ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, November 13, 2017

susah dan senang

hidup nie ada pasang surut
ada masa kita susah
ada masa kita senang
kita tak mampu nak halang ujian Allah
cuma kita bersedia sedaya yang boleh sebagai hamba

masa senang ;
-jangan boros sampai lupa pada tanggungjawab pada parents. hidup nie memang akan setiasa tak cukup rm kalau tak diketepikan.. keberkatan + kecukupan rezeki dan keselamatan hidup sentiasa ada dgn doa ibubapa.

-jangan boros sampai lupa pada yang memerlukan

-bila dengar ada kerabat atau family  nak menunaikan haji/umrah.ringankan poket hulur. kita belum sampai ke sana tapi harta kita sampai dulu.ada keberkatannya yang kita tak nampak

-simpan rm atau gold walau berdikit dan masa susah terasa banyak sungguh amount yg disimpan secara berdikit itu.

masa sukar;
-kenang kembali berapa lama Allah beri kita "kesenangan". kdg2 baru setahun dua susah kita sudah merungut habis-habisan sedangkan dah bertahun2 senang. dimana tahap iman kita?

bolehkah kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak pernah diiuji?

-bila susah..supaya kita dapat reda..fikirkan adakah semua yg jadi adalah kerana salah kita? bila kita menerima ada silap kita.kita makin hampir dengan reda..dan kita mkin sabar..

-bila susah jangan jebakkan diri dengan maslah lain. duduk diam2 je.. baiki apa yang ada..jgn tambah maslah dengan benda2 yg tak sepatutnya.

-bila susah tak payah nak pikir benda-benda luar kotak. benda2 yg menambah beban perasaan kita.masa susahla semangat kita kena kuat. jangan masukan elemen negetif dlm hidup kita yg dah memang sukar.

-bila susah jauhkan diri dari orang yg memasukan elemen negetif dalam diri kita dan kita tak mampu nak halang cas negetif tue.tak payahla dekat2.memang ada org suka tengok kita jatuh tapi ramai lagi yg suka tengok kita bangkit. elakan dengar gosip dan ngadu domba.takde faedah  punn..kenalpasti betul2 siapa lawan dan kawan.jangan salah pilih pulak 😰

-sentiasa berdoa supaya semangat kita kuat.berbaik sangka dengan Allah..selalu doa dan ucap"ya allah aku terima ujianmu  dan tak sabar nak tunggu pelangi dihujung sna"

MAK SAYA CAKAP TAKDE ORANG YANG SELAMANYA SUSAH SEBAB ALLAH TUE MAHA MENGASIHANI.