ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, September 2, 2017

Rebut anak

Korang perasan tak?

Waktu masih berkahwin, jarang kita tengok suami dan isteri berebut nak jaga anak. Berebut nak mandikan anak. Berebut nak cuti sebab anak sakit. Berebut nak bawak anak main di taman permainan. Berebut nak tidurkan anak. Berebut nak tukar pampers anak. Berebut nak basuh berak anak. Berebut nak suap anak makan. Berebut nak bacakan anak buku. Berebut nak ajar anak mengaji. Berebut itu dan ini.

Anehkan!

Bila bercerai begitu ramai pasangan berebut anak. Sehingga jadi seperti pesta di mahkamah. Pesta perebutan anak. Pesta sedu sedan pada kebanyakkan ibu. Pesta pembuktian kelelakian pada kebanyakkan bapa.

Mengapa berebut hanya selepas bercerai? Kerana pada masa itu anak hanyalah bahan dendam. Anak dijadikan tebusan perasaan. Anak akan jadi lambang kepuasan. Anak jadi piala kemenangan.

Ada ibu menyorok anak daripada dakapan seorang bapa. Ada bapa memutuskan susu ibu pada bayi yang belum mengerti apa. Kerana apa? Kerana rasa puas melihat satu lagi pasangan menderita dengan perpisahan.

Kejam ibu dan bapa. Hanya kerana mereka berdua bukan lagi keluarga, anak jadi hancur.

Kepada yang sedang berebut hak penjagaan anak, tanyalah iman bukan syaitan. Doalah pada Allah untuk menerangkan hati2 kalian.

Ibu dan bapa tidak pernah bertukar nama. Suami dan isteri berbekas sentiasa. Kalian mahu cerai, kalian selesai. Namun anak kalian cedera perasaan dan kehidupan.

#khidmatmasyarakat
#CnP

1 comment:

Azian Elias said...

yg jadi mangsa anak2 lah kan.
jawablah nanti di akhirat dengan anak2 nya nnt.