ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, October 2, 2018

Lebih 10 tahun kerja.. apa yang ada?

Simpanan Nie mudah disebut tapi sukar dilaksanakan. Cuba tanya diri dah berapa tahun kerja. 10 tahun? Lebih 10 tahun?

Cuba tengok simpanan ada berapa?
Tak ada?
Kalau ada rumah sedap juga hati kan?
Kalau rumah tak ada..saving tak ada.. tak rasa terkilan? 10 tahun kerja tak ada saving lansung..
Kereta? By year nilai kereta makin jatuh harga tetapi tidak salah pakai kereta mewah. Jika dah pakai kereta mewah sepatutnya saving lebih meriah! Bukan sampai belanja pun tersekat kerana perlu bayar loan yang tinggi setiap bulan.

Pada yang rasa tak terkilan tak mengapa.. tetapi satu hari pasti akan terbit rasa itu lebih-lebih lagi bila ada emergency yang sangat mendesak. Bila tengok semua akaun hanya memaparkan baki tak sampai rm100.

Cubalah simpan untuk diri sendiri RM50 sebulan.kalau rm50 sebulan pun sukar apakata cuba ketepikan duit2 syiling balik pasar tue dalam satu bekas. Bila penuh kira dan simpan. Kalau rm50 dari wang gaji  pun kita tak mampu simpan dan perlu ketepikan duit syiling untuk saving  maksudnya kita perlu bekukan duit tue dengan cara lain.solusinya EMAS.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpan memang berdikit-dikit.Kalau sedebuk itu namanya rejeki😛

Simpanan bukan hanya untuk diri kita. Kalau suami ada emergency kita sebagai isteri boleh bantu. Itulah konsep suami isteri. Kalau suami dah bayar rumah, dah bayar segala mak nenek bil takkan kita sanggup tengok suami susahkan?

Tapi kalau semua tanggungjawab kita yang buat, simpanan ini jadi "pertahanan" pula untuk kita. Hidup kita , kita sahaja yang tahu. Tak perlu orang lain menilai. Yang penting anak-anak tidak terkesan dengan apa pun puting beliung. Faham ke tak faham?

Bukan isteri sahaja perlu ada simpanan . Suami juga. Jika ada emergency tak perlu minta bantuan isteri. Kalau terdesak dah paras hidung takkan isteri tak bantu. Suami yang baik pasti isteri akan hulur bantuan.

Tapi kalau dua-dua takde simpanan camana pulak? Jangan sampai begitu.. bersiap sedia sebelum hujan.. orang tua dah bagitau awal-awal siapkan payung sebelum hujan.

Pilihlah "payung" yang  sesuai.. Saya sejak kenal emas memang saving emas. Cash ada tetapi cuma untuk bayar segala bil, belanja dapur  dan urusan anak-anak. Saya usahakan juga simpan di akaun GAP Public Gold walaupun sedikit setiap bulan. Ini bukan sahaja saving saya tapi reward saya hasil penat lelah saya bekerja dan mengurus anak-anak. Dah lama tak reward diri dengan handbag,tudung, kasut haha ..  sebab dengan emas ia lebih bererti😍



Kalau yang menyimpan rm100 sebulan.
sekarang dah bulan 10; patutnya ada rm1000

Kalau yang menyimpan rm200 sebulan. sekarang dah bulan 10; patutnya ada rm2000

Semoga amount saving tue dapat dilihat di bank masing-masing.

Yang saving gold pulak ada berapa gram?
Cuba tengok akaun GAP atau emas fizikal.
Ada tak? Semoga ada juga..

Saving Nie mana2 pun sama.. cuma wajib ada "kekuatan dalaman" nak membekukan simpanan tue je diperlukan.  Kalau rasa "kekuatan dalaman" tue tak sekuat mana cubalah saving gold😜

Sayalah tue  yang "kekuatan dalaman" tak sekuat mana . jadi kena saving gold..okeylah belek2 gap ada 4g lagi.. duduklah situ diam2 ye.. tapi kena keluarkan 3g jugak sebab  hadiah besday Adam bulan 9, Arief bulan 10, maknye pun bulan 10. Bulan depan kita paksa guna "kekuatan dalaman" untuk save lagi ye😍

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

3 comments:

Anonymous said...

I just like the helpful information you supply on your articles.
I will bookmark your blog and take a look at once
more here frequently. I'm relatively sure I will
be informed many new stuff proper here! Best of luck for
the following!

Anonymous said...

When I originally commented I seem to have clicked the -Notify me when new comments are
added- checkbox and now each time a comment is added I recieve four
emails with the same comment. Perhaps there is a way you are able
to remove me from that service? Thanks a lot!

Anonymous said...

Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any widgets I could
add to my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this.

Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your
blog and I look forward to your new updates.