ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, October 14, 2018

Happy birthday to me . 2 tahun lagi 40 tau..

Angah, jom besday ko ada belanja makan. Nak makan mana?

Haha.. best nie org nak bagi birthday treat. Tapi walaupun untuk besday kami berpusing2 carik tempat makan untuk sesuaikan dgn anak2.  Dah nie besday treat mak ke anak? Kalau tak besday pun mcm nielah kami.keselesan anak-anak kecik diutamakan dulu.
"Tak boleh situ ngah padat.. tak boleh situ bla bla bla"

Terima kasih untuk ucapan dan doa-doa yang baik-baik dari semua..sangat hargainya😍

Dah makin meningkat usia nie nak hidup dengan tenang, nak selesaikan hutang dengan segera, rasa cukup dengan apa yang ada, melihat anak-anak membesar dengan baik, ukhuwah dgn keluarga,sahabat dan jiran terjaga, bekerja dengan tenang dan seronok.

Saya tak perlukan sinetron di keliling saya. Nak buat sinetron ke drama Hindustan ke terpulang. Hidup nie memang pentas drama tapi saya nie dah veteran saya pandang dan lihat sahaja. Dari dulu saya memang suka melihat dan bukan saya tak tahu apa yg berlaku. Asalkan anak2 dengan saya walauapa pun jadi dah cukup.mudah je hidup nie set your prioriti. Yang lain letak tepi.

Sebagai ibu saya nak anak saya lihat saya sebagai idola mereka. Satu hari nanti saya nak anak-anak cakap "nak jadi ibu macam mama atau cari isteri mcm mama.mama jaga kami dengan semua kuderat yang mama ada.mama berkorban apa yg mama ada.

mungkin saya bukan  idola anak-anak dari segi akademik sebab saya dah tak ada minat nak sambung master atau phd. Cukuplah degree sahaja. Saya berpuas hati dengan kerjaya saya. Dulu mungkin saya ada impian yang tinggi untuk akademik dan kerjaya tapi sekarang impian tue dah bertukar dengan masa dan keadaan yang berlaku.Saya nak tambah ilmu agama.hadir ilmu agama.sekarang pun agak terbatas sebab anak-anak masih kecil. Dapat seminggu sekali ke majlis habib zenal pun dah cukup mengembirakan saya. One fine day insya Allah saya boleh kerap hadir macam2 majlis ilmu.sekarang selalu tgok di YouTube sahaja.

Saya nak anak-anak tahu ibu mereka melayu dan Islam. Jangan sampai anak-anak confuse tentang agama mereka. ibu adalah madrasah pertama anak dan ayah adalah mudirnya.. kita tak akan capai taraf sempurna tetapi berusaha ke arah itu.

Alhamdulillah saya ada keluarga kecil yg makin tenang, saya ada makayah dan mertua yg sentiasa membantu dan menyokong, adik-beradik yg memahami, sahabat yang setia walau tidak berjumpa, rakan-rakan yang membantu, jiran kiri dan kanan yang baik, kerjaya yang stabil dan kecukupan dari rezeki..

NIKMAT MANA YANG INGIN KAU DUSTAKAN

1 comment:

Mama Zharfan said...

Happy Birthday dear Ila..may Allah bless u always..moga tercapai segala hajat dan impian..aamiin