ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, September 28, 2017

en matt

Moga Allah s.w.t jauhkan kita dari segala fitnah akhir zaman. moga Allah s.w.t wujudkan kasih sayang antara 'kita' suami isteri.
Perbaiki kehidupan kita kearah lebih baik, buang 'ego' jauh-jauh terhadap pasangan, cuba bertolak ansur dalam menyelesaikan setiap masalah. Cuba jadi PENDENGAR yang terbaik.

1) suami isteri jaga AURAT. Ambil berat tentang aurat anak-anak. Fahamkan isteri dan ahli keluarga batasan aurat dengan bukan mahram lain terutama sepupu. ...

2) solat awal waktu.
*suami cuba bagi masa untuk jaga anak dan bagi ruang untuk isteri solat dan baca al quran dengan selesa jika tiada kuliah atau program penting di masjid(waktu malam) segera balik rumah.
*Tinggalkan budaya melepak di masjid selepas solat isyak jika tiada urusan penting.

3) wujudkan suasana bacaan hadith,Al-Quran setiap malam di rumah, kumpul ahli keluarga bagi masa 10-30 minit setiap malam tazkirah.

4) Jadi PENDENGAR yang baik. Dengar keluhan dan masalah pasangan. Dengar apa jua cerita dari pasangan. saya selalu cerita tentang kesihatan, motor, kereta kepada isteri. Beliau akan jadi pendengar yang terbaik walaupun kadang-kadang tidak faham apa yang saya cerita terutama tentang kesihatan.

5) lakukan aktiviti secara bersama.
-makan, mandi, tidur, riadah, shopping etc, semuanya bersama hatta ajak isteri main carrom atau ngeteh.

6) Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan. Jika datang satu berita dari teman atau orang yang kita tidak kenali tentang keburukan pasangan. Tenang dahulu, cari jalan bagaimana untuk memastikan kesahihan cerita yang kita terima. Syaitan akan berusaha untuk rosakkan hubungan suami isteri dengan sangkaan buruk terutama suami isteri yang berjauhan.

7) Sentiasa hadir majlis ilmu setiap hari. Sekarang ramai ustaz buat ceramah live difacebook,ambil peluang ini jika tidak ada ruang untuk ke masjid. Hati akan lebih tenang jika kita sentiasa berada dalam suasana masjid dan majlis agama.
😎 khidmat antara satu sama lain. Cuba sesekali suami potong kuku dan rambut isteri. Sikat rambut isteri. Masak untuk isteri dan anak-anak. Masyaallah kita akan rasa satu nikmat sayang dan kasih kepada keluarga.

9. Jangan mengungkit hal yang sudah berlalu. Banyak mengungkit akan rosakkan keharmonian hubungan suami isreri.

10. Makan apa sahaja yang isteri masak,ketika makan puji masakan isteri. Setiap pujian buatkan isteri gembira.

11. Isteri diam dan tunduk ketika suami sedang marah atau memberi nasihat. Dan suami tidak elok marah sehingga meninggi suara. Nasihat isteri dengan hikmah dan kasih sayang.

12 selesaikan setiap masalah tanpa kehadiran orang ke tiga. Masalah akan selesai apabila kedua pihak berlapang dada,ikhlas,terima segala kekurangan dengan baik.

Terakhir. Elakkan melakukan maksiat. Jaga mulut dan kemaluan. Jika kedua ini terpelihara insyaallah baiklah sesebuah kekeluargaan.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#2Pagi2Rakaat2TitisAirMata



 

No comments: