ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, November 23, 2018

Marah kerana cinta

Ustaz Salim A Fillah menyebut, "Marahnya seorang isteri adalah marah kerana CINTA. Jika ia marah kerana cemburu.  Maka cemburunya kerana Cinta."

Lalu apa yang diajarkan Rasulullah Shalallahu alahi wasallam ketika menghadapi isteri yang sedang marah? Satu akhlak yang mulia dicontohkan nabi.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, pada hari itu Rasulullah saw didatangi tetamu yang terdiri daripada sahabat Rasulullah saw.

Tiba-tiba Rasulullah saw terdengar bunyi pinggan pecah di dapur. Pinggan atau bekas makanan yang pecah itu datangnya daripada pinggan atau bekas yang dibawa oleh pembantu Zainab, isteri Rasulullah saw.

Ia pecah apabila dipukul atau ditepis oleh Aisyah ra gara-gara cemburu kerana pembantu Zainab menghantar makanan untuk Rasulullah saw sedangkan masa itu adalah giliran Rasulullah di rumah Aisyah radialahuanha.
Hal ini menimbulkan rasa cemburu di hati Aisyah ra.

Tindakan Rasulullah saw apabila menyaksikan Aisyah ra memecahkan pinggan atau bekas makanan itu, Rasullulah hanya tenang sambil memungut makanan (kurma) yang jatuh itu. Kurma yang jatuh itu dibersihkan lalu dihidangkan kepada para tetamu (sahabat) yang hadir. Lalu Rasulullah saw bersabda:"Maaf . Isteriku cemburu".

Nasihat ustaz lagi apabila isteri itu marah2 ia bukan lagi suatu fakta atau kenyataan namun hanya sekadar pandangannya atas perasaan yang bila2 masa boleh berubah. Maka tindakan terbaik sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam adalah diam selama mana ia tidak melampaui batas.

Di pihak isteri pula sejauh mana kemarahan pada seorang suami haruslah diingat, jangan sampai melupakan segala kebaikan2 suami sepanjang pernikahan. 

Andai marah itu datangnya dari cinta. Maka utamakanlah cinta sementara redakanlah api kemarahan yang tidak tentu hala itu agar perkahwinan itu terus dihiasi dengan yang indah2.

Suami dan isteri harus saling berperanan demi mencuba sebaiknya contohi nabi dalam mengharungi Asam Garam Rumahtangga.

Agar damai dan tenteram menghiasi seisi kehidupan mereka meski ada ketika ditimpa gelora sekali sekala.

Bawa bertenang.

No comments: