ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, January 4, 2017

Dalam kesulitan ada kemudahan

Alhamdulilah syukur yang amat sangat
Hampir 3 tahun saya diberi kesempatan oleh Allah begini
Di waktu pagi masih boleh bersama anak2 yang kecil
Semuanya sejak lahirnya adlan khairy
Tak sangka bersambung pula dengan adam ziqri
Memang ini pun impian saya

Di waktu pagi tidak mengejar jem,  punch card ,
hantar anak ke nursery dengan esak tangis anak2 menjerit
Untuk setahun yang berbaki ini "punch card" saya di dalam rumah lagi
Sungguh benar kata allah "di sebalik kesulitan ada kemudahan"
Kelahiran adlan khairy walaupun disulami air mata tapi allah selitkan pelbagai rezeki yang tak terduga

Selamat pagi rakan-rakan blog
Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi
Masanya untuk duha dan alwaqiah
Jangan lupa tau
Kalau sampai awal ke opis boleh terus ke surau opis
Kejap je 2 rakaat sahaja dan doa lepas duha
Alwaqiah pula bukak kat pc opis tue
Ikut bacaan sambil buat keja
Mudahkan?
Kita yg rencana hidup kita
Semoga allah bantu
Dan janganlah kita berputus asa
Bersabarlah dgn jalan solat dan berdoa

😁😁pagi2 dah bergaduh dengan cicak.cicak nak lompat kat adam😆😆

😆pagi-pagi dah bagi khairy ubat masuk dalm susu. Nasib dia habiskan susu kali nie sebab dia mamai.kalau tidak dia akan tinggalkan sesukat yang akhir sebab dia tahu dah ada ubat dalam tue 😨

Sedang latih khairy diapers free
Belum lagi
Time tdo selalu bocor
Kesian dia bangun pagi2 menangis sebab takut kena marah
Takpela pakai dulu time tdo
Lama2 nanti pandaila
At least siang dah tak pakai
Baguslah tue
Ko baru ajar anak ko tak pakai pampes 4 hari
Nak suruh dia pandai kencing mcm ko yang dah pandai kencing kat toilet  40 tahun?
Sila mimpi di siang hari haha

Siapkan adam
Mandikan susukan

Siapkan khairy
Mandikan susu dan makan

Lepas tue baru boleh uruskan diri dan boleh buat kerja2 pejabat
Alhamdulilah
Bila badan kita sihat
Insya allah semua terurus dengan baikkan?
Hari2 mohon Allah sihatkan saya utk urus anak2 magic nie

No comments: