ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, January 31, 2017

GOLD BAR VS EMAS PERHIASAN

Pada saya, ada kedua-duanya lebih baik. Jangan letak telur dalam satu bakul kan?Kan?

Sunday, January 29, 2017

LRM-UTM

Salam semua,
Jom kongsi feed back LRM-UTM
Customer nie belikan LRM untuk suami beliau
Alhamdulilah bengkak eczema suami belia surut
jemput baca perkongsian kat ata stue ye
 
 
Dr Zubaidi syorkan gunakan LRM seperti diatas
 
 
Harga  seperti diatas untuk 2 produk (LRM +VCO) mengikut cara penggunaan yang disyorkankan DR Zubaidi
 
Harga yang sebenarnya
LRM-RM55
VCO-RM35
Postage : RM8 (Semenanjung)/ RM11(SabahSarawak)
 
Berminat?
017-3201998
 
 

Saturday, January 28, 2017

Ekstrak Tongkat Ali UTM: No KKM

Assalamualaikum
Untuk yang tertanya-tanya tentang kelulusan Ekstrak Tongkat Ali keluaran UTM boleh refer pada gambar dan link yang saya berikan.
 
NO KKM untuk Ekstrak Tongkat Ali : MAL06100644TC 
      1.  Untuk semak No KKM boleh ke link ini:
Akan keluar gambar seperti diatas
 
 
 
 2. Masukan NO KKM Ekstrak Tongkat Ali UTM: MAL06100644TC
http://npra.moh.gov.my/index.php/2016-08-02-06-37-27/notification-search
Akan keluar gambar seperti diatas tentang maklumat awal Ekstrak Tongkat Ali UTM
 
 
 
 
 
 
 Klik no MAL06100644TC untuk detail produk Ekstrak Tongkat Ali UTM
 

Selamat mencuba!
Nak order?
017-3201998
 

DERMAGS: TESTIMONI PERTAMA DERMAGS

 
Assalamualaikum semua
Dah lama tak tepek-tepek testimoni
Selalunya saya share testimoni Ekstrak Kacip Fatimah je kan?
Hari nie saya nak share produk keluaran UTM juga
Testimoni pertama  untuk DERMAGS SKINCARE
 
 
Alhamdulilah
Seronok dengar bila produk nie sesuai dengan customer kita
 
 
Sebenarnya nie customer Ekstrak Kacip Fatimah
Tetapi customer nie nak mencuba skincare keluaran UTM
Dulu UTM ada WISDERM Skincare
Tapi sekarang dah tak ada set trial
Semua set besar je
Customer baru nak cuba takkan nak beli saiz besar terus kan?
Jadi saya cadangkanlah DERMAGS  SKINCARE UTM by DR MARIANI
 
yang kat tapak tangan saya tue bedak compax
nanti saya buat entry ye
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gold Dinar Speech by Tun Mahadir

Tuesday, January 24, 2017

Orang Lain Dapat Bonus; mak Khairy Dapat IPhone :P




 
 
 
Assalamualaikum semua
Sapa yang baca blog nie agaknya pitam asik baca entry copy paste muahaa.Maaf dipinta.Sebenarnya entry copy paste pasal emas dan lain-lain tue saya pun tak sempat baca haha.jadi saya tepek je kat blog dengan harapan nanti saya free saya baca. lagipun semuanya ilmu.. tambah-tambah le ilmu sikit..korang nie pun asik laghaaaa je kejanya.. umur dah nak masuk 40kan? kuang kuang kuang
 
terus terang..lagi bederang sejak ada baby adam nie.masa saya sangat penuh.baby kecik lagikan? manja terlebihla.. lum lagi abang dia khairy yang memang manja tue.. sian khairy dah merasa tempias jadi abang.. apa lagi kena marahla.. haha... tapi hati nie sakit betul kalau termarah khairy .. rasa nak marah diri sendiri je bila termarah khairy magic tue.. doakalah mak dia nie ada kesabaran setinggi gunung..sesabar masa hadap semua benda bersama khairy 2,3 tahun yang lepas..amin..insya allah..
 
saya baru je setel keja.. target untuk hari nie dah tercapai lagipun saya dah pening nanti tak focus.. mcm biasa blog nie memang salah satu tempat saya relese tension..so moh kita borak2 ek.. last week kat pejabat saya isu yang hangat adalah isu bonus.. walaupun saya tak dapat bonus ..saya dapat IPHONE haha.. IPHONE saya nie walaupun tak boleh buat call..percayalah nilainya lebih besar dari IPONE yang boleh buat call tue. cer tunggu setahun dua nanti uools cuba jual IPHONE uools tue.. harganya menaik atau menurun? yang pastinya IPHONE saya nie PASTI menaik harganya.. all gold hokeyyy.. sekarang kalau bawak pegi arrahnu pun dah boleh dapat pembiayaan aka pinjaman aka loan ..IPHONE uools boleh ke guna untuk dapat loan?
 
 
cantik tak? all gold ye..  kalau nak beli bead pastikan beli yang all gold..kalau yang berwarna-warni atau berbatu-bata tue  tak dapat nak arrahnukan.. nak kira emasnya pun susah..sebabnya dah le kecik banyak batu pulak tue..acaner nak kira berat emas? opss lupa nak khabar..berap IPHONE nie 1.56g..harga? pm tepi ya..kiki..yup saya jual Pandora 916 sekarang..nak beli? pm tepi kiki



tue contoh bead yang colorful dan berbatu-bata. cantikkan? bolehla beli sebijik dua untuk keserian rantai tangan Pandora.. supaya sejuk mata memandang... sejuklah sangatttt...
 
pada yang dapat bonus sebulan.. lagilah yg dua bulan tue.. menabung ye.. simpanla pd banyak tempat..jangan simpan setempat je.. jangan semua simpan dalam bank je.. agak-agak kalau simpan dalam bank tue berapa lama bertahan? sikit-sikit keluar..sikit-sikit keluar ada je yg nk dibayarkan? duit fiat (RM) memang cepat habis.. duit emas yang susah nak belanja hihi..
 
terfikir tak yang ada antara kita nie  takada pencen? cuma ada kwsp. rasa-rasa cukup ke untuk teruskan hidup kalau dah habis service nanti? sekali anak kawin habis kwsp.. jgn kata ..anak nak kawin pandai2la carik duit.. dulu korang kawin memang parents takde sponsored sikit pun ke?

banyak cara untuk backup hidup kita lepas retired nanti. cuma antara nak dengan tak..antara sanggup berkorban di masa sekarang atau tak.. sanggup tak nak forced saving? buang tabiat berbelanja yang bukan-bukan..cuba zero hutang..  nie cakap untuk diri sendiri jugak.. saya nie lagila tak tau sampai bila nak kerja.. bukan sebab tak suka keja sangat.. tapi sebab saya dah belajar bersedia sejak khairy lahir.. selagi khairy sihat , Nampak normal, bertahan..insya allah ada rezeki lagi nak kerja.. doakan khairy sihat sampai akhirnya ye... tq kawan-kawan..

kalau yang ada rumah banyak tue.. okla kalau retired kutip duit sewa.. kalau yang takde? pelbagaikanlah simpanan.. sekarang yang pasti semua ada kwsp atau pencen.. lagi rumah sewa..lagi? insuran? lagi? unit trust ? (saya takde sebab buat masa sekarang saya tak trust sesiapa simpan duit saya haha) biar duit tue seciput pun..biarlah saya yang managed..biar saya yang mudah nak cairkan untuk belanja anak-anak... paling mudah adalah emas ye kawan-kawan.. emas fizikal..tak payahla beli emas..pastu dapat sijil kiki.. biar emas tue kat tangan korang..senang nak managed..nak jual? nak arrahnu? nak simpan? tak kisahlah goldbar/dinar/gelang tangan/rantai/Pandora 916..asalkan ia jadi investment dan saving..jangan pulak beli emas hari nie pastu jual esok..pastu membising takde untung punnnnn!! pg belajar ilmu emas ye kengkawan.. boleh baca kat INFO EMAS nie.. saya akan update segala ilmu-ilmu emas yang di sharing oleh kengkawan saya  kat situ..bacalah ye..
 
kalau perempuan senang ...belilah barang kemas.. lelaki pulak belila barang kemas  untuk isteri kuang kuang kuang... nanti terdesak bolehlah buat ayat "yang..pinjam barang kemas nak bawak pegi arrahnu" (isteri tak marah kalau barang kemas tue  korang yang beli..tapi kalau barang kemas pusaka atau isteri yang beli sendiri korang nak bawak pegi pajak? memang perang besar meletuslah kan?)

untuk lelaki  belilah gold bar dinar... investment tue.. ..saya pun baru nak mula. baru celik-celik emas.. sebelum tahu tentang emas nie saya ada insuran  .. semua anak ada insuran keculi khairy (dia memang tak boleh ambil insuran sebab masalah jantung)  bila terdesak  sy korek..pertama kali sy korek insuran saya lepas 10 tahun saya joint insuran tue... itupun masa sy cuti tanpa gaji jaga khairy.. sy buat rooling business and bayar baki kereta.. see? kita tak taukan bila kita diuji? nak tunggu ujian datang baru nk carik sumber untuk "korek" ke?
 
ada kakak opis bagitau dia jual emas dia yg dulunya dia beli hanya RM30 pergram.. baru-baru nie dia jual dapat berbelas-belas ribu... untuk info..emas 916 per gram sekarang RM205++ yeeeeeeeee...
 
yang belum merasa "pedih"nya ujian.. bersedialah.. yg dah merasa.. TAHNIAH..ANDA ORANG-ORANG TERPILIH.. ..kiki...last but not least.. jangan nanti IPHONE saya masih kekal jadi "tanda" pertama kali saya takde bonus sepanjang saya kerja.. tapi korang yang dapat bonus tue langsung takde "tanda" dapat bonus ribu riban .. muahaha
 
nanti rajin2 saya up bead/dangle//bangle/ rantai tangan Pandora 916 ye... eh tak caya ke saya jual Pandora 916? tak nak kawan... bye nak tdo..esok nak tempuh hari2 yang heatic bersama dua baby comey adam dan khairy.. tak lupa keja opis..akhir bulan nie..alhamdulilah..tinggal sikit je lagi..doakan saya dan anak-anak yeeee...
 
 
 

Monday, January 23, 2017

40 tahun

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau,

“Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

Sunday, January 22, 2017

7 KEISTIMEWAAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN TERBAIK

🏌‍Saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah *“penyimpan emas”*,
saya bukan “pelabur emas”. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.

🏌‍Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

🏌‍Itulah jawapan saya kenapa golongan *“penyimpan emas”* tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk

*(1)* digunakan ketika kecemasan, atau

*(2)* pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.

Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

⛷ *Nilai jangka panjang terjamin*
⛷ *Mudah dicairkan*
⛷ *Emas adalah tunai*
⛷ *Kekayaan di tangan kita*
⛷ *Boleh dijadikan modal pusinganIa aset mudah alih mobile*
⛷ *Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)*
⛷ *Aset fizikal mampu milik*

Anda pula bagaimana??🤗

*#emassepanjangzaman*
Copy paste

8 KELEBIHAN BERNIAGA EMAS

1. Stok emas naik harga dalam jangka masa panjang. Stok perniagaan lain belum tentu akan naik harga.

2. Stok yang tidak boleh binasa dan mudah disimpan.

3. Stok yang mudah ditukarkan kepada tunai (menggunakan Ar-Rahnu).

4. Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah.

5. Anda memperolehi untung ketika menjual atau membeli emas.

6. Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu emas bernilai.

7. Dengan strategi yang betul, perniagaan emas memberikan pulangan yang sangat lumayan.

8. Perniagaan yang high class kerana martabat emas tinggi di sisi manusia.

INTIPATI MALAM ANUGERAH POWERGOLD

Inti pati Malam Anugerah Powergold
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
1. Perjalanan syarikat dari 2013, tahun pertama yang mencabar, tahun ke 2 produk syarikat diband, tahun 3 jualan produk capai sasaran, tahun ke 4 melepasi sasaran iaitu sebanyak 425% daripada sasaran 5 juta. Semuanya hasil jualan anda ahli2 yg hebat.

2. Projek Tabung Amal
Pembinaan bangunan Tahfiz Al Mutaqqin 3 fasa dgn kos 1 juta telah terlaksana tanpa membuat pinjaman. Hanya dengan sumbangan2 ahli melalui Tabung Amal. Anak tahfiz akan mula dipindahkan ke bangunan baru ini. Murid²nya dibawa dari Acheh.  Bos minta siapa yg pernah menderma dlm tabung Amal ini  lupakannya. Seterusnya, mahad tahfiz ke dua akan dirancang selain tolong biayai bil2 tahfiz yg memerlukan dana.

3. Pelancaran Program Mentor. Emas yang sudah dikumpul nak buat apa? Jawapannya dalam program mentor. Master Stokis akan dilatih menguasai saham. Ilmu² ini akan disalurkan kpd penyimpan² emas ahli atau bukan ahli.

4. *Pelancaran pakej Jom Biz rm299*. Tahun 2017 akan ada banyak peristiwa akan terjadi yang berkemungkinan meningkatkan kos kehidupan kita. Pakej ini beri peluang untuk berniaga emas kerana perniagaan emas tidak merugikan selain menambah simpanan emas kaum melayu.

5. Perjenamaan semula produk emas yang lebih mesra arrahnu akan dilaksanakan.

6. Selangkah demi selangkah untuk masyarakat kita boleh simpan emas, fungsikan beranakkan emas agar kita boleh menjadi pembayar ZAKAT EMAS

SimpanEmas1Gram1Bulan1Keluarga
PelbagaikanSimpananKita
EmasLambangEkonomiIslam

Tambahan:

Program Mentor ni melibatkan semua master Stokis sebagai mentor. Mentor ni pula akan diajar semua bidang dlm emas termasuk pertukangan emas. Ilmu2 yg diajar akan disampaikan kepada semua ahli dan bukan ahli. Setiap kelas yg dihadiri akan diberi BV. Sama seperti beli produk akan dpt point BV. Kelas2 mentor ini juga akan diberi BV. Satu plat emas berlambang kuda akan diberi kpd yg berjaya hadir ke kelas INI. Plat kuda INI sebagai lesen utk leader2 sebarkan ilmu. Plat ini tidak dijual, ia exclusive.

💫Matlamat syarikat mahu orang melayu Islam naik bersaing dlm dunia global. Selain ilmu emas, pihak Powergold akan turun memberi ilmu2 pasaran saham bumiputera. Melalui simpanan emas di gunakan menjadi pemilik saham syarikat2 gergasi.

💫Syarikat tubuhkan koperasi legasi emas utk dptkan lesen sah dlm menyebarkan ilmu2 emas kpd semua rakyat Malaysia. Matlamat syarikat membantu dan meningkatkan kualiti hidup rakyat2 Malaysia.

4 JENIS PEMBELI EMAS

1. Penyimpan emas : Kumpulan ini membeli emas sebagai simpanan alternatif kepada simpanan tunai yang sentiasa bocor dan susut nilainya dimamah inflasi. Duit yang ada ditukar jadi emas walau hanya serendah 1 gram setiap kali. Matlamat akhir ialah supaya gram emas sentiasa bertambah. Harga tidak penting, asalkan gram emas bertambah. Harga naik beli, harga turun pun beli.

2. Pelabur emas : Kumpulan ini membeli emas sebagai alat pelaburan demi untuk pulangan tunai yang lebih banyak. Biasanya akan mencari harga terbaik untuk membeli dan harga tertinggi untuk menjual. Item yang dibeli bermula dari gold bar 100 gram dan ke atas. Ilmu asas yang perlu ada ialah analisis teknikal iaitu belajar baca graf turun naik harga emas.

3. Peniaga emas : Kumpulan ini adalah gabungan penyimpan dan pelabur. Beli emas untuk simpanan sendiri. Di samping itu juga mengintai-intai peluang untuk buat duit dengan menjual pada harga tinggi samada kepada pasaran terbuka atau menjual balik pada tempat di mana mereka membeli emas tersebut. Kelebihannya ialah, boleh bertambah gram emas dan juga boleh bertambah duit untuk membeli lebih banyak gram emas. Peniaga emas di Powergold biasanya adalah ahli/Stokis yang juga boleh membina karier dan empayar emas sebagai pendapatan aktif dan pasif.

4. Penagih emas : Kumpulan ini adalah kumpulan baru yang membeli emas secara tegar. Asal emas saja dibelinya, tidak mengira harga. Selain dari item biasa, item edisi terhad dan edisi istimewa juga menjadi pilihan. Nombor siri dan design juga menjadi faktor sehingga mereka sanggup membeli walaupun pada harga yang tinggi.

TaaIPS PANTAS TENTANG EMAS


■ Beli emas utk sekurang2nya dlm tempuh setahun utk dapat keuntungan...Bukannya beli 1 gram hari ni dan nak jual bulan depan dengan mengharapkan keuntungan.. Rugi lagi ada..

■ Beli emas gunakan duit lebihan BUKANNYA DUIT YG NAK DIGUNAKAN DLM JANGKAMASA TERDEKAT.

■Jangan beli emas yg mendapat pulangan bulanan.

■ Beli emas yg dapat emas fizikalnya.

■ Beli emas yg emasnya mudah utk dibeli dan dijual serta diminati oleh ramai pengemar emas sbb mudah utk dijual nanti.

■ Sebagai pelabur JANGAN beli emas perhiasan sbb harganya mahal dan susut nilainya tinggi.

■ Jangan beli emas dari kedai2 emas sbb harganya jauh lebih mahal. Beli emas dari syarikat yg mempunyai banyak cawangannya.. jadi mudah utk anda jual nnt , tak perlu mengharapkan kepada dealer sahaja.

■JANGAN pajak emas anda tanpa sebarang alasan yg kukuh..dan tanpa teknik yg betul.
Cth alasan yg kukuh ~utk kegunaan modal perniagaan.
Cth alasan yg tak kukuh ~ pajak emas utk pergi makan angin.

■ JANGAN beli emas dengan hanya terikut2 dengan orang lain TAPI BELI LAH EMAS BERSAMA ILMU EMAS ITU SENDIRI.. BUKAN EMAS YG MEMBUAT KITA KAYA TAPI ILMU EMAS ITU YG MENJADIKAN KITA KAYA..

■ JANGAN JUAL EMAS ANDA DITEMPAT YG SALAH.. cthnya emas yg dibeli dgn powergold dijual dikedai emas.. anda akan kerugian susut nilainya. (Susut nilai lg tinggi)

■ Jangan beli emas yg murah tanpa mengambik kira ttg faktor2 yg lain..cthnya spreadnya perlu diambil kira, mudah utk dijual balik juga perlu diambik kira.

■ Sebagai permulaan utk membeli emas JANGAN TUNGGU HARGA RENDAH sbb anda tdk tahu bila harganya rendah atau tinggi..

■ Istiqamah membeli emas setiap bulan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah.. itu lebih menguntungkan dengan sistem pemurataan dipenghujungnya.

ADA EMAS TANPA ILMU~ANDA AKAN RUGI.
ADA ILMU TANPA EMAS~ANDA TAK KEMANA.
ADA EMAS DAN ILMU ~INSYA ALLAH ANDA AKAN BERJAYA

#TEAMprojek1kilo
#SimpananEmasFizikal
#EmasPowergold

PENYIMPAN EMAS COOL TAKALA RM JATUH

Anda mesti faham, kenapa simpanan dalam bentuk emas lebih selamat.
.
Berikut adalah antara kesan kejatuhan nilai RM
- Barangan import lebih mahal
- Harga barangan tempatan akan naik
- Inflasi
- Kuasa beli luar negara menurun
.
Simpanan dalam bentuk wang di dalam bank akan mengurangkan nilai duit kita. Adapun simpanan dalam bentuk emas akan mengekalkan nilai duit yang kita ada.
.
Kita selalu perasan bahawa trend harga emas selalu naik. Sebenarnya nilai duit kita yang semakin jatuh menyebabkan harga emas semakin meningkat. Semakin jatuh nilai RM, semakin banyak RM diperlukan untuk membeli emas berat yang sama. 1gram pada tahun 2000 hanya RM30. 1gram pada hari ini memerlukan RM203.
.
Emas mampu membeli sesuatu barangan walaupun harga barangan tersebut terus meningkat. Jika pada zaman Rasulullah 1 dinar boleh beli seekor kambing, zaman sekarang masih lagi boleh beli seekor kambing dengan nilai 1 dinar (nilai hari ni sekitar RM800). Andai kata 10 tahun akan datang harga seekor kambing mencecah RM2000, nescaya ianya mampu dibeli dengan 1 dinar.
.
Kesimpulannya, emas adalah matawang yang sebenar. Jadi simpanlah emas. Duit tu sekadar untuk beli keperluan harian.
.
Mulakan denga 1gram pertama anda.. Pasti gram yang berikutnya akan menyusul..

Friday, January 20, 2017

DERMAGS SKINCARE UTM BY DOCTOR MARIANI : TRIAL SET



Assalamualaikum semua
lama sungguh tak update produk-produkkan?
Marilah kita update produk tekini
Tetapi seperti biasa produk yang jadi pilihan saya pastilah produk keluaran UTM
kerana ia berkualiti dan menjalani R&D
seperti produk-produk UTM yang lain Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Tongkat Ali dan  Virgin Coconut  Oil

 "Satu-satunya produk kecantikan yang menggunakan teknologi nano berasaskan Alpha-MAGs™ di Malaysia"
.
πŸ‘‰Natural-based Product
πŸ‘‰Produk Kecantikan Premium
πŸ‘‰R&D Product (in-vitro study dan Lab Test)
πŸ‘‰Produk kajian penyelidik dari UTM yg dijalankan di Universiti Dongguk, Korea
πŸ‘‰Teknologi nanoepsulation berasaskan kulit manggis (Alpha-MAGs™ niosome)
πŸ‘‰Produk Buatan Muslim
πŸ‘‰Dihasilkan dari kilang bertaraf GMP
πŸ‘‰Berkelulusan KKM dari BPFK
πŸ‘‰SELAMAT digunakan
πŸ‘‰Tiada bahan kimia memudaratkan kulit wajah
πŸ‘‰Membantu menyelesaikan kebanyakan masalah kulit wajah anda!



 Sesiapa yang nak tahu isi kandungannya boleh refer gambar diatas.

 Expired date memang ada tertera pada kotak. Kebiasaan trial set nie tahan 1-2 bulan

 ✔Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
✔Merawat masalah parut, jeragat, jerawat, kesan terbakar, dll
✔ Mengatasi kulit kering dan kusam
✔ Menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit lebih halus dan lembut
✔ Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori
✔Mengecilkan liang pori
✔Mengimbangi lebihan minyak
✔Menganjalkan dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah
✔Melindungi kulit wajah daripada UVA/UVB yang merbahaya
✔ Membantu mencegah penuaan pramatang
✔ Menjadikan kulit segar, lebih sihat, dan bersinar serta kekal awet muda
.
DerMAGs™ Skincare mengandungi 4 item:
πŸ”ΆIntensive Brightening Cleanser
πŸ”ΆIntensive Brightening Skin Softener
πŸ”ΆIntensive Brightening Serum
πŸ”ΆIntensive Refining Cream
.


Cara penggunaan DERMAGS SKINCARE
Mesti nak tengok rupa BB Cushion SPF50 PA++ kan?

 
Amacam? Melting tak?
Next entry testimoni customer saya sendiri 
dan juga rupa di bahagian dalam BB Cushion SPF50 PA++



Berminat?
WASSSUP 017-3201998

Thursday, January 19, 2017

Happy Eyecare Bangi- Sebenarnya Kaca Mata Tidak Mahal

kenal tak? kenal tak?
niela anak no 2 saya
amirul arief
dah besarkan?
tapi mcm-macam cerita dia nie
bertabahlah
insya allah makin dewasa dia makin matang
mungkin kena sunatkan awal kot baru matang?
any comment?
haha
arief teman mak dia amik mata spare mak dia

 tagline tak boleh blah
tapi memang memukau
sapalah yang tak terpukau
lebih-lebih yang poket nipis macam saya nie 
muahahaha

 bingkai spec mata tue sebenarnya mak saya yang pilih. mak cakap bingkai warna rose gold nie sesuai utk saya. saya tengok biasa-biasa je. tapi sebab mak cakap ok saya terus amik.. saya nie rabun jauh dan silau tinggi.. kadang-kadang cahaya lampu atau matahari yang silau boleh buat mata saya berair macam menangis gayanya kiki... saya risau kalau drive tak nampak..kalau malam-malam lagilah tak nampak.. so better saya buat spec.. sepanjang pregy saya tak pakai spec.. ada orang kata tak sesuai buat spec time preggy.. dah setahun lebih jugak spec lama pecah ..saya tak ganti-ganti yang baru. spec hitam tue free katanya.. tak kisahlah free ke tak free janji saya suka.. jangan harapla saya nie nak beli spec hitamkan?spec hitam tue boleh dipakai di atas spec rose gold tue

 nah saya snap picture lagi
alhamdulilah murah lagi
adik saya buat speck 1k++ nak nanges mendengarnya
so kalau rm600 bolehla lagi
atakle nangis tepi bucu katil mendengar harganya

 macam cikgu-cikgi je haha

nie panca sitara kecik kiki
khairy kurus kan? dia demam dekat 4,5 hari
langsung tak nak makan
minum susu
ada sekali tue saya pujuk dia suruh makan
dia boleh cakap "tak nak nanti haily terberak..mama susah"
silap saya sebab termarah khairy sebelum tue
dia nak berak..dalam masa yg sama saya tgh urus adam yg melalak
saya ter marah dia
adoii rasa bersalah bila dia tak nak berak sebab takut menyusahkan saya
khairy nie hati dia memang lembut
maybe sejak kecil tak pernah kena marah
khairy mudah rasa bersalah kalau menyusahkan mak dia
pernah masa saya preggykan si adam, khairy tak sihat
muntah-muntah dekat seminggu
berak cair sampai tercicir-cicir
dia tunduk je tiap kali saya cuci dia
bila saya pujuk
"jangan sedih ..khaiy tak susahkan mama..untuk khairy mama sanggup apa je"
terus khairy peluk saya
anak kecil nie memang sensetif dan memahami orangnya
Allah kurniakan dia sesuai dengan dirinya
hati yang lembut dan jantung yang lembut :)

Hidup adalah tentang pilihan

Semua orang ada pandangan masing -masing
Semua orang ada perniagaan masing-masing

Dalam group emas kami, ada juga ibincangkan perbezaan syarikat "itu"
Lebih2 lagi bila customer atau prospek tanya
Tetapi untuk kutuk-mengutuk seboleh2 tak digalakan oleh tuan tanah group
Yang dibolehkan jelaskan perbezaan kerana masing2 ada kelebihan tersendiri
Dan terpulang pd customer
(Konsep memberikan pilihan pd customer nie dah saya pakai sejak jual supplement. Kalau ada customer yang minta kebaikan ekstrak kacip fatimah utm ..saya beri..kalau suruh condem supplment lain mcm jsd ke mab ke dan lain2 lagi..maaf saya bukan jenis kutuk produk orang lain. Saya direct cakap..saya tak boleh beri pandangan tentang produk orang lain. Sesuai utk saya belum tentu sesuai utk org lain.. tak sesuai utk saya mungkin sesuai utk orang lain.sesuai sy share .. tak sesuai diam2 sahaja..kenapa nak burukan perniagaan org lain?)

Kalau ikutkan.. ada byk juga cust cakap..
kenapa itu..kenapa ini...
Nak tau..bacalah sendiri..galilah sendiri.. nak condem2 pastu nak condem berjemaah kat ruangan terbuka..tidakla bukan cara saya..

Ikutla keperluan masing2 yg sesuai dgn anda
Hidup nie sama ke?
Keperluan dan kehendak kita sama ke?

Saya ada dengar isu tak semua arrahnu terima POWERGOLD dan isu2 yang lain
Tapi kenapa saya masih pilih nak joint POWERGOLD?

Pertama :saya ada kemudahan di sini
Arrahnu area umh saya sendiri terima powergold
Dah cuba pun
Saya pun tahu sikap sendiri
Saya bukan jenis suka tukar2 tempat kalau dah biasa
Cukuplah satu tempat arrahnu tue saya tahu
Oh sebenarnya di kawasan saya ada 2 arrahnu yg terima powergold😎
So keperluan saya dah dipenuhi.
Itu yg saya teruskan menyimpan dan share
Dan pada yg bertanya2 tentang POWERGOLD
saya beri list arrahnu terlebih dahulu
Dan silalah cari yg terdekat.. kalau anda rasa keperluan anda tentang ARRAHNU tercapai dan masih masih nak joint   POWERGOLD..SILAKAN DENGAN TANGAN TERBUKA
kalau keperluan anda tak tercapai boleh joint yang lain.. HIDUP INI ADALAH TENTANG PILIHAN.
ANDA NAK PAKSA ORANG IKUT PILIHAN ANDA.? ORANG LAIN TUE ANAK KITA KE? Anak sendiri pun memberontak kalau kita paksa ikut pilihan kita.

Kedua: goldbar powergold boleh ditukar dengan emas BK 999
Master stokist saya selalu ada up barang kemas 999 yang boleh DITUKAR TERUS dengan goldbar POWERGOLD
kalau barang kemas ...boleh kata semua arrahnu terima dan barang kemas 999 lebih tinggi nilainya dari barang kemas 916 (barang kemas biasa kita ada tue)

Ketiga: joint POWERGOLD bukan semata2 nak jana income..
Saya mulanya joint POWERGOLD sebab simpan utk anak magic saya.untuk urusan perubatan di masa depan. Saya memang tak suka emas dulu. Mak nak belikan pun saya tak nak. Tak tau nak buat apa kalau ada emas pun.. setakat pakai jd perhiasan ermmm saya tak minat sangat.. pakai rantai pun asik putus.. buat apa? Itu dulu.. tak tau apa kebaikan emas.... sekarang dah tau..saya sharele.. dah kalau share mestilah ada produknya.. kalau kata kenapa share barang kemas yang memang diterima oleh semua arrahnu.. saya tak reti nak share pasal barang kemas lagi..walau ada yg tanya tentang barang kemas.. tak nak share kalau kita lum mahir..nanti jadi lain...kiraan upah..kiraan gram.. emas used..baru.. belum mahir..

Keempat: saya percaya dengan penjualnya
Sya masuk powergold sebab saya yakin dgn penjualnya Nur Zulaikha. Dari dia sy banyak belajar.lepas tue baru upgrade stokist. Lepas tue sy joint group dgn master stokist pulak. Kedua2nya boleh dipercayai.hati saya senang dan tenang. Tak risau org songlap duit ke apa..mana nak cekau duit ribu2 kalau stokist dan master stokist tak boleh dipercayai?

Kelima: fokus pada satu sahaja? Saya bukan orangnya..maaf
Saya jual pelbagai produk kesihatan. Bergantung pd perrmintaan customer saya. Tapi saya pastikan ia punya "kekuatan" untuk dijual. Ekstrak kacip fatimah utm kerana disyorkan dr zubaidi dan ust norhafizah musa.. baybie utk bayi kerana doktor @zulkifli Zulkifli Mohamed Sharif , sutra Watie Marzuki kerana ia bekerjasama dengan Biocorp corpration.. minsyam kerana ia makanan sunnah .. so saya dah biasa dgn pelbagai produk yang punya kelebihan dan kebaikan masing2.. Saya dah biasa... saya amalkan dasar pintu terbuka bukan pintu tertutup..yang penting saya suka...dan sya tak suka condem produk orang lain.  Eh dosa ke kalau saya nak beli emas POWERGOLD..then saya nak beli emas syarikat tue..then nak beli emas syarikat KTJ... duit saya suka syalah nak beli atau joint sesiapa pun.. kan bagus kalau saya ada geng emas yg sekepala walau bukan satu company.. kot2 ada customer yg minat gn syarikat anda.,saya pass jelah customer tue.. bukan susah punnnn.lagipun EMAS TETAP EMAS TAPI EMAS TAK BOLEH BAWAK MATI.. JANGANLA BERMATI2AN SANGAT😅

Keenam: saya dah ngantuk muahahaha.. mekasih baca panjang2.saya sakit perut pulak malam2 buta nie..langsung tak boleh tidur.

HIDUP ADALAH PILIHAN
JANGAN CONDEM PERNIAGAAN/PRODUK ORANG LAIN ;HATI BOLEH BERBOLAK BALIK
TAK SUKA DIAM  JIKA SUKA SHARE ; ITU LEBIH BAIK
EMAS TETAP EMAS
EMAS TAK BOLEH BAWAK MATI😆😆😆😆

#kokoadaikcollection
#kokoadaikblogshop
#kokoadik
#POWERGOLD
#emas

Tuesday, January 17, 2017

Lemang Periuk Kera





 BETUL..BETUL..BETUL...
siapa yang tak pernah tengok citer upin ipin? kalau tak nampak sangat menipu haha... saya nie memang tak tengok sangat nie citer budak-budak.. tapi saya taulah. anak-anak suka upin ipin..kekadang anak-anak bukak saya jeling-jeling jugak... tapi episod lemang periok kera saya takde pulak tengok haha 

 ini pestime saya makan lemang periuk kera tau.. lemag dah biasa makan.. tapi dalam periuk kera nie RARE..korang tau ke tak maksud RARE? kalau tak tau sila tengok kamus haha


 satu bekas nie RM10 je.. lemang periuk kera nie ada 5/6 biji (erkk panggil biji ke?) 
bergantung mengikut saiz.. ada rendang sekali

 nie gambar close up paling hebat saya dapat capture :P
almaklum camera tak canggih
hp saya dah rosak huwaaa
camera dah blur..
bila orang call pun asik mati-mati
nasibla wassup masih boleh
lagipun  saya tak berapa suka sangat nak berbual guna tab merangkap hp kiki

 ehemm anak-anak bujang saya pun suka lemang periuk kera nie
arief la yang bagitau saya .. lemang periuk kera nie ada dalam citer upin-ipin
saya pun tak tau ada lemang periuk kera

 arief je belasah 2,3 bijik lemak periuk kera nie
nasib dia tak request saya buat haha

 si khairy slow motion..penyabar..
dia kutil satu-satu biji isi lemang tue

 nie proses bersihkan periuk kera nie
dengarnya susah nak dapatkan periuk kera nie
siap kena tempah dari negeri lain
ohh saya tak jual tau haha
kalau nak beli pm tuan tanah nie AZIE.
AZIE -  0173340095
NIE kawan comper saya

macam nielah muka anak korang teruja tengok lemamg periuk kera nie


Baru-baru nie surau baru area umah saya ada perjumpaan
buat potluck
so saya sebagai mak yang sangat rajin
hanya mengorder lemang periuk kera nie muahaha
dan bagai diduga..pelbagai reaksi yang saya dapat

"ehh apa nie? kek ke?" (haha comment nie memang kelakar)

"wowww..lemang periuk kera.susah nie nak dapat!!selalau kat Sabah Sarawak" (erkk ye ke? mana saya tahu.saya order orangnya kat semenyih je kiki)

"ehh jangan habiskan.nak rasa"

"eh nak bawak baliklah kalau ada lebih"

CUBALAH ORDER
RARE!
KALAU NAK ORDER UNTUK KENDURI KENDARA PUN BOLEH
JSUT WASSUPAZIE -  0173340095