ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, September 16, 2018

Perempuan zaman sekarang huh

Perempuan ni memang unik.

Org kata perempuan tu pendek akalnya berbanding lelaki. Tapi dialah yg jadi pemikir dalam keluarga. Dia yg tahu suami suka apa, anak sulung suka makan apa, anak bongsu tak suka apa. Bila nak order makan, mak la yg tahu apa anak nak makan. Dia tahu anak tu suka baju cemana, warna-warni apa.

Dia juga yg tahu cemana nak motivasikan anak². Dia yg tahu hati ahli keluarganya hanya dari air muka mereka. Bila tahu anaknya berduka, dia lebih sedih dari si anak. Bila tahu suaminya dlm kesusahan, hatinya lebih susah dari suami sampai tak tidur malam. Dan dia berusaha mencari jalan penyelesaian utk membantu walaupun dah acapkali dia dpt ucapan 'jgn seboklah'.

Perempuan bila dia kata dia stress, dia tak tidur macam lelaki. Tapi dia buat apa yg dia suka. Sebab tu masa dia penat pun, dia boleh buat biskut, boleh pergi shoping, boleh main aci kejo dgn anak sbb itu cara dia lepaskan tekanannya. Buat perkara yg dia minat. Dan lepas tu kena perli, 'alahhh perempuan ni kata je penat, ajak gi shoping mall elok je cergas.'

Perempuan, bila dia sedih, dia diam. Bila dia gembira, dia menangis. Bila dia meluahkan, dikata dia tak bersyukur. Bila dia diam, dikata dia yg taknak bercerita. Sedangkan perempuan ini, sibuk ambil tahu cerita setiap ahli keluarganya. Mcmmana suami kat tempat kerja, bagaimana anak2 kat sekolah walaupun di kepalanya dah cukup serabut, di hatinya dah cukup runsing.

Nanti ada yg kata, perempuan punya tanggungan tak sebesar lelaki. Tak perlu lihat jauh sangat, lihat saja zaman sekarang, tanggungan perempuan lelaki dah sama banyak, bahkan mungkin perempuan lagi byk.

Tapi dia tetap tak minta banyak, dia cuma minta difahami & sedikit penghargaan je. penghargaan tu bukan sekadar wang ringgit atau barangan, tapi perhatian. Dengar keluhannya, perbanyakkan memandangnya kurangkan memandang handphone, pandang dia bila dia bercakap, sesekali puji dia, usik dia dgn gurauan yg buat dia tersenyum, peluk dia, jgn tunggu dia menghulur salam baru sentuh dia, belai dia dgn kasih sayang.

Semua tu tiada kos. Tapi yg itupun susah dia nak dapat.

No comments: