ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 4, 2018

Keluar dari kegagalan

Ramai tanya jawapan kepada bagaimana keluar dari kegagalan. Jawapan saya, tak ada satu pun cabaran, masalah yang tidak boleh selesai bila kita meletakkan sandaran secara mutlak kepada Allah. Walaupun masalah yang kita hadapi sebesar gunung atau sebesar apa pun yang terbesar, InshaAllah ada penyelesaiannya jika kita ‘betul-betul’ kembali kepada Allah. Bukan pura-pura. Kembalilah dan buat perkara baik / ibadah dengan ilmu (yakni kena belajar ibadah secara betul dengan guru bertauliah) bukan reka-reka sendiri.

Jawapannya secara umum adalah kembali kepada Allah. Jawapan saya secara ringkas seperti dibawah :

1. Jaga solat.
Solat awal waktu. Ada ruang, solat berjemaah di masjid. Fahami makna dalam solat. Cuba untuk lebih khusyuk. Belajar solat dengan betul.

2. Buat baik kepada ibu bapa

3. Bayar zakat
Jika tak mampu bayar sekaligus, bayarlah secara ansuran. Ada ‘apps’ zakat sekarang ni. Boleh bayar online bila-bila masa. Tak perlu ke pejabat zakat. bayarlah walaupun hanya RM50 sekali bayar

4. Bayar hutang
Memang dalam keadaan susah, duit tak ada. Tapi cuba bayar balik hutang sikit demi sedikit walaupun hanya RM10.00. Utamakan bayar hutang berbanding sedekah, sedekah sunat, hutang wajib.

5. Sedekah

6. Jaga hati
Sudah-sudahlah dengki kat orang. Kita tengok dan jaga track kita jer.

7. Buat solat sunat
Solat tahajjud, dhuha, hajat, qabliah, ba’diah dll

8. Jaga solat ahli keluarga
Bukan setakat jaga solat kita. Kena juga jaga solat suami / isteri / anak-anak kita.

9. Selalu baca Al-Quran
Khatam quran. Amalkan surah Al-Mulk selepas subuh dan surah Al-Waqiah selepas Isyak.

10. Sekali sekala, baca terjemahannya sekali.

11. Selalu istighfar.
Sebanyak mungkin yang mampu dilakukan.

12. Selalu berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat

13. Selalu ucap Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

14. Selain belajar ilmu bisnes, belajarlah ilmu tauhid, usuluddin, fiqh dan tasawwuf.

InshaAllah, Allah tunjuk jalan keluar walaupun kita duduk di satu tempat / situasi yang kita rasa tak mungkin ada jalan penyelesaiannya. Kena yakin, mana ada benda mustahil jika Allah mengkehendakinya ia berlaku walaupun ianya diluar pemahaman kita.

Bila kita kembali kepadaNya, DIA kan tunjukkan jalan secara zahir dan batin. Jalan untuk keluar dari permasalahan secara kefahaman luar dan dalam. Dan juga ilham penyelesaian secara strategi dan teknik dari arah / sumber yang kita tak sangka dan disangka.

Allah akan hantar guru yang betul kepada kita. Allah akan hantar buku / bacaan / penulisan yang betul kepada kita. Allah akan hantar cerita inspirasi yang tepat kepada kita. Allah akan bagi ilham kepada kita. Allah akan bagi maklumat betul, kaedah betul kepada kita. Allah akan tunjukkan yang mana itu hak dan yang mana itu bathil dan kita tak kan keliru dengannya. Allah akan hantar kawan, pembantu / pekerja / rakan kongsi yang betul kepada kita. Allah akan hantar bermacam-macam jenis bantuan walaupun ia bukan semestinya berbentuk wang tunai namun ia jauh lebih berharga darinya (wang tunai). Kerana bantuanNya akan menghasilkan bukan sahaja tunai tapi keberkatan, kejayaan dan kebebasan dari hutang.

No comments: