ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 26, 2018

Pedih telinga tazkirah jumaat mcm nie haha

Arghhh sembang nak lawan Dajjal.

Rokok pun duk kepit kat tangan lagi.
Solat 5 waktu pun tak penuh.

Riba' pun tak boleh tinggal.
Kereta pun loan beng 9 tahun.
Takdak rumah pun dah risau.

Hilang barang pun duk pi tilik umah tok bomoh.

Masih duk percaya ramalan tarikh lahir, tapak tangan kat FB ni.

Puasa 1 tahun sekali pun tak tahan dah, asyik duk mengeluh then tinggal puasa.

Nafkah anak bini pun tak bagi. Hutang orang pun tak bayar.

Then sembang nak lawan dajjal.

Dengar ke sembang tu macam nak turun perang esok lusa dah.

Dajjal datang dia dulu yang duk sembah dajjal as tuhan.

Konon nak ikut Imam Mahdi, Nabi Isa. Kau dulu yang perangi mereka ni. Mereka ni tak ikut mainstream pun.

Islam tu datang dengan asing dan kembali asing.
Beruntunglah orang yang asing.

No comments: