ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, February 16, 2017

Mampu kah kita bila Allah ingin tingkatkan darjat?

Kalau sehari tak menitik baca tulisan en matt memang tak sah.. kalau jadi mcm nie pada kita sebagai isteri mampukah kita bertahan? Cer jawab? Saya penah baca..kalau kita diduga masa kita berdosa angggapla kifarah tapi kalu dugaan tue ketika kita dalam keadaan taat ia adalah untuk meningkatkan darjat... insya allah ..allah tingkatkan darjat akak nie kan?

Maafkanlah kesilapan  pasangan. Ya sukar, tapi perbuatan ini الله suka. Orang beriman tidak akan ada cita-cita untuk membalas dendam.

Saya jumpa sorang akak ketika ziarah keluarga beliau. Keluarga beliau sangat rapat dengan saya, sangat-sangat. Dia cerita .Isteri perlu maafkan kisah silam suami walaupon suami ketika itu kaki minum, kaki judi, kaki pil kuda, ganja etc. bila mabuk pukul akak, pukul anak, gaduh dengan jiran. Sampai satu tahap bakar rumah jiran. Akak cari duit jamin suami dari lokap. minta maaf dengan jiran walaupon malu.

Pernah akak lari dari rumah bersama anak tidur di masjid sebab suami nak pukul. Tidak tahan kena pukul, anak dicampak macam bantal. Suami keluar masuk lokap macam masuk hotel.

Tapi akak tidak putus-putus siang malam doa untuk suami. Sentiasa maafkan suami. Bagi tahu anak-anak ayah tidak jahat, cuma  tidak sihat, sikit masa lagi ayah akan sembuh. Jika bukan akak siapa lagi nak pulihkan suami.

4 tahun sudah berlalu. saya sebak bila akak ini cerita kisah kehidupan beliau. Sentiasa bergenang air mata bila sebut tentang suami. Sangat penyabar orangnya.

Allah terima doa beliau hari ini.  suami jadi seorang yang sangat penyayang, sangat baik dengan anak-anak. Sangat rajin bekerja walaupon penjaja sayur. Miliki kedai runcit. Sangat baik dengan isteri. Isteri membebel pun dia senyum. Seronok saya lihat wajah suami beliau. senyum sentiasa. Bila bercakap seolah-olah disusun kata-kata.

akak banyak sabar dengan abang, sangat setia walaupon abang jahat, bukan satu hari tapi bertahun dia sabar. Asbab sabar  الله pulihkan abang. Asbab akaklah rezeki kami keluarga tidak putus, Alhamdulillah abang sudah ada perniagaan sendiri atas susah payah akak juga.

Sebelum ini abang tidak sedar, tekanan melampau ditempat kerja. Alhamdulillah hari ini akak bimbing abang jadi insan yang baik. jadi suami yang penyayang. Abang minta maaf sungguh-sungguh dengan akak, rupanya akak dah lama maafkan abang.

Ambillah pengajaran dari apa yang akak cerita tadi. Matt pun tahu macam mana abang sebelum ini. Sayangilah isteri walau apa pun berlaku. Sebab isterilah kekuatan kita. Mereka sanggup buat apa sahaja demi keluarga ini. Abang setiap hari rasa bersalah dengan akak.

Tuan puan, maafkan seseorang yang pernah khianati kita asbab kebahagiaan kita akan datang, walaupon terpaksa berpisah.

#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah

-EncikMatt-

1 comment:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

semoga semuanya dirahmati dan dimudahkan. Ameen. :)