ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, February 26, 2017

Adam Ziqri menemani Adlan Khairy di HUKM

Assalamualaikum kawan-kawan mama
Ingat saya lagi tak?
Sayalah si magic Adlan Khairy

Kalau nak tau gambar nie Khairy sendiri yang request saya ambik. Terjerit-jerit dia "mama amikla gambar haily..amikla gambar haily" Okey nak..mama perkenan kan..walaupun gambar senget kira bersyukurlah..sapa suruh korang semua rosakan tab mama nie.. Tab saya nie camera belakang dah rosak..blur giler..yang camera depan je berfungsi.. tapi sengetla sebab nak kena adjust bagai.. haha..janji ada..janji khairy diam tak jerit-jerit..grrrrr....

 Wad Peadiatrik kat HUKM memang best..kat bahagian tengah tue memang ada gelongsor dan pelbagai alat mainan..so budak-budak tak le bosan menunggu.. ada sekali kitaorang pergi bahagian mainan nie kena alih sebab ada bocor ke apa tah..air bertakung je.. Khairy dah biasa datang.. siap berlari-lari dari jauh nak main..sekalinya tak ada.. terus muka hampa and tunduk je ajak balik umah haha.. nasib baik kali nie ada.. 


 Kali nie saya bawak Adam Ziqri ke hospital. Latih dari kecik Adam teman Khairy pegi hospital. Amana & Arief dah biasa dah teman Khairy. So kali nie train Adam pulak. Biar dari kecil dia tau abang dia nie magic.. Nanti esok besar dia tak banyak cerita bila Khairy mintak teman pegi hospital.betul tak? Biar dari kecik kita didik anak-anak sama2 susah supaya sampai besar kasih sayang tue kekal. Supaya Adam pun paham saya bukan saja-saja nak manjakan Khairy.. Khairy magic so  semua anak-anak saya kena tahu dan paham situasi..

Seminggu sebelum appoiment kali nie Khairy kena ambil darah.. Setahun adalah sekali atau dua kali ambil darah untuk periksa tentang tyirod.. Kalau nak tahu salah satu punca denyut jantung tinggi adalah kerana tyirod. Dulu saya pun kena buat ujian tyirod. Saya takde masalah tyirod. Khairy pun takde.. Struktur jantung pun cantik..tak ada kecacatan langsung..so camana dia dapat SVT? Itu semua rahsia Allah.. tak ada nak pertikaikan lagi..saya reda dan Khairy masih nampak sihat walafiat..Dia memang special & magic..

 Opss sambung cerita..seminggu sebelum appoiment kali nie Khairy kena amik darah. Lepas amik darah dia balik dengan muka sedih... "mama haily tak mo dah pegi hospital.doktor jahat.dia amik darah haily..sakit..tengok baju seluar semua darah" Kesian tengok baju dia penuh dengan tompokan darah..camanalah dia melalak tue... saya tak ikut ..masa tue jaga adam..khairy pegi dengan papa dia.. saya peluk2 khairy dan cakap "ala doktor nak amik sikit je.. simpan banyak2 dalam badan pun buat apa kan?" Khairy angguk2 and peluk saya kuat-kuat..alahai hailyyyy

 Appoiment kali nie kena jugak buat ECG untuk tahu kadar denyut jantung dia.. Gambar atas nie gambar appoiment sebelum nie.. saya ambik gambar kat entry yang nie. Disebabkan Khairy masih ingat dia kena ambil darah seminggu sebelum tue.. jadi nak ambil bacaan ECG kali nie susah sikit. Dia macam takut asik bergerak-gerak.. Siap Khairy warning pegawai yang amik ECG tue.."jangan buat haily sakit..nanti mama haily marah.kan mamakan? mama marahkan?" 

Saya urut-urut je kaki Khairy..pujuk-pujuk dia.. yang tampal-tampal kat badan tue bebrapa kalilah kena cabut sebab tak dapat bacaan.. nak cabut balik sakit jugakla untuk budak kecil..melekat kat kulitkan... Tapi saya dah lalilah..setakat hal kecik-kecik nie dah tak rasa apa.. mak dah sado..

Pegi hospital kali nie rsa penat sangat.. rupanya sebab bawak si montel adam.. 
huishh patah pinggang angkut beras lebih 5kg nie haha 
ada stroller pun dia duduk bila nak tdo je
yang laian merungut2..membising je mulut nak mama dia peluk
Huwaa penatla adam teman abang khaiy pegi hospital
Boleh kurus macam nie
dahle lama  sampai masuk waktu zohor..sikit lagi nak habis zohor haha
Dalam keta tidur berdengkur-dengkur si adam
dia pulak lebih penat  

Camana hasil appoiment kali nie?
sama je..
reda jelah
janji khairy masih depan mata
masih melompat-lompat
masih senyum & ketawa
Pun dah 1000 syukur
Doakan Khairy terus magic ye kawan-kawan
Thanks



Thursday, February 23, 2017

Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd JUuoi

Saya kongsikan nota drpd rakan yg menghadiri majlis ilmu ini..
*Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi*
Surau Al Kauthar S4 Bandar Baru Bangi
 
Antara perkongsiannya:
 
Kalau kita berasa sukar mendidik anak2, bersabarlah.
Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang2nya semuka sehari,
puasa Isnin & Khamis dsbnya.
Tambah2 lagilah untuk mendidik org lain.
Maka bersabarlah dalam mendidik.
Dalam banyak2 keadaan,  matlamat kita untuk anak2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
 
Tuntutlah ilmu secara berterusan
Walaupun perkara asas.
Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
 
Jangan label anak.
Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'.
Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.
 
Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak
Jadi hamba Allah yg baik.
Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik.
Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik.
Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
 
Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita.
Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah.
Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.
 
Ibu sama dengan bulan Ramadhan
sebab ibu adalah madrasah anak2 dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah.
Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga.
Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar
kepada anak daripada ayah.
Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah
mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
 
Pendidikan anak2
bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.
Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan.
Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
 
Didiklah anak dengan Al Quran.
Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn.
Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.
Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya
kenal huruf Al Quran melalui kita.
Ambillah barakah ini.
 
Ibu bapa pemimpin kepada anak2
Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2.
Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya.
Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan
amat besar pengaruhnya.
 
Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan.
Dlm rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai.
Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.
 
Walk the talk.
Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT.
Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
 
Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan
 seperti sedekah dsbnya
sebagai tawasul anak2 menjadi baik.
Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
 
Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita
.Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita.
Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimara
kerana memalukan kita.
Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.
 
 
 
 

PANDORA 916 : HARI GAJI JOM KITA BERCINTA

Assalamualaikum
Senyum2 nampak
Hari gajikan?
Semalam dalam akaun tinggal ringgit-ringgit ke sensen?
Wah kayanya ratus-ratus..
Alhamdulilah
Tak mo citer hal semalam
Citer hal hari nie
Hari nie semua kayakan?
Dah merancang untuk ketepikan sikit untuk emas?
Pelaburan masa depan
Sama ada emas 916 atau 999 
Emas tetap emas
Sangat membantu dikala gawat nanti
Emas 999 tue kebiasannya untuk gold bar dinar dan gold coin
(kalau nak beli saya ada jenama  powergold dan dinarpal)
Emas 916 biasanya untuk perhiasan mcm PANDORA 916



1.54g : RM301
1.57g : RM307
1.61g : RM314
(cuba kumpul satu dulu..dah 2,3 bead baru beli rantai.korangkan ada bonus untuk raya๐Ÿ˜„)




Tuesday, February 21, 2017

Isteri telah berkali-kali mati

Setuju dengan  apa yang ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali 'mati' untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita.

Saya selalu pesan kepada adik  dan kawan-kawan lelaki.  Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang.

Mereka tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.

Tiba-tiba hari ini, kita dengar suami pukul isteri, curang dengan isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil.

Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba  minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan tu.

Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.

CINTA perlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAK kita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.

Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.

Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.

#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah
-EncikMatt-

Saturday, February 18, 2017

Mencari jiwa yang hilang @STITCH.NETWORK & KOKOADIK GOLD

Kadang2 dalam hidup nie kita perlukan sesuatu passion supaya kita rasa hidup nie berseri..takla asik2 buat keja yang sama..balik2 itu..balik2 itu.. sampai masa kita nak sesuatu yang mengembirakan kita.. ramai orang cakap penat uruskan rumahtangga nie..penat ulang alik kejar jem pegi opis.. balik dah tunggu berderet lagi keja umah.. belum anak2 melalak lagi.. kalau 20 tahun mcm tue je perjalanan hidup kita..bosan tak? Muka pun tak ceria haha..

Saya ada ramai kawan2 yang dah berbelas tahun kerja mengalihkan rasa "jemu &penat" dengan rutin harian mereka dengan part time job..part time business..semuanya berdasarkan ikut minat. Ada orang cakap buat part time job and part time business tue sebab tak cukup duit..ya betul..mungkin.. dalam kes saya .. nak kata duit tak cukup sekarang..alhamdulilah..dengan 4 anak nie allah cukupkan keperluan insya allah.,belum lagi anak2 tak dapat makan.,cumanya takla huhahuha..travel oevrsea bagai haha... cuma saya suka menyediakan diri untuk akan datang.. saya dah merasa sejak adanya adlan khairy.. persediaan financial yg kukuh sangat penting sebab dugaan tak kira masa... hari nie ko dapat gaji tetap esok lusa masih adakah gaji tetap itu? nasiblah saya nie memang bukan jenis boros..bersyukurla sapa yg dapat saya nie jadi wife.,tak syukur tak taulakan?  Hahaha..balik kena marah buat statment gini kiki...
 
Masa saya cuti tanpa gaji tue.. terduduk jugakla sebab tetiba hilang gaji.. tapi alhamdulilah cuma sementara allah uji dari segi financial  sebab allah tue dah janji..mintak....mintak je pada DIA..mintak pada manusia memangla tak dapat..mintak pada Allah...CONFIRM DAPAT! tetiba je saya terniaga online yg jual ekstark kacip fatimah utm tue.. dan masa tue memang tak ramai dealer dan dr zubaidi pulak memang promo habis2an..memang merasalah jual 100++ kotak sebulan.,harga sekotak rm90..so pepandaila kira sendiri berapa saya dapat masa cuti tanpa gaji  jaga khairy tue ye.. tapi tue harga kos dan jualan.,so untung berapa? RAHSIA..wakaka.. tapi cukupla bawak anak makan2.. bawak treatment khairy yg asik ulang alik hospital.. dan lain2..ke sebab saya nie jenis cepat puas hati sya rasa cukup? Haha..entahla...
 
Tapi itu semua pengalaman yg sgt berharga..jadinya kalau dulu sy meniaga sebab khairy..kalau dulu untuk belanja sehari2an ala mcm kita makan gaji..now dah masuk keja semula..saya masih meniaga online cuma takla mcm dulu..sebab bila ada komitment keja tue kena dulukan keja.. sekarang barulah dikatakan part time business/income.... saya meniaga utk bantu yang memrlukan consultation saya (ececeh ayat mcm ko pulak dr zubaidikan? haha) ...saya meniaga sekarang utk hapuskan lupuskan hutang riba secepat2 yang boleh sebabnya anak2 saya sangat special..bila2 masa mereka perlukan 100% perhatian saya sama macam cuti tanpa gaji dulu..mohon dijauhkan ..tapi allah dah beri kita merasa sekali ..maksudnya dia kata "bersedialah..langit tak selalu cerah" dan meniaga nie juga untuk "mencari jiwa yang hilang" sekarang saya nak meniaga yang saya suka..untung-untung juga tapi saya nak meniaga yang saya suka..yang saya guna saya promo..walaupun untung sangat kecil..yang boleh buat mata saya bersinar-sinar setiap kali bebicara tentangnya itulah yang saya akan jual..sebab sekarang  saya meniaga untuk part time business bukan monthly income seperti masa jaga khairy dulu
 
Ada rakan saya yang "mencari jiwa yang hilang" pada memasak, melukis, buat kek, menulis.. menulis nie saya sendiri pernah buat sampaikan 2 novel kanak-kanak dah terbit..siap dapat payment lagi.. boleh baca kat sini..ini novel nya "papa jom solat" dan "gelora di hati ana" kedua-duanya published by ANA MUSLIM. Cuma bila khairy lahir passion menulis tue hilang..idea kering..nanti asik tulis cerita sedih je haha   
 
Oh nak share passion sahabat kesayangan saya ..inilah cara beliau mencari jiwanya yang hilang haha..dengan menjahit... sahabat kesayangan saya nie keja QS (Quantity Surveyour)  ..bukan jawatan cikai2..gaji ehemmm bukan mampu milik..mampu tengok je haha..dah 15 tahun keja kot..so pepandaila anggar bape gaji sekarang..keja private pulak tu... tapi sampai masa tekanan kerja tue buat dia beralih passion..dia perlukan sesuatu untuk buat jiwa dia "hidup".. dia pulak memang berseni..dari kenal zaman sekolah..memang dia berseni..tulisan cantik and kemas..bukan mcm tulisan saya..ya rabbi.. mcm budak sekolah..dulu kalau org tegur saya..tulisan saya buruk..saya jawab je .."sebab tue amik sc komputer..biar komputer tuliskan"haha... eh moh share hasil tangan rakan saya... halus dan cantik jahitannya..
Walaupun sahabat saya nie memang berseni..sampai sekarang mcm tak caya dia boleh jahit benda alah nie... ohh ada yang kata beli siap kan senang.. hello menda alah nie ada follower tersendiri tau..kita je yang tak tau..bila pakai barang yg memang dijahit khas untuk kita...rasanya lain tau..tak sama yang korang beli siap pastu semua orang pun pakai benda tue...

English style kan? Ko mampu jahit?

Ini memang kelakar.. ada masanya sahabat saya nie postla step by step keja dia kat fb..saya pun teka "ko tengah jahit mainan ulat bulu ke? Mana ko ada anak kecik lagi" 
Kahkahkah..dah sapa suruh snap bahagian tengah tue..kan mcm ulat bulu

Gambar "ulat bulu" dari luar

Lawa clutch nie..
Curve dia macam apelkan?
Ke saya yang mata senget?

Nie saya rasa tote bag

Tak taula mana dia dapat kain lawa2 nie
Saya nak carik kain langsir pun berzaman2
Last2 7 tahunla langsir yang sama
Anak dah bertambah2
Tapi langsir kat tingkap maintain je haha
Masa nak bukak sekolah hari tue saya order pensil case sampai 4
Untuk amana and arief
Sekolah agama dan sekolah rendah
Yang lain tue orang lain yg order
Ini pun entach batch keberapa sahabat saya nie jahit


Opsss ini passion saya yang terbaru


 


Thursday, February 16, 2017

Mampu kah kita bila Allah ingin tingkatkan darjat?

Kalau sehari tak menitik baca tulisan en matt memang tak sah.. kalau jadi mcm nie pada kita sebagai isteri mampukah kita bertahan? Cer jawab? Saya penah baca..kalau kita diduga masa kita berdosa angggapla kifarah tapi kalu dugaan tue ketika kita dalam keadaan taat ia adalah untuk meningkatkan darjat... insya allah ..allah tingkatkan darjat akak nie kan?

Maafkanlah kesilapan  pasangan. Ya sukar, tapi perbuatan ini الله suka. Orang beriman tidak akan ada cita-cita untuk membalas dendam.

Saya jumpa sorang akak ketika ziarah keluarga beliau. Keluarga beliau sangat rapat dengan saya, sangat-sangat. Dia cerita .Isteri perlu maafkan kisah silam suami walaupon suami ketika itu kaki minum, kaki judi, kaki pil kuda, ganja etc. bila mabuk pukul akak, pukul anak, gaduh dengan jiran. Sampai satu tahap bakar rumah jiran. Akak cari duit jamin suami dari lokap. minta maaf dengan jiran walaupon malu.

Pernah akak lari dari rumah bersama anak tidur di masjid sebab suami nak pukul. Tidak tahan kena pukul, anak dicampak macam bantal. Suami keluar masuk lokap macam masuk hotel.

Tapi akak tidak putus-putus siang malam doa untuk suami. Sentiasa maafkan suami. Bagi tahu anak-anak ayah tidak jahat, cuma  tidak sihat, sikit masa lagi ayah akan sembuh. Jika bukan akak siapa lagi nak pulihkan suami.

4 tahun sudah berlalu. saya sebak bila akak ini cerita kisah kehidupan beliau. Sentiasa bergenang air mata bila sebut tentang suami. Sangat penyabar orangnya.

Allah terima doa beliau hari ini.  suami jadi seorang yang sangat penyayang, sangat baik dengan anak-anak. Sangat rajin bekerja walaupon penjaja sayur. Miliki kedai runcit. Sangat baik dengan isteri. Isteri membebel pun dia senyum. Seronok saya lihat wajah suami beliau. senyum sentiasa. Bila bercakap seolah-olah disusun kata-kata.

akak banyak sabar dengan abang, sangat setia walaupon abang jahat, bukan satu hari tapi bertahun dia sabar. Asbab sabar  الله pulihkan abang. Asbab akaklah rezeki kami keluarga tidak putus, Alhamdulillah abang sudah ada perniagaan sendiri atas susah payah akak juga.

Sebelum ini abang tidak sedar, tekanan melampau ditempat kerja. Alhamdulillah hari ini akak bimbing abang jadi insan yang baik. jadi suami yang penyayang. Abang minta maaf sungguh-sungguh dengan akak, rupanya akak dah lama maafkan abang.

Ambillah pengajaran dari apa yang akak cerita tadi. Matt pun tahu macam mana abang sebelum ini. Sayangilah isteri walau apa pun berlaku. Sebab isterilah kekuatan kita. Mereka sanggup buat apa sahaja demi keluarga ini. Abang setiap hari rasa bersalah dengan akak.

Tuan puan, maafkan seseorang yang pernah khianati kita asbab kebahagiaan kita akan datang, walaupon terpaksa berpisah.

#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah

-EncikMatt-

Sunday, February 12, 2017

Pandora 916 : Bagaimana cinta bermula?

Salam semua
Saya tak boleh tidur
Maybe lama sangat tadi hadap komputer buat keja opis
End up tak boleh tido huwaaa
Lapar pulak tue rasa.jomla borak2 ye
Camana saya boleh jatuh cinta dengan pandora 916
Mulanya saya menang satu contest pandora silver
Ala bagi gambar emak dengan saya
Tetiba menang haha
Saya bagi adik saya voucer tue
Sebab dia peminat pandora silver
Weiii harga pandora silver boleh tahannnn
Macam harga emas
Saya menceceh kat adik saya
Ruginyaaa beli pandora silver bukan boleh pajak punnn
Jangan kecam saya ye pandora lovers๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Adik saya cakap angah pegilah join pandora emas
Eh ada ke?
Laaaa baru saya sedar kawan comper saya memang group dalam pandora 916 atau lebih glamer masdora
So dia tolong add saya joint dalam group pandora 916
Itulah storynye
Mesti nak tau kan ..apa yg patut dibeli dulu untuk terjun dalam dunia pandora  916?
Depends on your budget
Budget saya kecik
So saya bermula dengan charm
Sampai ada 3 bentuk baru saya beli rantai tangan belut.. rantai tangan belut boleh masuk charm pandora.. rantai tangan belut nie pun kategori budget jugak.. hakak tak mampu beli mahal2 yeee..haha... biar sikt asalkan bermula..itulah motto si pengumpul pandora 916 yang sengkek haha
Ok jom cuci mata dulu
Nanti free2 saya letak semua dalam satu entry atau page  semua set yang available
Sejujur2nya saya hanya dropshipper je untuk semua item pandora nie
Tapi dont worry saya dropship dari trusted agent dari geliga gold.
Saya dah beli dulu baru saya promo ye pada semua
So saya yakin beliau memang trusted agent
And opkosla saya trusted dropshipper haha

Rantai belut yg saya beli.budget punya..saya beli dalam 6.04g klau tak silap.nie gbr org lain kiki
 rantai tangan pandora jenis lobster
Rantai tangan pandora inspired pandora silver

Lambang cinta pada mak
Kalau saya pakai mesti mak kembang setaman
Mesti mak cakap dalam hati
"Sayangnya anak aku kat mak dia, sampai pakai kat tangan nak semua orang tau"
Mestilah sayang mak
Saya banyak kali cakap dengan anak2
"Kalau nenek mati ,mama nak ikut sekali"
Then khairy terus cakap
"Haily pun ikut mama mati sama ye"
Adesss
Arief pulak dengar dia pegi tanya
"Mama nak ikut nenek mati ke nak ikut khairy mati?"
Terus closed case tak mo dah cakap

Ramai suka hand beg nie
Tapi mahal tau berat nie



Nantila saya buat satu entry untuk semua stock rantai tangan dan charm pandora ye
Jomla jadi msdorian/pandora 916
Selain cantik kita boleh simpan kenangan untuk setiap charm
Macam hari tue saya ada beli bead apple sebab itu kenangan husbd dapat bonus
Dia bagi saya rasa bonus dia sebab saya tak dapat bonus
Kalau saya pun dapat jangan harapla dia nak bagi kahkahkah
So saya pilih bead apple ala2 iphone tue
Kan ke gambar apple sikit dah kena gigit
Itula lambangnya husbd dapat bonus..dia bagi saya "segigit" rasa haha

Pastu beli bead love block lambang cinta saya pada semua anak2

Beli dangle reben sebab reben tue cantik..ehh? Tue bukan kenangan

Beli dangle puzzle love sebab dalam hidup nie kita boleh bahagikan kasih sayang pada ramai orang mengikut kriteria... sebab dia mak kita, sebab dia anak kita, sebab dia khairy magic..


PALING UTAMA
JENG JENG JENG

BOLEH PAJAK 
dahla cantik, boleh pulak pajak untuk dapat loan
Best takkkk?
2 + 1
Sekian
Gud nite









Thursday, February 9, 2017

Arrahnu Gadaiqn Meru Klang terima Powergold

Till jannah ke till jahanam?

Member tanya best ke kahwin?

Nak jawab best atau tidak, kita jawab dalam bentuk soalan.

Beli kereta baru, best tak?

dia jawab best lah. Tapi pening juga bulan-bulan nak kena bayar bank, setiap tahun wajib renew roadtax, kadang-kadang setiap 2-3 tahun dah kena tukar tayar. Itu belum battery, minyak hitam dan lain-lain. Minyak petrol dah tentu wajib. Kalau kemalangan lagi pening . Salah orang ok lah, salah kita kering poket.

Tapi kau tetap sabarkan, tetap jaga kereta, tetap basuh bila kotor, tetap beli accessories, sedangkan kau rasa sangat terbeban. Kau akan mula faham dari sedap kepada tanggungjawab. Tanggunjawab inilah yang membuatkan  kau akan jaga, baiki mana yang tidak elok.

Kadang-kadang  tiada siapa pun tahu kau  tidak bayar bank, diam membisu. Sebab kau faham itu AIB jika orang lain tahu. Sampai satu tahap, kereta dah cecah 40 tahun, kau lagi sayang, walaupon buruk, dah menopause, absorber tahap Rheumatoid arthritis  kau tetap sayang. Sebab  'sentimental value' sangat dekat dengan jiwa kau.

Begitulah alam perkahwinan. Best itu hanya sementara, ia akan jadi satu nilai yang tidak berapa penting  buat engkau dan tanggungjawab itu  mengatasi segalanya. Perkahwinan adalah kehidupan. Kehidupan yang penuh cabaran setiap masa dan keadaan.

Jika kau berjaya harungi kehidupan ini dengan penuh TANGGUNGJAWAB, KECINTAAN, KASIH SAYANG, KESETIAAN, KESABARAN KERANA ALLAH DAN RASUL. insyaallah akan jadi CINTA TILL JANNAH. Sebaliknya Jika kau kecualikan ุงู„ู„ู‡  dan Rasul. Tunggulah TILL JAHANAM.

-EncikMatt-

Punca -punca terbaru saya terpaksa pertahan ke till janahh haha


Inilah yang bawa saya ke till jannah ..insya allah
Semoga saya dapat masuk syurga atas kesabaran melalui semuanya bersama "hantu tepong gomak" nie

Tuesday, February 7, 2017

Rezeki Hari Jumaat


Dalam seminggu saya akan ke pejabat
Kebiasannya saya pilih hari Jumaat
Sebab hari Jumaat saya dah buat banyak fail dan bolehla beri pada bos sekali
Jumaat lepas saya pegi pejabat dapat gift
Muahaha..sengih-sengih dapat gift
Walaupu akhirnya yang dapatnya anak-anak yang pakai
Ada senior balik dari Jepun
Beri saya dua barang nie
Kipas tue sah-sah Amana nak bawak sekolah
suka sangat kata panaskan?
Nah mak bagi kipas Jepun
Nasib mak tak bagi kipas siling ..kiki..
Chopsik tue bagi Arief
supaya dia lebih focus
Fokus bila makan haha
Khairy? tak payahla..cukupla dapat kasih saying mama yang tak berbelah bahagi
Adam? Cukupla siang malam pagi petang melekat je dengan mama dia :P
 
 
 
 
Tetiba je ada yang beri purse nie.. siap pesan "pakai tau supaya dapat pahala"
tunjuk kat Amana..nie pun dia nak
adess..  sory ye amana saying nie purse orang-orang dewasa
Bukan budak-budak
Mama nak pakai supaya yang memberi nie dapat pahala seperti yang dipesan
Ok next sapa nak bagi hadiah lagi nie?

Monday, February 6, 2017

ECIK MATT..JOM FOLLOW TAK RUGI

Hai kengkawan semua.. macam nielah saya.. saya boleh update blog bila adam ada kat pangku saya.. mana boleh buat apa2 kalau adam bangun.. so meh saya syorkan join fb nie..baik lelaki atau perempuan apa salahnya joint.. saya follow blog nie pun melalui doc zulkifli sharif. Doc zulkifly tue founder produk baybie yang saya juga tawarkan untuk customer2 saya di KOKOADIK BLOGSHOP. produk bayi sebab saya sesuai gunakan untuk adam dan khairy.. so bila ada yang tanya apa salahnya jual sekali..
 
Ok berbalik pd encik matt saya suka follow blog dia sebabnya pada saya orang yang dah mengalami ujian sahaja yang memahami apa yang dialami oleh yang sama2 telah menghadapinya.. orang yang belum alami tak akan faham bertapa bermaknanya satu nyawa itu..iaitu anak.. untuk en matt yang pernah kehilangan bayi  tak silap saya anak beliau pun maslah jantung.. so setiap kata2 dan tulisan beliau kadang2 memang menusuk2 dalam hati saya sebagai ibu....
 
kekadang bila baca fb beliau..terus teringat pengalaman sendiri.. . terasa camana ye saya hadapi ujian2 tue dulu..strugglenya dengan anak2 kecik.. and paling saya tak sangka saya mampu ke mekah dengan pimpin 2 anak kecil tanpa suami.. sedangkan dulu nak pegi umah mak pun harap suami hantar ..muahah..manja tak saya? tepuk dahi sendiri...   bila pegi mekah tue ada pitspot yang anda perlu sangat bantuan lelaki... tapi saya boleh pegi sendiri.. thats why saya pernah bisik pada amana "kita lepas dugaan kat mekah..tak ada apa kita nak takut kat luar sana.allah akan jaga kita sebagaimana allah jaga mama dengan amana dan khairy di sini" from that moment i know everything come i ada allah..whatever it takes.. person come and go in our live tapi allah will forever with us .. kalau ujian bersama khairy tak hadir..sekuat ini ke pergantungan hidup saya pada allah. Tak kot... now .. ko tak layan aku? Its ok aku mintak kat allah.. ko tak bagi aku..its ok bukan hak aku..  semua kita mula belajar reda dan tak kisah... kepala rasa nak tercabut? Sila bangun malam buat tahajut dan hajat..and rasa relese..malah happy sebab tau di malam buta yang hening ada DIA mendengar keluh kesah korang...  so dlm kes encik mat nie.. setuap tulisan dia buat saya rasa dia pun melalui yang sama.. erkk sesetengahnya mungkin dia.. selebihnya perasaan isteri dia..
 
Bagaimana beliau seorang lelaki boleh menyelam rasa seorang ibu..pertama mungkin kerana beliau doktor..kedua kerana perasaan kehilangan anak membuatkan beliau sangat menjaga emosi isterinya.. zaman sekarang bak kata rakan saya di fb "zaman lelaki berfikir sendiri dah pupus. Semua nak kena bagitau baru nampak hakikat hidup" haha.. tapi bila encik matt nie sangat memahami perasaan isteri.,thats why beliau jadi pojaaan mak2 di fb haha...
 
Followlah kerana banyak ilmu yang belia sampaikan..bukan hanya perasaan seorang isteri dan ibu yang tak terluah oleh kebanyakan ibu2 sekarang tapi ada jugak tips2 kesihatan yg sangat bagus.. (bila dia bergabung dgn dr zulkifli sharif cakap pasal kesihatan lagi kebabom haha) .,ada juga tentang ilmiah..agama.. (i like it..mengingatkan diri kita yang dah makin tua.ada kewajipan juga utk  akhirat sana..bukan dok berjimba je..dok mengumpul harta tapi harta akhirat takde)
 
En matt nie lagi muda kot dari saya..saya jelah rasa ..tapi kalau dia kawan dgn dr zulkifli patutnya dia lagi tua dari saya ..ehh pandai je saya cakap kawan2 dr zulkifli tue semua dah 40an haha.. gudluck..jom tambah ilmu dan  perihatin dengan encik matt..
 
 
Ok saya banjer dua keping gambar adam and khairy untuk hari nie yaaa.. gambar mak diorang tak payahla.. dah macam bibik kiki...
 
 
Khairy dah makin nakal.... kesian adam haha
 
 
 
kekuatan terbaru me as mak
 
 

Sunday, February 5, 2017

Ibu meroyan.. ingat citer tipu ke?

Ibu muda kelar anak 2bulan 😢😢😢
Allah..trok tu meroyan..

Ini Sejenis Level Meroyan Paling Dahsyat. Suami, Tolong Ambil Tahu Sebelum Terlambat!
Suami Wajib Ambil Tahu Bab Ini Kalau Tak Nak Isteri Meroyan Lepas Bersalin

Tak ramai pasangan yang ambil tahu tentang kesan tekanan emosi (BABYBLUES) yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

Penyakit tekanan emosi ini dikaitkan dengan situasi ibu meroyan, yang mana ibu-ibu mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang. Untuk lebih jelas baca perkongsian dari saudara Taufiq Razif ini...

Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.

Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.

1. Baby blues

Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah:

+ mood swing

+ mudah cemas

+ selalu menangis

+ kurang selera makan

+ susah tidur

2. Pospartum depression

Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni:

+ mood swing yang teruk

+ menangis yang melampau lampau

+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri

+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur

+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby

+ rasa diri tak berguna

3. Pospartum Psychosis

Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik.

Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum.

Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum.

Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri kita!

PESANAN: Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ni semua suami kat dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Sila la tag dan share pada pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Taufiq Razif

*Tolong jangan share gambar baby yang kena kelar tu plz

#copypaste

Ekstrak Kacip Fatimah: Pos ke Jepun Lagi


Assalamualaikum semua
Lama jugak saya berehat dari online business
Nie dah sihat balik
Keja office pun dah mampu buat
Rasanya dah bolehla online business kembali
Walaupun income tak semeriah masa jaga khairy dulu
Its okey sebab Allah tahu keperluan kita
Allah tahu sekarang saya ada income office so dia krangkan pada online business
Dulu masa jaga Khairy sahaja  income online memang "meriah"
Sekarang dah masuk office tak se"meriah" masa jaga khairy
tapi bolehla guna untuk beli beberapa "gram"
jadiklakan? asalkan ada tabungan untuk Khairy
 
Dah lama tak pos luar Negara
Customer nie dari Jepun
Orang Malaysia
Mungkin dia goggle dan terbaca blog saya
Alhamdulilah
customer nie order 3 Ekstrak Kacip Fatimah, 2 Ekstrak Tongkat Ali, 1 habatusauda dan 2 Feminine Wash Sutra




Paling risaukan Feminine Wash Sutra
Kemain saya bungkus
Berbalut-balut
Mula2 balut dengan kertas keras daripada kotak
Lepas tue dengan berlapis-lapis bubble wrap
semoga selamatlah sampai ke tangan customer tue

 Hamik ko..puas custumer nie nak membukaknya haha

 Berikan pamplet sekali

 Saya guna pos biasa
bukan poslaju antarabangsa..lagi mahal nanti
Ala dulu saya guna pos biasa nie jugak
sampai dalam seminggu
okla
janji sampai
janji murah
 
Kalau pos ke luar Negara nie ada dua cara
1.guna flexi pack.boleh baca di entry pos ke US dengan flexi pack
2. pos antarabangsa biasa .boleh baca kat entry step by step pos ke Jepun

  berbalut-balut
mekasih pada yang sudi poskan yeee

Kos postage ke Jepun RM95 untuk berat 1.620kg
Nie tak termasuk kos kotak seletip bubble wrap bagai ye
 
 

Saturday, February 4, 2017

DINARPAL: KELEBIHAN MENYERTAI DINARPAL





DINARPAL
simpanan, perbelanjaan dan penciptaan kekayaan melalui emas dan perak.
 
JANJI DINARPAL
Harga sentiasa murah adalah satu kemestian
 
COGAN KATA
 Setiap insan mampu miliki emas & perak
 
FAEDAH KEWANGAN
menjual dibawah harga pasaran
GST kami tanggung
Pengecualian GST LBMA tidak lama lagi
Diskaun RM1-RM10 / belian ahli
Diskaun RM1-RM10 / belian agen
 Komisen 1.5% / belian  downline (SLM)
 Komisen 10% / transaksi downline (SLM)
 
FAEDAH LAIN
 0.1 g emas 24k cuma RM18.00
 0.1 g perak 24k cuma RM00.30
-Belian balik 7% sisihan harga
Rahnu 70-80% pinjaman tanpa riba
Bayaran pinjaman serendah RM1
Upah simpan 2.5% setahun
Pindah gram akaun A ke B percuma
Tebus dan keluaran bila2 masa
100% dilindungi Takaful Ikhlas
Memenuhi kriteria shariah
 Pasar Alladein percuma
Muat Naik produk/ servis tanpa had
Gerbang bayaran emas perak ringkas
 Cuma 0.5 dps fi gerbang bayaran
Patent, Trademark, Copyright
 Audit dalam (Pasukan Pengurusan)
Audit Luar ( MNZWAJ Associates)
 Audit Luar (SKM)
 
BAGAIMANA BOLEH JUAL MURAH?
Untung sedikit adalah memadai bagi kami

 
BAGAIMANA BOLEH MENANG DI PASARAN
 Harga luar biasa murah
Upah simpan luar biasa murah
 Transfer emas perak percuma
Tiada Riba (Allah suka dan sayang)

 
Apa kata cuba rasai perasaan miliki gold coin DINARPAL
Saya dah rasa tau
Nak tau lebih lanjut, klik link dibawah

Office di melaka telah beroperasi
Office di Petaling Jaya telah siap dan menunggu untuk beroperasi
Next target Johor

JOM JOIN DINARPAL


Thursday, February 2, 2017

Adam Ziqri 5 Bulan

Assalamualikum kawan-kawan mama
Hari ini adam dah 5 bulan
Alhamdulilah
Adam makin tembam
Tersenget- senget mama tiap kali angkat adam
Lagila kalau mama naik tangga
Macam nak terbalik mama ke belakang
Tiap2 hari entah berapa puluh kali mama angkat adam
Time mandi, adam nangis,adam berak etc etc
Sebab tue mama asik cakap sakit belakang
Tapi mama makan banyak supplement supaya mama banyak tenaga nak urus adam dengan abang khairy


Mama selalu cakap adam debab
Baju yang abang khairy pakai umur setahun adam dah boleh pakai
Tapi yela mama cakap abang khairy kecik sebab dulu tak sihat
Adam insya allah sihat
Walaupun detail scan tue entah apa2
Anggap jelah detail scan tue rosak
Membohong je detail scan tue
Adam sihat je kan??
Anggapla sebab detail scan yang "rosak" tuela
Adam berjaya jadi anak mama yang paling bongsu
Kalau tidak ...ada harapan adam pulak jadi abang
Haha



Sedang elok usia adam  5 bulan gold coin nie sampai
Jadi mama decide hadiahkan terus untuk adam
Sebelum nie kakak dengan abang-abang adam cuma dapat yang jenama POWERGOLD
adam special sebab si bongsu dapatla DINARPAL 
Insya allah ada rezeki nanti mama buatkan buku tabung haji pulak untuk adam dan abang khairy
Kakak dengan abang arief dah ada 

Insya allah kalau berkelapangan
Mama share dengan auntie2 semua tentang DINARPAL yang hebat nie yee
Kalau nak godek-godek dulu boleh ke link dibawah nie ye  
 
Mama tido dululah ye
Mama dah baring sebenarnya
Sambil baring pun boleh hapdate blog yeee
Adam dengan abang khairy ada nieee kat tepi mama
Gud nite auntie &uncle๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—