ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, January 22, 2017

4 JENIS PEMBELI EMAS

1. Penyimpan emas : Kumpulan ini membeli emas sebagai simpanan alternatif kepada simpanan tunai yang sentiasa bocor dan susut nilainya dimamah inflasi. Duit yang ada ditukar jadi emas walau hanya serendah 1 gram setiap kali. Matlamat akhir ialah supaya gram emas sentiasa bertambah. Harga tidak penting, asalkan gram emas bertambah. Harga naik beli, harga turun pun beli.

2. Pelabur emas : Kumpulan ini membeli emas sebagai alat pelaburan demi untuk pulangan tunai yang lebih banyak. Biasanya akan mencari harga terbaik untuk membeli dan harga tertinggi untuk menjual. Item yang dibeli bermula dari gold bar 100 gram dan ke atas. Ilmu asas yang perlu ada ialah analisis teknikal iaitu belajar baca graf turun naik harga emas.

3. Peniaga emas : Kumpulan ini adalah gabungan penyimpan dan pelabur. Beli emas untuk simpanan sendiri. Di samping itu juga mengintai-intai peluang untuk buat duit dengan menjual pada harga tinggi samada kepada pasaran terbuka atau menjual balik pada tempat di mana mereka membeli emas tersebut. Kelebihannya ialah, boleh bertambah gram emas dan juga boleh bertambah duit untuk membeli lebih banyak gram emas. Peniaga emas di Powergold biasanya adalah ahli/Stokis yang juga boleh membina karier dan empayar emas sebagai pendapatan aktif dan pasif.

4. Penagih emas : Kumpulan ini adalah kumpulan baru yang membeli emas secara tegar. Asal emas saja dibelinya, tidak mengira harga. Selain dari item biasa, item edisi terhad dan edisi istimewa juga menjadi pilihan. Nombor siri dan design juga menjadi faktor sehingga mereka sanggup membeli walaupun pada harga yang tinggi.

No comments: