agen atau Stokis yg rendah & mampu milik.
✅ Syarikat sediakan laman web katalog produk, jadi anda tak perlu susah2 ambil gambar produk.
✅ Syarikat sentiasa mengeluarkan produk dengan design terkini untuk melariskan sale anda.
✅ Anda tak perlu simpan stok. Anda hanya perlu ambil tempahan n uruskan byrn, syarikat yang akan uruskan penghantaran. 
✅ Syarikat perlu gajikan staf/pekerja untuk uruskan tempahan anda, sewa pejabat, bayar maintenance server website dan lain2 kos operasi syarikat.
✅ Seminar dan latihan bagi menjamin kejayaan usahawan2 Powergold, 50% kos di tanggung oleh syarikat.
✅ Syarikat sediakan web promosi untuk membantu anda merekrut ahli baru.
✅ Syarikat sediakan web system untuk kemudahan ahli2 melihat pergerakan setiap transaksi urus niaga.

KESIMPULANNYA:
 Syarikat menyediakan pelbagai kemudahan & platform untuk anda berniaga.
 Syarikat hanya mengenakan yuran sekali seumur hidup untuk urus niaga yg berpanjangan.
 Adakah anda berasa rugi untuk mengeluarkan modal mampu milik RM 380/450/3800 untuk mendapatkan segala faedah2 di atas?
 Pilihan ditangan anda! Kami di Powergold x boleh memaksa anda untuk berubah kepada kehidupan yg lebih baik melainkan anda sendiri yg memilih untuk BERUBAH! 


Berminat?
WA  017-3201998
WA 0173201998
WA017-3201998 


Friday, December 9, 2016

KIDZONAA IOI MALL, PUTRAJAYA


 Memandangkan episod yang paling membosankan dah berakhir
episod berpantang lerr
mohla kita update yang happy2 pulak
happy untuk menggantikan masa "berkabung" untuk anak-anak
kalau saya nie preggy setahunla anak-anak pun terperap
kesian diorang
senyuman anak-anak nie nilainya lebih berharga dari semua di dunia kan?
(ececeh cakap macam mak ayu2 je.. cuba tengok kalau mengamok? haha)
 kalau boleh nak ganti semua semula terutama kepada amana.. amana yang banyak sangat menolong saya. masa mengandung, masa berpantang, masa bersalin dan sampaila masa sekarang.
siapa kata anak perempuan sulung tak bagus?
anak perempuan sulungla tangan kanan mak tau
sapa yang cakap "elokla anak lelaki sulung" ..sila tarik balik kata2 tue haha
allah anugerahkan seseorang tue anak lelaki sulung ada sebabnya
begitu juga kalau allah anugerahkan anak perempaun sulung ada sebabnya
tak payah nak frust2 bila jantina anak sulung tak seperti yang diharapkan
ALLAH LEBIH TAHU
 
 
 
Papa budak2 nie tak ada 4 hari so saya larikan anak2 ke rumah nenek diorang
kemain suka diorang
habis bising umah nenek
pastu buat plan nak bawak bebudak jenjalan
mulanya nak pegi siang
tukar ke malam
siang dah penat menguruskan bebudak haha
macam biasa adik bongsu saya lah yang drive
kalau hakak ko yang drive mau sampai ke Johor kot
SESAT
 
anak special saya Adlan Khairy
 
Mama nak makan apa?
Khairy boleh masakkan
 
eh tiga je? mana lagi satu yang bongsu?
Adam Ziqri kita tinggalkan dengan nenekla ye
Waktu malam suntuk
so kena cepat2 semuanya
 
 
Arief bukan main suka
Puas saya control budak nie
Insya allah satu hari nanti bila dia dewasa saya tahu dia akan jaga mak dia sebaik2nya
so sementara nak tunggu dia dewasa..banyak2la BERSABAR
 
Amana pun masih kanak2
dia tak nak balik haha
mak tinggalkan baru tau :p
 
Opss lupa nak cerita
nak masuk sini
satu budak rm10
tak taula main berapa lama untuk RM10 tue
mayb RM10 per entry bukan kira jam kot
sebab kitaorang main sampai tutup lalalalala
 
elokla muka macam jepun duduk depan kedai sushi
 
niela anak adik bongsu saya
namanya aisya sofea
 sebaya khairy
kalau saya nak bebel2 kat khairy
tak boleh depan aisya
nanti aisya akan buat soalan serius
"kenapa mak ngah marah khairy? khairy nie kawan saya. jangan marah khairy.boleh mak ngah?"
erkkk terkebil2 mak khairy kat situ
 
senyum je amana
 
amik gambar aisya cepat mak ngah
 
sanggup pakai balik stoking sebba nak mak ngah amik gambar aisya dengan stoking
motif?
tak taula
 
khairy tutup kaki & paling muka tempat lain
sebab dia malu ..dia pakai stoking pompuan
pinjam stoking aisya
 
NOTA:
SILA BAWAK STOKIN SEBAB NAK MAIN KAT SINI KENA PAKAI STOKIN.  NANTI TAK MEMASAL JE KORANG KENA BELI STOKIN.MEMBAZIR JEEE
 
mak bebudak nie pulak sibuk dok kat tepi.. try2 gincu FAME
selfie sensorang
 
kalau nak beli gincu fame boleh beli dari trusted seller dua orang nie
 
Erlyna Yati (013-2482548): Putrajaya, serdang, bangi
Azlin (019-2499444) : UOA Bangsar 
Pos seluruh Malaysia
 
next time kita buat entry review fame pulak
best ke tak pakai gincu fame nie ye
babyeeeeee
 
 
 

Bila mak Khairy berehat meniaga POWERGOLD masa berpantang


Dah beberapa rakan kenalan pm saya nak beli emas powergold
Siap tanya saya..
"Ila dah tak nak jual emas powergold lagi ke? Tak de up status powergold/emas lagi pun"

Gelak dulu..haha..
Saya dinasihatkan oleh ramai kawan2 meniaga supaya rehat dalam tempoh berpantang
Saya memang banyak rehat meniaga bukan masa berpantang je masa mengandung pun sama. sampaikan website lenyap dari alam maya pun tak sedar..huwaaa..rugi jeee... takpelah..anggapla itu yurun kebodohan dalam business..nie nanti kita cerita ye..

Menjawab persoalan tentang Powergold:

1. Saya masih share/jual kebaikan yang ada pada emas iatu Powergold. Saya juga dah stokist sekarang dengan ambil nama anak kesayangan saya KhairyMagicGold

2. Saya bukan tak jual emas Powergold lagi.kalau setakat belian 1g saya boleh uruskan melalui Master Stokist. Tetapi rakan-rakan saya yang nak membeli emas dengan saya rata-ratanya nak beli 10g ke atas yang mana harganya mencecah 2k++. Pernah ada yang beli lumpsump hampir 50g. Nangis mak nak... kalau hilang emas nilainya 2k-10k ..jenuh mak nak ganti anak2 emas sayangku.. Tunggu saya kuat ye., saya ambil COD dengan master stokist.

3.siapa nak joint group emas saya? Leave no hp di comment.jangan risau group nie tentang emas sahaja.tak ada share benda2 lain.. so tak menggangu anda.. belum ahli pun boleh joint..sekadar untuk tambah ilmu apa salahnya.. terutama pengalaman sebenar rakan2 emas di group sendiri pajak di arrahnu

Gambar nie saya amik stok emas Powergold kat Master Stokist dua tiga hari sebelum bersalin. Cer la kira berapa nilainya kalau rajin..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Nie hanya satu order dari rakan emas.. emas yang lain tak muat nak snap picture... bayangkan dengan nilai emas yang cecah hampir RM10k++ masa tue... haiii risau saya... nanti susah hati asik rasa nak beranak je.. tapi masa tue Dah dapat rasa nak bersalin so cepat-cepat selesaikan order rakan taulan emas saya. Lega bila yang order semua dah dapat emas2 mereka..

πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜SAYA MASIH STOKIST POWERGOLD YANG AKTIF YA


WA 017-3201998
WA 017-3201998
WA 017-3201998

Kenal saya lagi tak?

Moh citer story khairy
Rasa dah lama tak citer story khairy
Sejak2 khairy dah tak jadi bongsu nie
Dah kurang citer khairy haha
khairy tetap anak saya yang sangat SPECIAL
bersama khairy banyak yang saya belajar
Bersama khairy baru saya rasa apa itu pancaroba kehidupan sebenarnya
Merasa pedihnya satu kehidupan sampai ke ulu hati
Hahaha

Sekarang khairy asik berzikir kat telinga mak dia
"Mama dah tak sayang haily(khairy).mama tak sayang khairykan? Sayang adam je kan?"
Sekali dua saya layan.,eh beribu2 kali saya layan
Tapi hari nie saya penat agaknya.. khairy dapat jawapan yang buat dia terdiam
"Tanya lagi soalan macam nie,mama tak sayang khairy langsung"
Terus muka cebik, mulut kebawah..kening ke bawah.. sedih sangat le tue

Tak tau camana khairy boleh buat memek gitu

Cuba korang buat ..jadi tak?

Ada sekali tue masa saya tengah sibuk siapkan adam
Si khairy asikla membising
"Mama nak susu" 100x khairy mengulang
Time adik nak mandila, khairy nak mandi
Time adik menyusu dia nak menyusu
Time adik nak pakai pampes dia sibuk cabut pampes sendiri
Tak keruan mak dia!
Sampaila khairy sebut
"MAMA TAK SAYANG KHAIRY LAGIKAN. NANTI KHAIRY MATI TAU"
(hilang pelat khairy masa nie )

Apa saya jawab?
Kalau khairy mati, khairy tak dapat jumpa mama lagi.nak ke?

Terus khairy geleng2..
MAMA NAK SUSU
ok dia ulang zikir yang sama juga
Mohla buat susu yeee

Comey tak mok cun?

Budak debab niela yang buat mama lupa buat susu khairy
Mama tak nampak nie
Kalau sabotaj budak debab nie bagi kurus pun ok nie 😎

Besday abang pun dia nak sibuk

Saya dah big boy
Boleh jadi abang kawasan hihi

Mama, khairy sayang mama