ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 4, 2018

Lum kawin dah fikir buruk isteri. Jgn kawinlah. Senang kiki

Malam-malam tidur dalam dorm, seorang anak muda yang nak kahwin minta nasihat erti pernikahan..nasihat bab perkahwinan..ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak...
Betul ke ustaz?

Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita...Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita... Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..

Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..

Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga.

Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik.

Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..

Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.

Berlumba-lumba basuh berak anak. Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud.

Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..

Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Allah

Tidur dan makanan asrama macam ni terus rindu mak yang amat sangat. Dulu selalu telefon makayah. Semalam tak berhenti telefon bidadari. Bila mandi ramai-ramai dengan pelajar takde pintu dan tandas pun banyak takde pintu..rasa bahagia.pelajar sini semuanya baik-baik. Makanan asrama buat terasa syukur.....-ebit lew

#www.keluargasunnah.com #4mac2017 #matradeKl #jomDaftar

#www.transformjiwa.com #whtsapp0173666848 #selepasIniSekolahAnda

No comments: