ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, November 9, 2018

Berhutang dengan anak sulung

Mak Lum sihat tapi fikir bebudak nak makan
Nak drive g kedai beli makanan siap kang ada yang berlanggar ๐Ÿ˜…
Smlm konon nak lawan sakit..ikutkan Khairy yg nak makan mehun goreng.. nasib nyawa panjang bertembung dengan lori sempat ngelak.... jadi hari nie tobat nasuha duduk dalam rumah je ๐Ÿ˜‚

BTW mostly amana yg siapkan
Mak jadi mandur sambil mulut bebel je
Kang banyak sangat buat kerja mak jugak yang tumbang..
Pegang pinggan pun terlepas..nasib pinggan plastik.. moralnya beli je pinggan plastik banyak2๐Ÿ˜†

Kain baju pun amana sidaikan
Bertuahkan anak sulung perempuan?
Memang tangan kanan mak
Sebab tue suka senyap2 pg dating berdua dgn amana .. Adam je bawak sbb tue toys kesayangan amana sekarang๐Ÿ˜

Saya siap bagitau anak2 lelaki
Jangan kecik hati kalau mama lebihkan kakak..Kakak buat semua yg mama buat.tengok cara kakak sidai kain pun mcm mama, kakak jaga Khairy n Adam.. tak lama lagi mesti kakak masak mcm mama masak jugak..

Kalau semua kakak dah buat apa kitaorg nak buat nanti? Dalam rumah nie ada 1001 kerja yg tak habis2.. antara nak dengan tak je..  bilik air ada 3 bijik? Amik sorang satu pegi basuh!
Tengok2 diorg melompat mandi hujan๐Ÿ™„

Tanpa sedar kita berhutang banyak dengan anak sulung.tak kira anak sulung tue lelaki ke perempuan. Anak sulung memang tangan kanan ibu.. jadilah anak yang baik sampai akhirnya ya.. mak-mak kena bagi credit pada anak sulung yg banyak membantu..

Semoga minggu depan saya sihat.. demam hampir 5 hari..nak pg opis..rindu opis. Tetiba๐Ÿ˜ถ

Budak nie sepenuhnya kakak dia yg jaga semalam dan  hari nie. Memang flat habis. Petang semalam  je paksa diri keluar sebab Khairy cakap nak makan mehun goreng. Lagipun tak nak layan sangat sakit.. rupanya Lum baik..kaki rasa bisa2.. kepala denyut tak habis..

Alhamdulillah anak perempuan dah boleh harap..jaga adik..sidai kain 2,3 kali round.. masak pun dah minat. Statment Amanah "mama seronoklah masak.bukan susah pun" kemain lagi ayat dia..

Amana request beli oven nak buat biskut pastry etc etc... Cuba korang share oven apa korang pakai dan berapa rm.. bukan nak heavy duty pun..nak buat makan and main masak2 dengan amana je..

Tak berani nak keluar rumah takut plak sbb smlm hampir accident bawak Keta dengan kepala pening
Amanah tumbuk sambal belacan
Nampaknya amana macam saya
Alah cili
Tergaru2 dia lepas menumbuk
Amanah masak sayur kegemaran arief
Masak kari mudah
Campak je
Amanah yg siapkan bahan2 dengan arahan mandur aka mak 

No comments: