ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 26, 2018

Hari Kanak-Kanak Sedunia

Semalam saya suap Khairy nasi lemak.. sambil makan sambil berborak.. biasanya kat tangan dia ada mainan.. sampai habis nasi suap Khairy..

Khairy tiba-tiba cakap "boleh ke mama order nasi lemak banyak2 esok nak makan dengan kawan2. Esok kan mama ada hari kanak2 sedunia"

"Nak banyak2 tue berapa?"

"1,2,3,4,5,6... 6 je mama" (sah2 kira BFF dia je 😜)

Memenuhi hajat Khairy saya orderkan nasi lemak daun pisang dengan Bazilah Azhar  no HP :012-6461897. Special request kurangkan pedas sebab budak2 tadika + asingkan sambal.

Apa sahaja hajat Khairy mama cuba penuhi semampu boleh. Jangan mintak yang ribu Riban ye nak.. tabung haji mama pun Lum penuh nak tunaikan Haji haha..

Parents lain pun selalu belanja anak-anak di tadika ini makan-makan. Alhamdulillah

No comments: