ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 16, 2017

Selamat hari lahir adlan khairy ke 4 😍

 Assalamualaikum semua
16/07/2017 alhamdulilah genaplah khairy 4 tahun
bersyukur melihat khairy masih di sisi
makin tinggi tapi makin kurus
makin manja tapi dah pandai berdikari sedikit sejak-sejak ada adik si Adam Tembam
 
 Kelam kabut sambut besday khairy
dahla kek yang ditempah pun silap xoxo
miscommunication
takpe janji khairy tahu ada kek utk dia
mulanya nk makan kat kat restauran cina muslim homst kat bangi gateaway
tapi sampai2 je ..hanya tinggal setengah jam je utk makan
jam 10 dah tutup
teus keluar
makan je kat burger king
khairy tetap happy
dalam kereta waktu balik khairy cakap
"mama terima kasih.khairy gembira sangat"
bertuah saya dapat anak-anak yang tidak banyak meminta-minta
mungkin dah biasa dengan apa yang ada
sejak khairy sakit saya didik anak2 cukup dengan apa yang ada 
sesekali je boleh "berhibur"


 
 tengok tue manja sangat buat memek muka macam tue
khairy nie boleh merajuk kalau dia tak dapat duduk tepi saya
boleh sampai bergaduhla
kesian jugak tengok arief asik mengalah
makan kat luar mesti duduk tepi saya..makan dalam rumah pun mesti dia yang duduk tepi saya
kalau oang laian amik tempat tepi saya..dia sanggup tak makan..aduhaii
amana senang..lantak korangla nak berebut..yang pasti amana sorang je anak perempuan haha

 adam tak paham lagi
tapi selalunya adam pun duduk tepi saya
sebab saya yang nak suap dia makan
kalau orang lain suap dia bukan nak makan sangat
habislah perangai dah nampak stail khairy
 
horey khairy potong kek
 
arief dah tanya
birthday dia nanti mama buat macam nie jugak ke?
saya cuma jawab "nanti kita sambut berdua je"
 
selamat hari lahir jantung hati mama
mama doakan khairy membesar menjadi lelaki beriman dan budiman
semoga yang berada di sisi khairy menyenangi sikap dan tingkahlaku khairy
doktor cakap.. bila usia khairy 8 tahun jantung khairy mungkin akan normal macam anak-anak lain
tinggal lagi 4 tahun
mama harap khairy dan mama dapat bertahan hadapi semuanya bersama
insya allah khairy sihat dan tak perlu lalui apa-apa operation
insya allah jantung khairy normal macam anak-anak lain
mama akan teruskan appoiment dengan doktor, makan supplement zaiton, minum air zam-zam
mama akan usahakan semua selagi khairy bernafas

jadi ibu walaupun banyak dugaan melanda
walau hati kita sendiri tak tenteram dan bersedih
tapi demi anak kita akan terus bertahan
satu hari nanti setiap pengorbanan nie 
Allah akan ganti dengan semanis-manis hadiah
insya allah juga seindah-indah syurga di sana nanti
dah banyak Allah beri "hadiah"sejak khairy lahir
yang pahit saya telan
yang gembira saya kongsi dengan anak-anak

semoga anak-anak jadi orang beriman
tahu bezakan yang halal dan haram
itulah kejayaan sebenar seorang ibu
bila anak hidup berpegang pada agama
kebijaksanaan dan lain-lain tue satu bonus untuk saya sebagai ibu 

seperti juga bila kita lahirkan anak
yang penting anak sihat sejahtera
comel itu hanya satu bonus

kalau anak "terlebih sihat" seperti khairy pula itulah "hadiah istimewa dari syurga"
janganla kita sebagai ibu berputus asa
pasti ada yang tersembunyi dalam setiap yang berlaku

Mama sayang Khairy sebelum Khairy ada dalam perut mama lagi
Mama sayang Khairy sejak mama tau mama kena lepaskan semua demi Khairy
Mama bertambah-tambah sayang Khairy bila tahu Khairy ne MAGIC
sebenarnya mama memang sayang Khairy tanpa sebab!

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 4 ADLAN KHAIRY


2 comments:

Mama Zharfan said...

epi besday khairy yg hensem :) moga sihat2 selalu..amiin

norhidana miswan said...

sanah helwah Adlan Khairy... bday khairy lbh kurang bday aiyan... sama2 anak syurga dana jgk tuh...

manja betul Khairy yek, takpe semua mmg anak manja mummy kan
bdk2 ni tak kisah sambut bday kt mana... jnji ada kek dh hepi sgt dh

acik doakan moga khairy jd anak yg soleh, sntiasa sihat n berjaya dlm hidupp