ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 4, 2018

Jangan dibiarkan.. lebih bagus dia bagitau dia penat..

Kisah ibu yang kelar 4 anaknya tu...

Sebelum beliau buat tindakan itu,beliau telah menghentak-hentak kepalanya beberapa kali ke tiang.

Suaminya nampak tingkah laku itu,menegur beliau yang mana tidak lama kemudian,beliau telah menghentikan perbuatan tersebut.

Selepas itu,suaminya pergi kerja,membiarkan ibu itu bersama anak-anaknya dirumah.Menyangkakan isterinya dah pulih sementalahan ibu ini mula membawa semua anak-anaknya  untuk makan biskut dan minum air.

Pulang sahaja dari tempat kerja,itulah yang dilihat mata.Anak-anak dikelar satu persatu.
'
'
'
Orang perempuan ni biasanya,ada dua perkara yang dia akan buat bila dia stress,tertekan.

Kalau lelaki bila ada masalah,dia suka Caving (duduk sorang-sorang).Orang perempuan pula akan Tend and Befriend.Tetapi,syaratnya,ada orang yang mendengar dan menyokong.

Jika tidak,dia akan ambil tindakan primitif Fight or Flight.

Sebab itu,sangat penting untuk perempuan luahkan masalah dia.Dan mesti ada sesiapa yang dipercayai untuk mendengar.Jika tidak,dia rasa bersendirian.Dan sangatlah berisiko jika perempuan rasa dia bersendiri.

Awalnya,dia akan lawan balik.
Samada dia jadi sangat garang,tinggi suara,menjerit,tengking,baran,kasar dan perbuatan keras yang lain.

Di level ni,dia mampu lagi bagitahu dia stress,letih,dia nak bantuan,dia nak rehat,dia nak mengadu.

Masa ni boleh tackle lagi masalah dia.Semudah dengan cuma mendengar.Biasanya bila dia habis luah,dia dah rasa selesai dah walaupun masalah itu sebenarnya tak juga selesai pun.

Tapi,bila masalah itu tak didengari,
lama kelamaan dia tak ada lagi respon.Marah ke,sedih ke,suka ke,tak suka ke,sakit hati ke,dia mula berhati kering.Rumah bersepah,baju tak basuh,anak menangis,anak mengamuk,anak bergaduh,dia biar.Tak kisah lagi.

Dia berubah jadi orang lain.Yang perubahannya kita boleh rasa dan nampak.Dia bukan diri dia yang kita kenal sebelumnya.

Bila dah nampak tanda-tanda begini,ada yang akan pulih sendiri masa ke masa dengan susah payahnya.Ada juga yang perlu dibantu oleh orang lain.

Kalau dari mula kahwin,isteri suka marah-marah,baran,suka mengamuk,atau hantuk kepala ke dinding sesuka hati,saya pasti tiada lelaki mahu ambil dia jadi isteri.

Tapi,masa dan tekanan mampu mengubah manusia.Walaupun tekanan takkan sampai menyebabkan ibu ini bertindak sedemikian,tapi boleh jadi tindakan ini dicetuskan oleh sesuatu seumpamanya yang mendorong kepada gangguan jiwa dan mental yang lebih serius.

Jadi,bukan sengaja isteri membebel.Dia nak lepaskan stress.Redhalah tahan telinga.Dan kita sebagai kawan,kalau ada sahabat bercerita tentang masalah dia,jangan anggap dia lemah,tak beriman,tak beramal ibadah,tak ingat Tuhan.

Dengar....
Sekurang-kurangnya,kita tahu dia masih stabil,normal dan waras.

#istighfar
#innallahamaana

No comments: