ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, December 7, 2017

manja?

Suami Manja

Jadi suami jangan manja sangat. Ini ada beberapa nasihat dari seorng suami, umur 30+, anak 3, bini bekerja, nasihat untuk para suami yang lain.
.
1. Bila suami isteri kerja, jangan expect isteri kau masak untuk kau all the time. Take turn. Kalau dia penat, kau offer masak, kalau kau tak tau masak, belajar, kt google byk orng ajar cara masak, bukan kene bayar pon nk tgk youtube tu, harga data brapa la sangat. Kalau kau malas, pergi kluar makan sama2, tak pon take away , tak pon call buat delivery. Take turn bayar. Kalau takde duit, jangan makan.
Ada kes tu, bini nk kene pergi outstation, tapi sebelum tu siap masak byk2 and frozekan makanan untuk laki dia. Pastu post kat fb, laki kau tak malu ke?
.
2. makan berhidang. Sama-sama masak, sama-sama hidang makanan, sama2-sama makan, sama-sama bersihkan meja dan basuh pinggan dan periuk. Bukan kau tunggu kat meja je, pastu lepas makan kau blah macam tu je pergi hisap rokok. Pinggan semua tak berangkat. Ada tu siap mintak air basuh tangan atas meja makan setiap meal lagi! Kalau ada bibik takpe la, kau ingat bini kau yang bekerja tu tak penat nak buat semua keje tu sorang2? Tak patut bro, tak patut, bukan basuh periuk je, nak kene sapu makanan yang jatuh2 kat lantai, simpan makanan yang tak habis makan, lap meja/ dapor etc. unless korang berdua jenis pengotor kemas dapor sebulan sekali.
.
3. Bila suami isteri kerja, jangan expect isteri kau basuh gosok baju kau sekali. Dia pon ada baju nak gosok, baju anak2 lagi. Kalau masa bujang dulu kau tau gosok baju sendiri, sila teruskan habit tu. Kalau masa bujang kau hantar dobi siap bergosok, sila teruskan buat macam tu. Jangan nk expect bini plak jadi bibik gosok baju kau.
Ada bini siap post kat fb dia dah siapkan gosok semua baju laki dia sebab dia kene pergi outstation. Baik betul. Tapi laki kau kenapa ngade2 sangat eh tak reti gosok baju sendiri ke?
Jadi isteri plak masa awal2 kahwin tu jangan tunjuk baik acah-acah perempuan melayu terakhir pulak, siap nak gosokkan baju laki even laki kau kata tak payah. Sebab kalau dah terbiasa kau jugak yang merana penat di kemudian hari. Aku tak suka bini aku gosokkan baju aku, tak kemas, sebab dia tak biasa gosok kemeja. Baik aku gosok sendiri puas hati.
.
4. Bila dah hidup serumah, kene bekerjasama dan lebih kurang. Isteri kau kemas dapor, kau basuh toilet. isteri kau kemas bilik tidor kau kemas living room. Isteri kau basuh / lipat baju, kau gi dobi hantar baju yg nk gosok. Isteri kau jaga anak, kau pergi beli take away makan sebab penat/ bosan makan masakan sendiri. Or sebab isteri kau masak tak sedap. Nak cakap terus terang dia masak tak sedap kang kecik hati pulah, so bagitau dia tak payah masak la, abang take away je.
.
5. Aku tau bende kat atas ramai dah lelaki buat sekarang ni. Even abang aku yang taktau masak masa bujang pon dan pandai masak sekarang ni. Tapi masih ramai jugak yg takde common sense belagak raja kat rumah. Padahal kat office menikus senyap.
.
6. Jodoh tu kite kene usaha. Jadi untuk perempuan yg belom kahwin, aku cadangkan kalau nak ngorat lelaki tu, cari yang berpendidikan jauh or keje jauh. Sebab drng dah tau macam mana nak jaga diri sendiri di perantauan. Tau masak, tau jaga pakaian sendiri.
.
7. Tapi jadi isteri bile laki kau cukup baik , ada common sense semua ni, kau jangan jadi malas pulak. Ye la sesetengah feminist kan anggap bende tu semua tanggungjawab suami, on top of nafkah makan pakai. Walaupon dia sama2 keje, sama2 penat, bila suami ajak bersama taknak sebab alasan keje penat. Walhal keje2 kat rumah semua suami dah settlekan.

Ok tu je. Just my random thoughts sementara minum kopi ni.

– ABA

1 comment:

Azian Elias said...

akak pun dah makin kurang memasak ni.. esp bila anak2 dah besar.. sesekali je. so tak boleh complain lah kan.