ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, October 21, 2017

Happy Birthday to Us

 
bila dah terjebak dengan emas adalah perkara biasa bila nak beli sesuatu akan buat kiraan "kalau beli benda nie dah 3g,dah 4g etc etc ..isk rugi nie"

 lepas tue mulalah tak jadi beli barang idaman hati sebab terasa sayang nak membazir.beli emas takpe sebab bukan pembaziran. ia satu aset..satu simpanan beku.. simpanan yg lama bertahan.
 
tapi kali ini saya mengalah kerana ia bulan kelahiran kami.lagi pun sejak kawin 11tahun lepas belum pernah tukar jam.. jadi mohla kita beli jam ...utk bulan kelahiran kali ini..lagipun cannot tahan tengok jam rosegold tue..anak no 2 si arief pun jatuh bulan oktober juga.tapi tak dapat jam sebab lum reti tengok jam .
 
 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
 
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
 
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
 
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar, tetapi ditolak. Akhirnya Hafsah bernikah dengan Rasulullah SAW. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
 
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat di alam rahim lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
 
"Apakah hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
 
"Mungkin Allah hendak meninggikan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
 
"Hikmah untuk kita?"
 
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut, Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah."
 
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang.
 
Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebaik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, "apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?"
 
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu:
 
"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga!"
 
#Petikan dari Beduk diketuk tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Moga dapat memberi manfaat buat kita semua.
 
 
 
 

No comments: