ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 4, 2018

Sebelum nak sebut cerai..sebut istiharah dulu..senang je nak cerai kan?


Jangan mudah2 sebut cerai
Cerai nie yg terakhir
Cerai nie bila memudaratkan isteri dan anak dari aspek kesihatan dan keselamatan
(Pandai2lah fikir sendiri apa bendanya.lain orang lain pengalamannya)
Kalau setakat hal lipat sidai kain sapu sampah pun nak cerai..hurmmm... Boleh dibincangkan lagi... Saya ada share sebelum NIE. Nanti saya letak links kat sini
Walaupun kelakar tapi memang membantu org yang terfikir nak bercerai kerana urusan rumah 

Lelaki baiki diri dulu
Isteri istikharah dulu sebelum nak mintak dilepaskan 

Perkara paling susah adalah mengubah orang
Ubah diri kita dulu
Sayangi diri sendiri
Sebabnya takde org yg akan sayang kita kalau kita tak sayang diri kita dulu
Happy kan hati sendiri dengan sendirinya pasangan kita "jeles" dan nak ambik tau apa yg kita happy sangat
Adakah "dia" puncanya kita happy atau ada "perkara" lain membuatkan kita happy

Dan hidup saya nie yg membuatkan saya happy bila saya tahu Allah selalu dengar..selalu ada setiap kali saya mengadu
Saya pegang satu perkara "orang teraniaya doanya makbul"

Sama ada suami atau isteri hati2 jangan aniya pasangan anda  
Selagi anda tak mintak maaf dan berubah malapetaka hidup anda..dare to try?
Zaman sekarang nie jarang jumpa isteri aniya suami yang banyaknya suami aniya isteri
Kan?
Tanyalah diri aku aniya isteri tak? Dari celik mata isteri sampai tutup mata isteri tue.
Belum kira yang buat dosa belakang2 isteri
Ingat isteri tak tau?
Hari ini mungkin tak tau
Tapi bila isteri tahu terimalah kesannya seumur usia perkahwinan kecuali anda berubah 360 darjah..ada harapan kemaafan diberi tapi jangan dipinta isteri melupakan.mustahil!

Sama jugak pada suami yang teraniaya
Cubalah kot-kot kenal suami teraniaya
Tanya apa perasaan mereka
Tapi lelaki biasanya senang ..cerai ditangan mereka..biasanya mudah lepaskan isteri sebab mereka punya hak..
Ada suami yg hebat terima isteri walau dianiaya dan dicurangi

Jangan main-main ye
Cuba carik dan baca doa siapakah yang makbul?
Masuk list adalah "doa orang teraniaya"

Kalau tak berani nak buat istikharah dan menghadapi keputusan istikharah yg tak dijangka..
solat hajat sajalah banyak2 supaya suami atau isteri berubah dan rumahtangga tenang aman sentosa


No comments: