ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, August 5, 2018

Perempuan urat emosi bersambung dgn urat badan

Perempuan ni semua urat-urat badannya bersambung dengan emosi, terutama urat muka. Bila urat letih menarik urat muka selalu terhasil wajah yang berkerut dan yang tak sedap dipandang oleh suami. Kemudian urat tu bergabung pula dengan urat lapar, urat mengantuk dan urat suara, maka terhasillah tindakan merungut, membebel, mendengus dan sebagainya yang tak sedap pula didengar di telinga.

Itulah perempuan , semua urat bersambung satu sama lain bertumpu pada kotak emosi. Kalau emosi baik, baiklah semua yang dibawa oleh urat-urat ke seluruh kawasan hingga suami rasa mcm di sorga, tapi bila emosi tak baik, mengecutlah segala urat-urat berlaga-laga hingga membuatkan suami terasa bagai di tepian neraka.. rasa nak lari aje atau nak menyambar aje.

Itulah kan perempuan kalau rasa nak buat muka, pegilah belakang pintu buatlah herot macammana pun asal tak depan suami. Nanti dah puashati keluarlah semula dengan wajah manis jelita.

Suami yang kuat iman aje faham di sebalik wajah herot perot itu punya hati yang mulia. Jadi kalau lelaki nak uji tahap iman mereka cuba-cubalah mendepani isteri pada saat-saat sukar mereka.

Perempuan pula kawallah emosi terutama bila dah sampai paras hidung.. bawak diri duduk di hujung katil, sambil pejam mata  tarik nafas lepas nafas dengan teratur dan tenang. Anda tak mahu urat yang berkecamuk dan tegang mengubah warna anda menjadi hijau dan kemudian meranap segala kehidupan yang ada di sekeliling anda.

#kaunselingSAS
#repost

Betul sangat kan?
Kalau saya dah hilang tenaga
Janganlah cuba-cuba  menyuruh itu ini..soal itu ini.. berperang mulut depan saya..bergaduh2 depan saya..bersoalan jawab depan saya..memang rasa nak pitam.. masa tue sebenarnya kepala dah pening..dah berpusing tapi tahan je berdiri buat macam2..

Memang memdapat semua.. anak2 ada 4 org..dengan 4 mulut.. bila jaga 2 org je si Adam  dgn Khairy semua terkawal lagi..tapi penat juga menguruskan diorang.. mandi makan pakai..keja umh.. sambung keja pejabat.. tapi ok lagi masa siang tue.. kuat lagi.. lagipun dua beradik Nie tak banyak kerenah..cuma bila diorang jaga memang kena tumpu pada mereka..

tapi yg buat  my blood upstairs bila semua balik..mula bergaduh. Berperang mulut..kaunkacau akau..aku kacau kau . Pastu gaduh xoxoxox... pulak tue masa waktu magrib..masa mak diorg nie dah nyawa2 ikan.. sebabnya kesabaran dan kuderat tue dah diguna sejak pagi.. dengan mcm2 urusan, kerenah anak2, keja rumah yg tak habis, kerja pejabat..

Saya pun bukan mesin..tak reti penat..
Saya manusia perlu rehat, perlu masa santai, perlu masa untuk luruskan kaki..

Jadi kalau saya diam ..biarkan saya je.. anak2 pun Paham.. selalu amana akan cakap "diamlah..mama penat"

No comments: