ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, April 19, 2018

Bila cik matt berbicara lagi. Follow FB En Matt

 
Saya tak ingat sejak bila saya follow En matt. saya rasa saya follow sejak saya terbaca beliau menjaga isterinya teutama dari segi emosi kerana  kehilangan anaknya akibat sakit jantung.. En Matt nie dahulunya seorang doctor (kalau saya tak silap) tapi kini menumpukan perhatian pada perniagaan keropok dan baru2 nie perniagaan telekung pula.
 
Dalam FB beliau banyak ditekankan tentang menjaga perasaan isteri yang telah banyak berkorban untuk suami dan keluarga. 24 jam 7 hari on call bak kata en Matt kerja isteri nie.. Ada juga beliau tekankan tentang peranan isteri tapi lebih banyak ditekankan dari segi tanggungjawab suami kerana suami adalah pemimpin dalam keluarga bukannya isteri. Mungkin kerana kerap berdamping dan menjaga emosi isterinya ketika kehilangan anaknya membuatkan beliau lebih memahami hati seorang isteri. Cuba tengok comment2 di FB beliau boleh kata kebanyakannya isteri-isteri ..haha..termasuklah saya.. saya suka membaca info kesihatan yg beliau share ..
 
Beliau cakap bukan isi kosong kerana beliau adalah seorang doctor. Ada fakta dan ilmu kesihatan sebab tue beliau mudah kumpul followers. Tak silap saya dah banyak dah page beliau buat sebab beberapa kali page beliau hilang. Banyak kali buat pun masih orang follow...
 
 
 
Ambil tahu tahap kesihatan isteri. Ada suami sampai sekarang tak tau bila tarikh isteri "tidak boleh solat" betul tak? Tau tak ada isteri yang  akan alami PMS? Ke PMS pun tak tau? adudu..setakat lulus nak peksa sains ye.. nanti saya paste pulak tentang PMS...
 
Antara Masalah utama yang menjejaskan kesihatan wanita adalah:
✅ Tidak cukup TIDUR.
✅ Tidak cukup REHAT.
✅ Buat perkara yang sama setiap hari.
✅ waktu rehat dan makan tidak teratur.
✅ Tiada perhatian dari suami.
✅ Suami tidak peka bahasa badan isteri.
 
Saya sebagai suami akan pastikan semua ini tidak berlaku kepada isteri setiap hari. Jika isteri stress hormon cortisol meningkat. Bila hormon ini tidak stabil isteri akan cepat penat, badan akan jadi lesu, kulit akan jadi tidak cantik, gangguan hormon lain terutama estrogen dan progesterone tidak stabil.
Mulalah rambut akan gugur, haid tidak menentu. Dan paling saya takut berlakukan depression jika setiap  lalui hidup yang stress tanpa sokongan dan perhatian dari suami.
 
Jadi suami diluar sana. Pastikan kita buatkan isteri kita gembira dan ceria ya. Pastikan senyuman sentiasa terukir di wajah mereka. Pastikan hubungan kita suami isteri semakin bahagia dan seronok.
“Isteri permaisuri kita, bukan orang suruhan kita”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahDariAllah.
 
 
Suami-suami cuba cek atas lantai rambut isteri berterabur tak? bukan rambut puntianak tue.. rambut isteri..stress lah tue... haha.. cuba amik cuti 3 hari dan ambik alih semua tugas isteri sekali dan rasakan apa yang isteri lalui..tengok semampu mana anda mampu lalui buat tugas2 isteri dari pagi sampai malam... sehari pun dah angkat tangan kot.. tapii kalau setakat 'tengokkkkk je anak". 10 tahun pun semua orang boleh buat...
 
..meh saya listkan dari pagi tugasnya,..sejak--sejak duduk rumah 5 tahun yang lalu saya makin memahami perasaan mak-mak yang suri rumah
 
celik mata
-subuh
-kemas bilik
-sidai kain
-sapu rumah
-kemas dapur
-masak
-siapkan anak..kalau anak sorang..kalau anak 2,3 orang? tak kau yang tak mandi2..
-anak nak makan
-angkat kain
-lap anak tumpahkan air
-anak nak berak
-bilik air nak cuci
-kipas dapat sapu habuk tepi2 pun kira ok
-angkat kain kering
sidai lagi kain
-bila nak solat? -time anak nak tdo solat..kalau tak..ko solat anak letak tepi dgn harapan anak memahami dan diam
-bila nak mandi?  baru nak mandi.. anak2 ketuk pintu..nangis depan pintu.. kalau sorang anak..kalau 2,3,4 bila kau nak mandi dengan tenang..
-kalau yg hantar amik anak kesekolah..lagi haru biru dengan jadual sekolah ..sekola kebangssan..sekolah kafa..belum aktiviti kokurikulum..
-malam nak tdo pun tak lena setiap sejam dua akan bangun melalak..entah apa yg nak..dah bagi susu pun melalak..tepuk2 pun melalak.. takkan malam2 buta nak maka meat ball pulak? sudahnya kau dgn anak tidur mcm ayam.. weng kepala untuk tempuh hari esok yg lebih panjang list nak dibuat..
-belum lagi baru ko nak lelap mata kejap..soranh-sorang anak masuk..mama nak itu..mama nak ini.. lepas tue main dalam bilik..bergaduh bergusti.. padahal rumah banyak tempat lain nak bergaduhkan? kat mana mak ada kat situ korang berkumpul... itulah manisnya menjadi ibu.. tapi kalau mak kau sihat dia seyum and bantai gelak2 sekali..kalau mak korang penat tak sihat..kepala berdenyut macam nak pecah kepala.. agaknya ada rasa manis lagi? masa tue masam je yang ada.. masa tuelah korang dapat tengok mak korang yang acah2 suweet tue jadi hulk Hogan!
-belum lagi kepala kau berdenyut..badan kau demam dedar2 tapi kau kena buat semua tue jugak sebab takde MC kannnn?
 
 
Betul tak mak-mak?
Sebab tue mak-mak suri rumah selalu sebut tentang "ME TIME"..
kalau yang dah jadi surirumah bertahun-tahun tue sangat kasihan kalau dapat suami yg tak memahami.. kalau dapat suami yang sangat memahami..penuh pahala.. tapi kalau dapat suami yg tak memahami dapat dosa.. dan suami yg membuatkan isteri jatuh dosa camana pulak? Belum lagi bab nafkah yang isteri patut dapat.. ini selalu culas kan?

Saya percaya ramai surirumah menunggu-nunggu suami tersayang balik untuk take over tugas mereka.. at least bagi mereka mandi dengan tenang.. tapi nan hado..suami balik melepak depan tv main game apa tah sampai level 7? haha
tapi ada suami baik..mandi cepat2 tgu magrib dan bagi isteri mandi puas2..sebelum ke masjid..sejuk hati dapat suami cm nie..

Hujung minggu harap suami bagi rehat dari masak memasak..bawak amik angin atau makan luar.. tapi celik je mata "awak masak apa hari nie? " allahuakbar... tak habis2 penat isteri nie .. takkan tak Nampak penatnya isteri tue bak kata ehcik matt "24jam 7 hari on call" paling tidak kalau budget ciput cakaplah "awak rehat saya masak hari nie" kan senyum isteri tue.. nak gembirakan isteri bukan tiap2 kali  kena pakai RM.. effort bang..effort tue... haiyaaa.. time mengayat pandai pulak.. bila dah jadi hak tak reti pulak... kennn?
 
Dan zaman sekarang saya selalu terbaca kenyataan "jadi suami zaman sekarang senang berbanding isteri" Pendapat saya bergantung kepada pengalaman hidup sendiri.. kalau rasa bahagia mesti seronok jadi isteri..kalau rasa tak bahagia memang statement tue yang akan keluar..
 
Anak-anak lelaki saya ada 3 orang.. nampaknya kenalah saya kepoci menyibuk supaya menantu saya tak keluarkan statement "jadi suami zaman sekarang senang berbanding isteri"
 
Siap ye korang bertiga Amirul Arief, Adlan Khairy & Adam Ziqry..haha
Semoga satu-satunya anak perempuan saya Dalia Amana kuat nak harungi alam rumahtangga kelak. Mama selalu ada.. untuk dia meluahkan rasanya.. nanti "me time" dengan mama ekkk

p/s: Ibu-ibu  semua nie akan berlalu juga sebab anak-anak makin besar. dan semoga jadi kenangan manis..semoga anak-anak nampak kepenatan dan kelelahan kita membesarkan mereka walaupun tugas itu hanya dalam empat segi kotak rumah kita sahaja...semoga anak-anak menghargai dan menyayangi kita dan mengembirakan kita dengan cara mereka bila dewasa nanti..

anak yg mampu bolehlah bagi duit belanja kat mak.. bolehlah bawak mak makan eskrim walau mak dah takde gigi nanti haha..... anak yang kurang  mampu berilah kuderat dan tadah telinga dengar ibu bercerita.. anak yang mampu kedua-duanya semoga dapat bantu adik-adik yang lain pula..

 tapiiiiiiiiiiiii ada pulak yang cakap.. anak yang nie besar..eh tetiba  ada anak yang kecik lagi!! bila nak berlalunya tugas mak nie? haha..sesungguhnya tak dapat den nak nolong!!

Ada yang kata "selamat dah sebab pakai IUD" haha..nie buka nak kacau korang tau..bukan nak menyakat...tapi nak menyakat jugakla...kikiki... jangan ingat IUD tak boleh mengandung tauuuu... kes beranak kecik nie takkan habis-habis selagi Allah nak bagi tauuuuu

 
Entah btul entah tak citer nie tapi saja suka-suka nak bagi korag stress haha
Saya forward kat member yg baru pakai IUD.. satu hari kitaorg gelak ketawa
 
 

Comey kan babay tue pegang IUD tue?
Tak comey ker? ngehhhh
 
 
 
Macam saya dah habis cerita
Allah lebih tahu sebab Allah tahu kemampuan saya..
Saya tak mampu menurut pandangan Allah
Reda dan terima sebab yang 4 orang nie pun dah hiruk  pikuk
Alhamdulilah
 
Mak mana tak sayang anak
Kalau tak sayang sanggup ke kena gunting ..jahit...
perut kena belah?
sanggup ke kena jhit berlapis2?
citer  contraction pulak  rasa nak bagi penyepak kat semua
Macam kawan saya cakap ..kalau aku boleh sepak ..suami aku sepak dulu sebab dia punya pasal aku sakit beranak  hahahah..ketawa saya dengar..
 
Macam Khairy tak tau selamat ke tak saya usung jugak perut ke sana sini..
Macam adam si bongsu saya tue dah lalu proses normal tapi kena operate pulak..
Marah anak banyak sebab
Tak sebab  mak penat & stress ..anak nakal kemain
Tapi cuba tengok bila emosi mak stabil
ada mak tue nak marah anak? melainkan dipeluk2..diangkut berjalan sana sini?
Berani cakap mak-mak nie tak sayang anak ?
Gilo ke apo?
 
 
 
 
 Dan yang terakhir sekali
hidup kita bukan lama mana pun
sejak khairy lahir lagilah saya memahami nyawa tue di hujung tanduk je
setiap manusia terutama isteri teringin punya "me time" dihadapan Allah
Berilah mereka masa
Mereka tak berhakkah ada masa bersama Allah?
 
Alhamdulillah sejak Khairy lahir saya ada masa bersama Allah
Memang masa itu seolah-olah Allah khaskan
Masa Khairy baru lahir dulu..saya duduk tepi Khairy baca Quran sampai Khairy terbangun..
Baca sambil air mata menitis ..sampaikan tak Nampak tulisan Quran
Saya takkan biar Khairy nangis berpanjangan
Dia bangun terus saya pangku dan bagi susu
Kalau dia tak nak susu saya dodoi dan borak2
 
Nak tahu ada satu masa mata saya kabur sampai setengah jam
Saya rasa sebab banyak sangat menangis
Muka Khairy pun saya sampai tak nampak
Saya tahan hati supaya tak menangis..puas kesat mata.. tapi tetap tak nampak
Saya baring tepi Khairy dan tidur dengan Khairy
Alhamdulilah saya bangun ..saya dapat lihat
Lepas tue saya goggle ..banyak menangis boleh rosakan mata dan jadi buta
Saya takut sangat!
Bukan takut buta tapi takut kalau buta sapa nak jaga Khairy
Sejak tue saya tahan hati dari menangis
Air mata saya tak jatuh kat pipi tapi jatuh dalam hati
Tak sangka untuk seorang anak pun ibu sanggup tahan air matakan?
Semoga anak-anak paham apa erti mereka dalam hidup saya
Semua ibu pun macam tue kan?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: