ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, April 2, 2018

Menu Untuk Si manja Dugro - Nasi Goreng Meriah

 


Balik dari event Sesi Mama-Mama Penyayang Dugro dah tanam tekad balik nie nak cuba salah satu resepi yang ada dalam buku comel "Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro".

Belek punya belek saya memilih nak masak Nasi Goreng Meriah.
Sebab Khairy Magic memang suka sangat nasi goreng!
Bahan-bahannya semua ada di atas.
Brokoli tue celur dulu ye
Sebagai hiasan yang dijadikan kudap-kudapan


Dalam buku buku comel "Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro" bahannya guna ayam tetapi Khairy Magic suka udang..jadi saya tukarlah kepada udang.. saya juga tak ada kiub ayam jadi saya tukar dengan menumbuk ikan bilis bersama bawang merah dan bawang putih sebagai bahan tumis.



saya tumis guna Naturel
Anak-anak suka Naturel nie
Sebab kita nak masak untuk anak
Jadi kena ikut selera anaklah

 Tumis sekali udang.. dan rencah bawang putih +bawang merah +ikan bilis

  Lepas tue masukan sahaja nasi dan sayur-sayur yang pelbagai warna tue.baru meriah!!

 Buat telur dadar untuk melapis nasi
 
 Kita nie kalau jadi ibu kena multitasking
Buat 2 kerja dalam satu masa
Barulah semuanya cepat dan pantas
Masak sekali nasi goreng dengan telur dadar
tak perlu buat satu-satu
Jimat masa bila buat sekali gus
 
  Alhamdulilah.. jadi
walaupun tak secantik dalam gambar
tapi anak-anak sangat appreciate bila kita masak untuk mereka tau

 Close up
Rasa nak makan haha

 Terus hidangkan pada anak-anak yang sibuk main air kat luar dengan anak jiran
Anak-anak asik lapar je

Ada lebihan nasi
Masukan dalam bekas Dugro yag comel
Lepas mandi anak-anak mengulang makan lagi!
 
saya berharap dapat selalu menyediakan makanan bernutrisi untuk anak-anak saya
dan memastikan mereka menikmati bersama susu Dugro yang lazat
Pakar nutrisi menyarankan supaya anak-anak minum susu 2-3 gelas sehari
 
Saya menunggu-nunggu event berikutnya bersama Dugro!
untuk info jemput layari https://www.dugro.com.my atau Dumex Dugro Facebook
 
 
 

No comments: