ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, January 4, 2017

Ibu Emas?

#AndaTanya: Apa itu IBUEMAS?
Bismillah...
Kita semua mempunyai IBU, dan sudah tentu IBU kita satu sahaja didunia ini, memang susah untuk diganti sekiranya mereka sudah tiada lagi
Begitu juga halnya dengan IBUEMAS. Ia merupakan sejumlah gram EMAS yang anda simpan untuk kegunaan anda, namun begitu ia bukan untuk DIJUAL atau DITUKAR milik, selain ia diwariskan
Berapa jumlah GRAM minima untuk sediakan IBUEMAS ini?
Minima yang anda WAJIB ada adalah 2g, maksima pula bergantung kepada kemampuan anda dalam merencana aktiviti mengumpul EMAS
IBUEMAS ini tidak bertambah gramnya, namun begitu dari jumlah tersebut anda mampu hasilkan lebih banyak gram dalam bentuk koleksi
Untuk lebih faham, berikut sedikit gambaran mengenai IBUEMAS
En. A membeli 2g EMAS untuk dijadikan IBUEMAS beliau. Dari 2g tersebut, beliau menjalankan aktiviti Cahsflow Tunai dan Emas, dan berjaya menambah EMAS beliau sebanyak 6g. Kini koleksi EMASnya berjumlah 8g keseluruhannya. En. A mendapati nilai EMAS meningkat naik mendadak, beliau membuat keputusan untuk menjual EMAS beliau, maka 6g EMAS yang berjaya dikumpul itu dijual pada harga tinggi, 2g IBUEMAS tadi tidak dijual kerana En. A tahu beliau boleh melakukan semula proses yang sama yang beliau lalui untuk mendapatkan 6g EMAS yang telah dijualnya
Dalam cerita inil, kita dapat lihat bagaimana IBUEMAS itu berperanan penting dalam permainan EMAS yang En. A jalankan
Bentuk apa yang paling sesuai untuk dijadikan IBUEMAS? Barang Kemas atau Gold Bar?
Ia sebenarnya bergantung kepada ArRahnu di tempat anda, adakah mereka menerima EMAS anda atau tidak, namun bentul yang paling selamat adalah CINCIN PADU @ BELAH ROTAN, kerana ia merupakan Barang Kemas, dan mudah diterima di semua ArRahnu
Diharap dengan sedikit pendedahan yang dilakukan ini, rakan-rakan dapat menyimpan IBUEMAS masing-masing mengikut kemampuan
Yang penting perlu diingat bahawa:
1. IBUEMAS bukan untuk DIJUAL
2. Ia hendaklah kekal dengan anda, dan diwariskan bila tiba masanya
3. Apabila memajak IBUEMAS anda, ia WAJIB ditebus
Selamat Mencuba 
COPY DARI GROUP

No comments: