ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, August 5, 2018

Murung dan Al-Quran

Mampukah Quran menangani kemurungan?

Sesiapa yang mengalami kemurungan, lets find out..

Bacalah Quran, hayati alunannya, fahami maksudnya, bertadabbur dengannya. Isikan fikiran anda dengan memahami bait-bait ayatnya, telusuri cerita yang ada di dalamnya, bayangkan kisah-kisah yang dihamparkan untuk
kita teladani, rasai lonjakan kegembiraan yang Allah sampaikan pada kita melalui janji-janjiNya pada mereka yang beriman dan berjaya mengatasi segala ujian.

Rasai juga bagaimana secara sedikit demi sedikit  Quran itu mengambilalih keseluruhan aspek diri anda; mental, fizikal dan emosi . Ia bagaikan menghalau kemurungan pergi dari setiap urat nadi anda dan menggantikannya dengan harapan, tujuan dan makna hidup yang samasekali tidak mengecewakan.

Ramai yang berperang dengan kemurungan namun kerap berlegar di situ dan di situ juga. Barangkali berperang bukan jalannya. Barangkali kemurungan itu cara menanganinya ialah dengan cara menumpukan dan alihkan fokus pada sesuatu yang lebih mendamaikan jiwa.

Anda mungkin tak dapat menghalaunya terus atau mungkin sesekali dia menjenguk menganggu fikiran, perasaan dan tindakan. Namun sekurang-kurangnya isi Al-Quran melantunkan harapan bagai tali untuk berpaut lebih lagi bila suara-suara yang jelas di telinga anda menghasut anda menamatkan hayat anda dengan apa cara yang dikehendakinya.

Al-Quran itu shifa'. Wajib kita yakini.

#kaunselingSAS

1 comment:

farhanna jafri said...

membantu sebenarnya sebab buat kita rasa tenang, kurang berfikir dan layan perasaan