ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, May 22, 2018

Anak2 lelaki yg rapat dengan ibu akan jadi lelaki hebat



 
 
Cariklah artikel pa& ma tue..
Update blog guna HP payah nak link bagai haha
 
Anak2 lelaki saya rapat dengan saya
Masih terlalu awal nak nampak kesannya tapi kalau nak tunggu kesannya memang tak terdidik lah anak lelaki tueee
 
saya selalu didik anak2 lelaki supaya menghargai dan berlemah lembut.. supaya bercakap lemah-lembut dengan wanita terutama ibunya.. kalau saya rasa cara anak cakap kasar dengan saya..saya tegur dan merajuk dengan anak2  lelaki saya jadi mereka dah tahu mereka berkasar..kalau dengan ibu pun cakap kasar apatah lagi dengan isteri nanti.. jadi didik cakap elok2 dengan ibu dahulu..sebelum ada isteri.. anak2 lelaki sibuk bagi kad hari ibu.. amana bagi hadiah.. alhamdulillah tau jugak
belajar menghargai.. 
 
Saya didik anak2 lelaki saya supaya kenal dan amik tahu  bila waktunya perempuan  tak sihat ..PMS.. dan lain2... anak2 sekarang Paham kalau nampak saya tak sihat sakit kepala..sakit belakang.. saya tak masak..diorg tahu saya tak sihat.. Alhamdulillah
 
Saya bagitau apa sebenarnya tanggungjawab suami dan isteri..saya berbesar hati kalau anak lelaki saya dapat tanggung sepenuhnya isteri2 mereka tapi kalau tak mampu ..hulurkan tangan ringankan beban.. urusan rumahtangga bukan isteri sahaja..kalau tak nak tolong "kerja2 wanita"  banyak cara lain gembirakan isteri.. bagi me time.. buat kerja2 lelaki..basuh bilik air..betulkan wayar tercabut..betulkan mesin basuh...basuh kereta.. eh buatlah apa2 asalkan isteri kau tak nampak kau melopong goyang kaki..di saat wife korang terbongkok2 buat kerja rumah dari depan ke belakang.. atau berbual dengan isteri.. dengar cerita isteri..urut kaki tangan isteri..bagi duit belanja utk isteri beli barang2 idaman dia.. bawak isteri makan2.. eh banyak cara nak gembirakan isteri antara nak dengan tak nak je..
 
 didik anak lelaki bantu urusan rumahtangga supaya menantu kita bahagia dgn anak kita yg ringan tulang..supaya anak lelaki kita sedar dari awal urusan rumahtangga adalah tanggungjawab bersama...
 
Yang lelaki pergi masjid surau ..jangan duduk bawah ketiak mak sampai tak kenal masjid surau.. anak lelaki kena kuat ilmu agamanya supaya anak isteri ada rasa hormat dan tenang setiap kali bersama suami. Lelaki yg beragama insya Allah tahu membezakan yg halal dan haram dan berusaha menjauhi yg haram.
 
Saya didik anak2 lelaki jadi cekal..selalu saya cerita macam mana saya bertahan dengan Khairy dulu..anak2 belum faham dan tahu sangat cerita sebenar tapi mereka tahu macam mana saya berniaga dengan Khairy yang sakit..dengan jiwa yg parah dulu saya cekalkan hati saya.. saya cerita macam mana saya ke Mekah dengan Khairy.. ya ditemani nenek dan pakcik mereka tapi pernah saya sendirian di tengah2 Masjidil haram tanpa nenek dan pakcik mereka.. bersama Amana dan Khairy.. pernah juga saya sendirian ke masjid di mekah dan Madinah kerana nenek mereka tak sihat dan pakcik mereka  seharian di masjid.. sedang di Malaysia sejak kawin sangat jarang saya  keluar sendirian. ini pulak di negara asing..  selalu saya cakap pd anak2.. kalau di Mekah  kita survive dgn izin Allah apatah lagi di tempat lain.. kuatkan hati cekalkan jiwa..jangan malu atau malas nak carik rezeki..
 
Org zaman dahulu sibuk menyediakan ank perempuan supaya sesempurna mungkin bila berkahwin sehingga terlupa ketua keluarga dlm rumahtangga adalah lelaki. Kuderat lelaki lagi kuat dan banyak jadi kenapa perempuan dikerah buat kerja rumah, belajar rajin2 , perlu bertatasusila sedang anak lelaki dikerah bermain sahaja? Lebihkan tanggungjawab pd anak lelaki sebab mereka bakal ketua keluarga
 
Dan umur anak2 lelaki saya baru 8 tahun,5 tahun dan 2 tahun.. tak taulah mana satu yg diorang ingat nanti🙄
 
Ke diorg ingat mak diorg mcm Hulk😪
Amirul Arief saya sealu gelar dia "hero mama"
 
Adam si tembam
 
Adam si tembam lagi
 
Adalan Khairy si magic mama
Dengan Khairy saya betul-betul belajar jadi ibu
perjuanga seorang ibu
Khairy sangat beerti  dalam hidup saya 
 
 
Hadiah hari ibu
anak-anak tepengaruh dengan rakan sebaya haha
bersungguh-sungguh arief belajar mengeja nama saya
 
amana belikan saya music box
sekejap je adik-adik lelaki hancurkan
pen tue amana belikan dengan ucapan
"mama buat keja opis laju-laju tau lepas tue kita boleh jalan-jalan bila gaji"
hahaha
taktik tak habis-habis
 
 

No comments: