ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 6, 2018

Kuch kuch hota hai #copypaste

Saya dan suami memang tidak berapa gemar sambut event-event penting. Tarikh penting pelbagai anniversary dan harijadi pun dibiarkan berlalu begitu saja.

Namun, pada tahun ni ada sesuatu yang membuatkan kami bermuhasabah semula.

Dulu selalu dengar ceramah ustazah. Bila dah lama berkahwin, kita jarang spend masa bersama pasangan. Kita terlupa yang sebenarnya peranan kita bukan hanya masak di dapur serta jagakan anak-anak. Manakala suami pula bukan hanya cari nafkah, keluar pagi pulang petang.

Dalam perkahwinan, kita saling memenuhi keperluan emosi masing-masing. Kita mahu berbual mesra sambil berpandangan, kita mahu jalan berpegangan tangan, tersenyum dan 'rasa sesuatu' (Kuch kuch hota hai kata SRK). Kita juga mahu lihat pemandangan cantik bersama orang yang kita sayang dan lari dari celahan suara anak-anak.

Allah jadikan perkahwinan ni sangat special. Memenuhi keperluan emosi selain tuntutan nafkah zahir, batin dan untuk dapatkan zuriat.

Kenapa special?

Keperluan emosi ni adalah fitrah kita sebagai manusia. Dan ia dapat dipenuhi melalui jalan perkahwinan. Tahu tak, kita juga boleh penuhi keperluan emosi ni di luar jalan perkahwinan. Orang bercouple, contohnya. Tetap bermesej, berdating, berbual, berpandangan, berpegangan tangan dan sebagainya. TAPI semuanya jadi berdosa dan jatuh hukum haram. Sebaliknya, melalui jalan perkahwinan, semuanya halal dan mendatangkan pahala. Allah redha, timbul pula rasa bahagia. Subhanallah!

Pergi la dating balik dengan pasangan macam masa mula-mula kahwin. Tinggalkan anak-anak pada mak ayah atau pengasuh. Pergi tengok wayang sambil kongsi popcorn, keluar makan tempat mahal sikit, makan suap-suap. Tak pun jalan-jalan tempat cantik sikit sambil selfie banyak-banyak. Eh banyak lagi lah boleh buat bersama!

3 bulan lepas, masa birthday hasben (yang tak pernah pun disambut sejak 8 tahun kahwin) kiteorang pergi celebrate kat atas bukit Cameron. Masuk ladang lavender sambil selfie banyak-banyak. Beli aiskrim perisa lavender dan kongsi berdua. Masuk kedai cenderahati, beli pulak keychain gambar lavender yang boleh tulis nama tu. Tulis cantik-cantik, Aniza ❤ xxx.

Lepas tu ke Bharat Tea Plantation. Kat situ ada jual kek potong dan pelbagai desert. Kalau datang ramai-ramai rasanya takde la nak makan situ kot. Tengok harga pun terpelanting biji mata.

Tapi bila fikirkan special occasion, kiteorang pilih kek mahal pun rasa ok jee..duduk di satu seat hujung sambil tengok ladang teh dan hirup green tea. Makan kek pun cuba bersuap-suap walaupun tak biasa.

Nak turun ladang teh tu pun sambil tarik tangan pasangan. Sebelum ni kalau minta tolong tarikkan tangan nak bangun atau pegang tangan nak lintas jalan maybe tak rasa apa-apa. Disebabkan ni special occasion, rasa special sikit dalam hati.

Balik dari dating ringkas tu, upload gambar dalam ig. Saja la buat kenangan. Ada la komen kawan-kawan. Gula tumpah la, banyak semut la, diabetis teruk la..

Saya senyum aje la. Padahal mereka tak tahu kami baru nak 'jalan-jalan' penuhi keperluan emosi lepas 8 tahun kahwin. Huhu!

Bila bermuhasabah, kami sedar,

"Sebenarnya, orang couple dah lama buat benda macam ni. Rugi la bila dah kahwin dan ada hubungan yang halal tapi kita abaikan je apa yang sepatutnya kita boleh buat"

Begitulah..

#payung_rumahtangga

No comments: