ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 18, 2018

Berpura2 sehingga kita lupa ia satu kepura2an. Jadi kura2? Erkk

Berpura-pura segalanya baik-baik saja padahal sebenarnya sedang ada masalah... 

Berpura-pura itu bermaksud apa yg dituturnya, apa yg dibuatnya tidak seperti apa yg dirasainya, apa yg dikehendakinya...apa yg ditunjukkan itu tidak sama seperti apa yg dia mahukan…dia meletakkan satu topeng dimukanya, dia kelihatan senyum, tapi dlmnya dia menangis, dia tunjuk gembira, tapi hakikatnya dia derita, dia kata dia redha tapi sebenarnya dia berputus asa…

Kepura-puraan ni boleh terjadi apabila berlaku pergaduhan yg besar atau slh faham yg berpanjangan akibat ketidakmampuan untuk jujur dan berterus terang tentang apa yg berlaku dibelakang pasangan dan sejak itu, suasana hubungan itu sudah mulai berubah…

Dingin antara dirinya dan pasangan…bercakap hanya bila perlu…layan sekadar menunaikan kewajipan…selagi “status” itu masih dipegangnya…

Org yg berpura-pura ni selalunya dia bertahan sebab kasihan, sebab anak2…cinta dan sayang tu dah pudar dgn apa yg dah terjadi dlm hubungan tu…Susah untuk merasai bahagia jika dalam sebuah hubungan cuma ada kepura-puraan…sebab ada “keterpaksaan” dlm setiap perbuatan dan tiada keikhlasan…nasihat saya, berpura-puralah sehingga kita lupa bahawa kita sedang berpura-pura…dgn harapan lama kelamaan, hubungan itu akan pulih seperti sediakala…InsyaAllah...

No comments: