ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, July 2, 2018

Kembali tersenyum

Kak ngah, Adam Nie kuat makan ke? Badan debab.

Tak jugak.

Lepas 2,3 jam saya duduk rumah makcik.adik sepupu tengok anak-anak layan adam. Si kakak dukung Adam.. si Abang angkat Adam duduk kat basikal.. lepas tue sorang lagi tolak Adam.. lepas sorang2 dukung Adam..

"Patutlah debab kak ngah.tak jejak tanah si Adam Nie.semua manjakan dia"

Jawab saya "betullah.lemak tak sempat pecah.memanglah debab dan sado!"

Selamat malam semua. Bersihkan hati. Bahagiakan hati. Dunia Nie luas. Bukan kita seorang je ada masalah. Lihat orang dibawah kita akan lebih redo.. lihat orang di atas berdoalah semoga masa kita akan tiba dengan lebih rasa syukur.

kadang2 bila kita serabut.. nak fikir apa pun tak boleh.Amiklah masa duduk diam2 sepertiga malam tanpa gangguan sesiapa. Masa tue insya Allah ilham datang..kalau tak datang jugak..esok buat lagi..esok buat lagi sampai jalan keluar tue terbentang sikit demi sedikit..jgn berputus asa dengan rahmat Allah..

Kalaulah anda tahu apa yg saya dan anak-anak lalui..takkan percaya saya boleh tersenyum begini semula.. ujian setiap manusia berbeza tetapi objektifnya sama. Untuk mendapat keredaan Allah. Sesiapa yg melepasinya adalah org2 bertakwa (Ustaz Habib Zenal)

Anak2 saya pun pandai bertanya "mama nangis lagi ke? Bukan ke mama happy sekarang? Kan Allah dah bahagiakan mama balik.. Semuanya mama dapat balik..lagi banyak..beribu2 lemon!"

Part lemon je kelakar..yg lain tak😎

1 comment:

farhanna jafri said...

Comelnya anak-anak akak, semoga mereka jadi sumber kekuatan dan kebahagiaan akak sampai ke jannah. Selamat Hari Raya untuk akak sekeluarga. Saya singgah sini & follow blog akak :)