ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, September 3, 2018

Adam Ziqri kini 2 tahun

Adam Ziqri hari ini dua tahun
Alhamdulillah
Bersyukur Adam sihat dan normal
Bersyukur kerana hasil detail scan itu hanya ujian sementara untuk menguji kebergantungan mamanya pada Allah atau mesin ciptaan manusia.
 
Sangat bahagia kerana Adam menghiburkan kami sekeluarga dengan keletah comelnya
Sangat bahagia kerana Adam menjadi anak yang tidak banyak kerenah malah memahami mama perlu memberi perhatian lebih pada abang Khairy.
Sangat bahagia kerana Adam selalu menemani Khairy ke IJN dan tidak pernah buat perangai ketika konsultasi kami dengan doktor.
Sangat bahagia kerana Adam selalu mengejutkan saya yang keletihan dan tertidur sebelum sempat isyak.
Sangat bahagia kerana rumah ini bertambah mural yang kreatif hasil kerja tangannya
 
Semoga Allah melindungi anak ini hingga akhirnya dan menjadikan anak ini anak yang menyenangkan semua.. Insya Allah..
 
Boston Cake RM70
tak sangka kat secret recipt ada kek below RM90 untuk whole cake haha
Tapi yup kek nie kecik je
Sesuai sangat saiz cake nie untuk kami sefamily tak payah nak simpan lama2 ..
selalu kalau beli yg besar tue bila tak habis ..simpan peti ais..
kek simpan lama2 bukan sedap dah..buang..membazir... amalan syaitan
Kek nie sekali hadap pun boleh habis
Tak sangka sedap Boston cake nie
 
 
Beli set pizza yang RM59++
 
sedap rasa eskrim hihi
 
4 anak dah kan?
Perjalanan yang dah panjang dalam rumahtangga nie
12 tahun kan?
haha.. purak2 lupa
 
meh kakak tolong adam ye
 
 
Saya dah dua tahun tau!
Hari ini saya dua tahun!
Bukan ke mama cakap setiap kali besday anak mama nak hadiahkan emas 1g supaya bila kami dah 18tahun kami ada 18g sekurang2nya?
Mana emasnya mama?😂
Bohong yeeeee mama?...
Mama nak kena babap Nie!
 

1 comment:

Ann Ishak said...

selamat hari lahir adam :D