ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 25, 2018

Allah itu sentiasa dekat. Diberi jawapan segera bila hambanya bertanya

 
 
Assalamualikum
Allah itu sangat dekat
Terlalu dekat
Kalau kita ada persoalan tanya sahaja DIA
Bila-bila masa boleh ditanya
Dengan hati yang ikhlas
Insya Allah akan dijawab
Buka hati untuk melihat jawapan Allah
Kita bukan taraf Nabi-Nabi atau Rasul-Rasul
mendapat jawapan direct daripada Allah
Jawapan Allah kadang-kadang hadir dari orang sekeliling kita
dan kadang-kala dari orang yang  tidak pernah kita kenal
 
Jawapan Allah juga kadang-kadang hadir dari sesuatu yang tiba-tiba kita terbaca 
 sebenarnya tiada langsung niat untuk membaca perkara tersebut
 dan itulah petunjuk istiharah dan seterusnya membantu kita  membuat keputusan
Perkara ini telah berlaku beberapa kali kepada saya ketika menjaga khairy
Saya ada buat beberapa kali istiharah ketika menjaga Khairy dulu untuk membuat keputusan masa depan saya dan anak-anak
Alhamdulilah saya mendapat jawapannya
Terpaksa ikut walau itu bukan kemahuan saya
Tetapi keputusan Allah adalah yang terbaik
Tetapi kali ini bukan nak bincang tentang istiharah
 
Kali ini saya cuma ingin share betapa Allah itu terlalu dekat
lebih dekat dari urat merih
Dia tahu apa yang ada di dalam setiap hati hambanya
persoalan yang kita inginkan jawapan
dan apa sebenarnya niat dalam setiap perbuatan kita
Di beri jawapan melalui insan lain yang tiba-tiba hadir
 
 
 
Biasalah hari nak dekat gaji
saya suka buat status supaya rakan-rakan semua saving
Untuk diri sendiri dan anak-anak jugak
Saving GOLD tau haha
 
 
 
Tiba-tiba ada seseoarang comment di status saya
Saya sendiri terpaksa klik profile beliau untuk pastikan siapa beliau
Nampak sangat orang ini bukan di dalam kalangan rakan yang saya kenali
 
 
Walaubagaimanapun perbualan kami berpanjangan
Saya pun berlapang dada kerana memang comment beliau sangat "mengena dengan hal semalam"
Orang terdekat?
Tahukah En Khafiz Bahari adalah lebih sukar untuk dinilai siapa orang terdekat kepada kita?
 
Tiba-tiba beliau terus kepada persoalan saya semalam
hati yang goyang dengan apa yang saya buat selama ini
Alhamdulilah beliau datang memberi pencerahan
Tiba-tiba pulak tue
 
 
Jujur je jawab sambil melawak .
ingatkan dia nak stop
rupanya lebih dalam penjelasan yang diberi
Terima kasih sangat
 
 MENGAJAK YANG MAKRUF SEDEKAH ITU LEBIH BESAR DARI MENJAGA HATI
terkesan sangat dengan ayat nie
 
 
 
 
 
 
Kalau bercerita tentang perkara kebaikan dan yang  dekat dengan agama adalah satu kesalahan?
tetapi bercerita hal laraq' tidak pula satu kesalahan
Jadi hidup ini untuk membisu?
bagus juga
 
seperti mana bila ibu saya bantu share tentang seorang ibu yang menjaga 3 anak yang OKU di kawasan kejiranan kami
ibu tersebut menjaga 3 anak sendirian tanpa suami
tanpa pekerjaan
rumahnya sangat kotor kerana ibu tersebut sendiri juga tidak sihat
rumahnya hampir dilelong
ibu saya hanya mampu membantu seadanya sahaja
 
Ibu saya yang tahu perkara ini tidak  mampu nak membantu sendirian
di share di dalam group agama wanitanya
sehingga datang seorang  wanita bertanya tentang wanita malang tesebut
rupanya dalam diam seorang Datin yg besar jiwanya
datang kerumah saya dan menjemput ibu saya untuk ditunjukan rumah anak-anak OKU tersebut
Datin tersebut pula membantu sehingga diberi bantuan zakat
dijelaskan hutang rumah sehingga rumah tersebut tidak dilelong
diupah orang mencuci dan mengecat dan membersihkan rumah
dan kini nasib wanita dan anak-anak tersebut terbela
 
Ibu saya bercerita dengan sangat gembira perkara ini kepada saya
Saya juga gembira melihat ibu saya sangat bahagia dapat menjadi "jalan" membantu anak-anak OKU tersebut
Patutkah saya menilai penceritaan ibu saya seolah-olah ibu saya riak dalam pembuatannya?
Bukankah kami sangat rapat dan ahli keluarga?
 
 
 
 
 
Jujurnya sangat-sangat melegakan hati saya
Kalau ada apa-apa yang saya share bukan saya nak tunjuk saya baik lebih-lebih lagi kalau anda tue dekat dengan saya
tetapi kadang-kadang untuk bantu supaya pihak yang saya share itu juga dibantu oleh orang lain
Saya nak bantu banyak-banyak memang tak mampu
keterbatasan kewangan lebih-lebih lagi untuk anak-anak terutama Khairy yang menuntut lebih peruntukan kesihatan
Dalam keterbatasan itu saya hanya mampu  beri sedikit sahaja
Tetapi diharapkan bila saya  share , saya harap ada yang SANGAT MAMPU terdorong untuk membantu
 
Ia sekadar bercerita
Atau mungkin sebenarnya saya yang silap menilai
Ia bukan orang terdekat dengan saya
Mungkin dekat di pandangan mata umum tetapi bukan di hati 
Allahuakbar jauh lagi perjalanan untuk menjadi dekat rupanya
 
 
 
 
 
 
Siapakah lelaki ini
Tiba-tiba datang memberi jawapan tentang keresahan hati yang semalam
Sedangkan status saya tidak langsung ke arah perkara yang saya fikirkan
Tiada lain melainkan Allah yang mengerakan hati beliau untuk meleraikan sedikit kekusutan hati saya
Allah lebih tahu
 
BTW rupanya dia juga penulis haha
Minat tanaman dan ternakan juga
Macam saya yang penulis separuh jalan dan juga minat tanaman dan ternakan
Mungkin sebab itu kami "friend" di FB
Dalam FB saya sekarang dah ramai kawan
Dulu saya hadkan hanya kawan2 contest & blog
Sekarang dah ramai
Ada  kawan emas,  rakan mutawif, rakan peniaga, usahawan dll
Alhamdulilah kebanyakannya jenis positif
Yang mana jenis negetif saya removed sahaja
 
Dunia FB terlalu mudah
dia tak menyenangkan kamu
Keluarkan sahaja dari list
Dunia Nyata tidak semudah Dunia FB
Sebelum buat keputusana removed banyak yang perlu difikirkan
betul tak?
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

ejulz said...

Terima kasih di atas perkongsian :)