ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, November 15, 2017

Akaun GAP Public Gold DISAHKAN PATUH SYARIAH

GAP DARI KACAMATA SYARIAH.
 
Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.
 
Kaedah yang digunakan ialah :
1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.
 
GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.
 
Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.
 
1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.
 
2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.
 
3. Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.
 
4. Timbul beberapa persoalan - antaranya - seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?
 
5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.
 
6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.
 
7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.
 
8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.
 
9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.
 
10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.
 
11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.
 
12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.
Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was :)
Credit: ust khairul
 
 
 
 
kalau dah buka akaun GAP Public Gold
Anda akan dapat PG Code
Dengan PG Code tersebut anda boleh manage akaun sendiri seperti diatas
 
1. Pertama sekali apabila seseorang pelanggan beli emas atau berdaftar samada sebagai pelanggan atau dealer, Syarikat Public Gold akan menghantar email beserta PG Code (No Ahli) dan Password dalam bentuk Link.
 
2. Apabila penerima berkenaan membuka email, penerima (pelanggan) perlu sahkan email itu dengan Klik Link berkenaan dan Link berkenaan akan membawa pautan kepada laman web Public Gold.

3. Setelah masuk ke laman web Public Gold, pelanggan perlu masukkan butiran seperti berikut :
Username : PG Code yang diberi
Password : No IC

4. Setelah masukkan butiran berkenaan, langkah pertama yang perlu diambil ialah tukar no password. PG Code tidak boleh ditukar kerana ianya menunjukkan pelanggan ahli ke berapa dalam Public Gold.

5. Setelah menukar kata laluan (password),pelanggan boleh semak butiran-butiran lain dibahagian "My Account". Apa yang pelanggan boleh semak ialah :
+ Ejaan Nama
+ No telefon
+ Butiran No akaun. Untuk butiran akaun no ini, pelanggan boleh pilih untuk isi ataupun tidak. Cuma jika update,ianya memudahkan proses jualan kelak. Jika tidak, Public Gold tidak boleh buat pindahan wang hasil daripada emas yang dijual.

6. Setelah selesai semak semuanya, Pelanggan boleh semak baki akaun emas atau AKAUN GAP di bahagian "My Gap". Klik disitu dan lihat. Apabila klik di bahagian ini,pelanggan boleh melihat segala transaksi jual dan beli, segala butiran lenggap mengenai jumlah gram dan lain-lain.
 
 
Buka Akaun Gap Bagi Pelanggan Baru
 
1. Transfer Online atau Bank in ke akaun Maybank Public Gold (refer akaun dibawah):
 
NO AKAUN GAP PUBLIC GOLD
BANK : MAYBANK 🐯
NO AKAUN : 5571 3923 8048
NAMA : PUBLIC GOLD MARKETING
 
2. Snap gambar atau Screen Shot resit berkenaan kepada 017-3201998.
3. Hantar secara whatsapp resit berkenaan dan saya urus untuk buka akaun.
4. Isi details dibawah untuk memudahkan proses dan ia mengambil masa selewat-lewatnya 24jam.
Details
======
Nama penuh :
No. Ic :
No tel :
Email:
Dealer: SUHAILA SALEH (PG00097831)
 
 

No comments: