ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, November 27, 2018

Bila arief bersunat

Dah bujang anak lelaki saya
Anak kedua tetapi anak lelaki yg pertama

Arief dah sunat tak boleh tidur dengan mama tau
Ye ke?
Khairy boleh? Adam boleh?
Boleh sebab diaorg belum sunat
Tidur kat bawah katil pun tak boleh ke?

Hurmmm nie yg mil saya cakap "semua nak melekat je dengan mamanya.masuk balik dalam perutlah!" 😝

Baru hari kedua sunat.anak kalau sakit memang mak jugak disebut.mak jugak dicarik..

Pengalaman anak lelaki pertama sunat..tak taulah anak korang camana..sakit pinggang saya tenangkan Arief. Tudung saya dah senget benget. Nurse yang tiba-tiba masuk pun cakap"ya Allah tudung mak nak tercabut"
4 orang control dia.doktor 2 orang. Papa dia kat kaki, saya kat tangan..doktor kiri dan kanan. yang kelakarnya sebab saya dengan papanya tak layan ragam dia .dia jerit nama nenek dia pulak iaitu mak saya.."nenek.. nenek tolong Arief..mama call nenek.nenek selamatkan Arief"😂

Adik-adik yang lain punyalah nakal.siap record suara Arief menjerit dari luar.. bila keluar muka budak2 lain dah cuak. Dah arief menjerit nangis bagai nak rak .mana budak yg menunggu kat luar tak  takut kan? bayangkan org lain setengah jam je bersunat.arief sampai 1 jam. Doktor pun berpeluh2lah😅😅😅 doktor siap cakap "fuhh nasib ini antara yg last .kalau awal macam nie hadoiii"

Arief bersunat cara laser. Ada bau mcm terbakar masa sunat tue.. Arief tanya "mamaaa, bau apa tue?" Saya jawab spontan "doktor tengah masak!"🤣🤣🤣

Sebelum bersunat amana Khairy dok mengacau Arief..
"MAIL CAKAP BERSUNAT TUE MACAM KENA GIGIT HARIMAU!"

Mail: salah satu pelakon Upin dan Ipin 🙄

Pengalaman yang takkan dilupakan😀

No comments: