ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 13, 2017

Duit raya dan hamper raya dari Intech Kitchen

SEDEKAH TIDAK PERNAH MEMBUAT KITA JATUH MISKIN!

Semalam mak berbual-bual dengan saya. Dalam telefon je.

Mak: hari nie mak mengajar mualaf yang selalu datang umah kita masa raya  tue mengaji.Angah ingat lagi tak si R tue? Dia tue setiap kali lepas subuh mesti mengaji kat sudut-sudut masjid tue.

Saya: Dia tak kerja ke mak? Hari-hari kat masjid?

Mak: tak keja.tapi dia kata kawan dia keja hotel.kalau ada event dia ajakla si R nie sekali.

Saya: Mak bagi RM nie sikit kat R ye.

Hari ini saya ke pejabat. Jadi lambat sampai rumah lagipun saya ke rumah mak sebab park keta di situ sebelum naik tren ke pejabat. Dalam 10 malam baru sampai rumah sendiri sebab berbual-bual dengan mak ayah. Sampai je rumah saya lihat ada hamper setinggi saya! Eh sapa pulak bagi nie? Anak-anak dah melompat-lompat tengok saya balik.Amana hulurkan sampul berisi duit RM300.eh sapa pulak bagi nie?

MAMA, CINA YANG BUAT KITCHEN KABINET KITA TUE BAGI DUIT RAYA DENGAN HAMPER RAYA.

Terdiam..teringat RM yang saya sedekahkan semalam pada mualaf R melalui mak saya. . Betullah sedekah kita hanya "secubit" Allah ganti semula "sepinggan". Sekelip mata sahaja Allah pulangkan.Betul sangat seperti yang dijanji..dari satu sedekah akan bercambah 7 pokok..dari setiap pokok bercambah lagi 7..pernah dengar?

Nak diikutkan kenapa Cina nie tiba-tiba nak bagi saya duit raya? Hamper raya pun dah best sangat ... Last saya buat kitchen kabinet 3 tahun yang sudah.Duit hasil kemenangan contest. Tapi Cina nie memang panjang umur πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†baru semalam saya berbual-bual dengan adik tentang dia..

Saya tak kaya..gaji bolehlaaaa..meniaga bolehlaa... tapi alhamdulilah sejak-sejak saya berazam melunaskan semua hutang..tak kiralah hutang credit card..personal loan.. pinjaman pendidikan atau apa-apa sahaja hutang ...usahakan jelaskan hutang..jangan buat selamba..hutang dibawa ke mati walaupun pinjqman PTPTPU haha...bila kita cuba selesaikan hutang walaupun berdikit-dikit Allah akan luaskan rezeki kita.... ada sahaja rezeki yang datang dan cukup untuk saya dan anak-anak.. tak lebih dan tak kurang..CUKUP..

Betul mak cakap...nak rasa CUKUP... lengkapkan tiga perkara
1.SELESAIKAN HUTANG
2. BERSEDEKAH

3.NAFKAH IBUBAPA,ANAK DAN ISTERI

Pada anak-anak jangan lupa nafkah ibu bapa..kalau kita fikir ... hidup kita pun tak cukup..sampai kertu pun tak akan cukup..bila nafkah ibu bapa kita lunaskan  Allah akan lapangkan rezeki kita dan bantu kita dalam pelbagai sudut..

Pada suami..isteri ada hak nafkahnya..kalau hak isteri tak diberi ..sempit rezeki.. istrri tak halalkan camana agaknya? sedangkan isteri kalau yg berkerja tue dengan ehsan (bukan tanggungjawab) telah bantu urusan financial rumahtangga dengan kadar yang banyak.pernah tengok camana seorang suami yang bekerja mampu menangung anak isteri yang tak bekerja? Itula salah satu contoh Allah melapangkan rezeki  kerana si suami menunaikan tanggungjawab sebagai suami.. mungkin tak kaya tapi cukup dan tenang.. 

Pada isteri bekerja.. anda dapat kebenaran bekerja..jadi tak salah pun yuran nurseri anak anda yang bayar..tapi bukan semua benda dalam umh anda yang banyar...kalau gitu elokla tukar jawatan jadi suami... tetapi kalau dqlam keadaan diduga financial dengan ehsan.. bantula suami.. dapat pahala..dapat kebahagiaan keluarga.. sebagai suami pun jangan biarkan isteri berkurun2 abad lead keluarga..hilang rasa hormat nanti..kan dah dinyatakan jelas dalam Al Quran suami adalah ketua keluarga..


Tengok bunga tue..
Lagi besar dari kepala anak-anak haha
Boleh bayang tak sebesar mana hamper tue kalau bunganya pun dah besar gitu?
Mama, cina kitchen cabinet bagi duit raya

Horeyy mama nak beli emas Public Gold edisi Sultan Kelantan

No comments: