ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, February 23, 2017

Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd JUuoi

Saya kongsikan nota drpd rakan yg menghadiri majlis ilmu ini..
*Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi*
Surau Al Kauthar S4 Bandar Baru Bangi
 
Antara perkongsiannya:
 
Kalau kita berasa sukar mendidik anak2, bersabarlah.
Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang2nya semuka sehari,
puasa Isnin & Khamis dsbnya.
Tambah2 lagilah untuk mendidik org lain.
Maka bersabarlah dalam mendidik.
Dalam banyak2 keadaan,  matlamat kita untuk anak2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
 
Tuntutlah ilmu secara berterusan
Walaupun perkara asas.
Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
 
Jangan label anak.
Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'.
Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.
 
Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak
Jadi hamba Allah yg baik.
Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik.
Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik.
Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
 
Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita.
Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah.
Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.
 
Ibu sama dengan bulan Ramadhan
sebab ibu adalah madrasah anak2 dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah.
Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga.
Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar
kepada anak daripada ayah.
Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah
mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
 
Pendidikan anak2
bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.
Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan.
Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
 
Didiklah anak dengan Al Quran.
Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn.
Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.
Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya
kenal huruf Al Quran melalui kita.
Ambillah barakah ini.
 
Ibu bapa pemimpin kepada anak2
Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2.
Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya.
Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan
amat besar pengaruhnya.
 
Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan.
Dlm rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai.
Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.
 
Walk the talk.
Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT.
Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
 
Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan
 seperti sedekah dsbnya
sebagai tawasul anak2 menjadi baik.
Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
 
Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita
.Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita.
Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimara
kerana memalukan kita.
Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.
 
 
 
 

No comments: