ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 4, 2018

Kenapa al waqiah

Kenapa si PENJEMPUT  REZEKI kena baca dan hadam Surah  al-Waqiah?

Bila baca mafhum setiap ayat tengok banyaknya ayat pasal kiamat.

Ada cerita balasan buat penghuni neraka.
Ada juga cerita tentang nikmat ahli syurga.

Cerita pasal neraka MashaAllah takut sungguh dengan azab Allah. Baca pasal syurga rasa terbuai dengan nikmat yang bakal dikecapi.

Bila baca tentang gerunnya hari kiamat, kita cuba insaf dan seikhlasnya terdetik di dalam hati mahu menjadi orang yang baik dan bertaqwa. Tambahan pula masih punya waktu sebelum dijemput ilahi.

  Bila terbayang gerunnya terima balasan di dalam neraka, jiwa seakan takut dan gelisah mengenangkan dosa lalu.

Tambahan pula jika pernah melakukan dosa besar. Allahu. Terpaksa menitikkan air mata mengenangkan dosa agar terbit keinsafan di dalam hati.

Kiamat, syurga  dan neraka mengajar agar kita muhasabah amalan kita.

Solat aku adakah di awal waktu?

Berapa banyakkah harta aku di habiskan di jalanMU?

Sampai bila aku mahu terus hidup dalam maksiat?

Hati mula tersentuh.

Aku kena solat awal waktu.
Aku kena jaga akhlak.
Aku kena buat segala perintah Allah.
Aku kena tinggalkan segala laranganNYA.
Aku kena wujudkan taqwa.

Padanlah Umar lembut hati mendengar alunan bacaan Surah Toha.

" Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu ,malah kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Orang bertaqwa pasti mendapat akibat yang baik. "

Surah Thoha:ayat 32

Baru kita sedar.

Al-Waqiah menjemput aku agar kembali kepada tuhan. Kembali kepada fitrah alami aku sebagai hamba.

Aku baru perasan azamku agar keluar dari maksiat menyebabkan aku dalam tanpa sedar MENJEMPUT REZEKI dengan SURAH AL-WAQIAH.
.

Nota Kaya: Tekan #share banyak-banyak untuk kita jadi kaya dengan menyebarkan ilmu Allah.

Kredit: Teha Mohd Dzahir

No comments: