ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 11, 2018

Anak syurga itu umpama kisah anakku.. ibu itu umpama diriku. Berilah kami kekuatan

Semalam menangis baca sharing rakan FB yang kehilangan anak kerana sakit jantung
Saya ada save blognya di muka depan HP tapi takde kekuatan nak baca..saya cuma baca sikit2 je sebab tak kuat hati nak baca
Dekat setahun juga save blog nya kat HP
 
Tapi semalam rakan FB tue ada share reminder kisah anaknya di FB dari mula masuk IJN sampai Allah jemput kembali anaknya jadi saya pun terbaca
 
Menangis sampai Khairy datang pujuk.anak2 lain pun kecoh tengok saya menangis. Saya tunjuk gambar anak rakan tue atas katil hospital pada Khairy.. Khairy cakap "mama jangan hantar Khairy kat situ. Khairy tak nak. Khairy makan ubat rajin-rajin"
Allahuakbar baiklah Khairy.. tak perlulah ye.. ada hikmahnya rakan mama share ceritanya.. untuk panduan kita...
 
Kenangan Khairy berihram..tunaikan nazar bawa dia ke Mekah dan Madinah kalau masih ada nyawanya sehingga setahun. comel kan? Alhamdulillah dah 5 tahun Allah beri kesempatan kami bersama di dunia sementara ini
‍
Edited: kenapa saya sangat terkesan dengan cerita rakan FB ni. Perjalanan kami berjuang untuk anak jantung kami hampir sama. Kami sama-sama cuti tanpa gaji, kami sama-sama berniaga semasa cuti tanpa gaji dan kami sama2 bawa anak jantung kami bawa anak jantung kami tunaikan umrah ketika masih kecil.. yang bezanya anaknya telah ke syurga yang kekal dan anak saya masih menemani saya di dunia sementara ini.
 
Pertama kali tahu cerita rakan FB ini tersentuh hati..ketika anak beliau masih ada.. saya tak pernah tahu cerita beliau kerana ketika itu saya di sebelah sini pun berjuang habis-habisan dengan Khairy..dan dia dia bahagian borneo sana juga sedang berjuang untuk anaknya..
Ketika doktor ingin buat treatment seterusnya untuk Khairy  beberapa rakan FB yg baik budi minta saya baca kisah rakan ini..kata mereka jalan cerita dia serupa sangat dengan saya..bacalah untuk Khairy... Betapa saya bertuah punya ramai rakan yg perihatin dgn Khairy.. alhamdulillah.hanya Allah dapat balas jasa kalian yg tak jemu2 beri sokongan sejak Khairy lahir..
 
 
 
 
 
 
 
 Walau tak pernah bersua muka tetapi membaca coretannya umpama diri sendiri yang menulis.. hati kami hati ibu..dugaan itu dugaan yang sama.. pengakhiran itu sahaja belum sama tetapi akan sama juga kerana semua makhluk akan mati.. perkara yang menghancurkan hati seorang ibu adalah bila anak pergi dulu dijemput ilahi dari dirinya...
 
ada yang bertanya sampai bila khairy akan bertahan tanpa rawatan yg lebih instensif selain makan ubat? jika kalian membaca dan follow cerita nadia hazmi dan anaknya..takkan kalian berani bertanya soalan itu....
 
dedek itu seperti khairy
luarannya sihat
tidak nampak defectnya
mampu berlari melompat malah aktif!
katanya pembedahan itu tiada risiko dan sangat minimal risikonya
tetapi anak itu akhirnya meninggal
dan bacalah ada kecuaian di dalam pembedahannya
mudah berkata itu TAKDIR
tapi takkan saya serahkan khairy ketika dia kelihatan sihat seperti dedek!
 
 
 
 kali kedua masuk wad untuk periksa jantung khairy
masa nie mama terlalu yakin khairy dah sihat
mesti mama boleh masuk kerja selepas cuti separuh gaji 6 bulan
rupanya masih belumnormal
cuti lagi setahun tanpa gaji
 comel masa nie masih tembam..sekarang dah tinggi kurus

 salah satu pintu masuk untuk buat saie

 khairy laluannya yang membuatkan mama kenal online business
bestkan kita niaga ekstrak kacip Fatimah masa tue?
laku betul
 
 masjid nabawi
rindu sungguh nak mengadu dengan rasullulah
memang bagind atelah wafat tapi baginda masih "di situ"
di madinah bumi yang aman dan "lemah-lembut"

 syukur ada adik lelaki
sudi menemankan kakaknya

 pakciknya buatkan umrah untuk khairy
saya tak boleh
ABC-Allah Bagi Cuti

sayang khairy

 ibu yang tiada galang gantinya

 main kepak-kepak
 tengok khairy.. jauh laut nie..
dah jauh mama bawa kita kembara mencari kasih sayang dan jawapan Allah untuk keluarga kita
 
 Madinah yang indah

 Dalam masjid nabawi

 sampai khairy besar mama akan ingat khairy bawa mama sampai ke mekah&madinah
kerana mu Adlan Khairy

Ini kali terakhir mama bagi khairy masuk wad
Tak akan ada lagi selepas ini
Selagi khairy sesihat dedek seperti anak auntie nadia hazmi
takkan mama izinkan khairy masuk wad
 
 


4 comments:

adianiez AIDA said...

be stronger.
aida xde anak yg ada masalah.
cuma pernah la ada anak buah.
dah pun ke syurga few years back at the age of tak sampai 2 thn :(
Allah uji krn awak mampu.
sesungguhnya ujian tu adalah penghapus dosa kecil. percaya la.
stay strong ye.

Anonymous said...

It's really very difficult in this active life to listen news on Television, so
I just use web for that purpose, and take the
hottest news.

Anonymous said...

Valuable info. Fortunate me I discovered your site accidentally, and I'm surprised why
this twist of fate didn't came about earlier!
I bookmarked it.

Anonymous said...

Hi there! I could have sworn I've been to this
blog before but after browsing through some of the post I realized it's
new to me. Anyways, I'm definitely happy I found it and I'll be bookmarking and checking back often!