ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, August 14, 2017

En matt lagi..jangan jemu..

Bagaimana untuk HARGAI dan SETIA kepada pasangan?

Saya akan bagi points dahulu.

•Sentiasa perbaiki niat. Kahwin kerana Allah,sayang dan cinta pasangan kerana Allah,suami cari rezeki kerana Allah. Isteri kerja untuk bantu ringankan beban suami kerana Allah.

•Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan.
-Jika dengar perkabaran tidak baik terhadap pasangan,selidiki terlebih dahulu.

•Sentiasa tunaikan janji,bukan banyak berjanji.
•Sentiasa hadiahkan pasangan setiap bulan walaupun sekuntum bunga.
•Sentiasa berbual  dan mendengar dengan penuh perhatian.
•Sentiasa memuji pasangan.

"Bertuah abang dapat kahwin dengan sayang. Cantik,menyenangkan hati,rajin,baik hati"

"Bertuah sayang dapat suami hensem,baik,prihatin seperti abang"

Sentiasa berada dalam JEMAAH.

•Baca Al-Quran Bersama
•Solat-Solat sunat bersama.
•Zikir 300 pagi 300 petang bersama
•Kemas rumah,masak,sidai baju,mandikan anak,layan anak Bersama.

•Out station bersama.
•Sentiasa kongsi apa jua masalah termasuklah urusan dipejabat bersama.
•Sentiasa bersembang,ngeteh bersama pasangan.
•Selesaikan segala masalah bersama.
•Jangan wujudkan pihak ke 3 untuk selesaikan masalah kecuali jika ia perlu.

•Raikan sesuatu kegembiraan bersama.
•Saling menasihati antara satu sama lain.
• Berterus terang dalam semua hal dengan lemah lembut dan hikmah. Tiada lagi ayat-ayat kiasan,atau sindiran.
•Jangan memperkecilkan usaha dari pasangan walaupun suami sebulan sekali mandikan anak walaupun isteri sebulan sekali sikatkan rambut kita.

•Jangan dipendam hasrat hati. Luahkan apa yang terpendam.
•Jika mahu marah diam dan berwuduk. Guru daurah Al-Quran pesan kepada saya,nak marah isteri,anak terus peluk mereka.
•Apabila dimarahi diam walaupun dipihak yang benar.
•Jika PJJ,setiap hari,setiap masa berhubungan dengan pasangan. Jangan bersendirian nanti syaitan bersama. Sentiasa sibuk dengan majlis-majlis agama,dengan jemaah masjid,jemaah dakwah. Bersahabat dengan mereka yang sibuk dengan urusan agama.
•Sentiasa doakan kebaikan untuk pasangan. Selepas solat doa,selepas zikir doa,selepas mengaji doa,ketika masak doa,ketika basuh baju doa dan selepas azan sebelum iqomah doa kebaikan untuk pasangan.

Dan terakhir

ANGGAP DALAM DUNIA INI SIDIALAH YANG TERBAIK DAN SEMPURNA BUAT KITA.ORANG YANG PALING KITA SAYANG DAN CINTAI.ORANG YANG PALING BANYAK BERJASA KEPADA KITA.
ANGGAP SIDIA RAJA,PERMAISURI KITA.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

No comments: