ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, December 31, 2018

Azam / wishlist 2019

Azam 2019?
Memang malas nak berazam tapi nanti hujung tahun kalau panjang umur boleh tengok semula yang mana dah berjaya ditunaikan. Dan mak selalu cakap kena ada impian baru kita berusaha ke arahnya

1. Lebih menyayangi mereka semua walau sedar mesti ada termarah, terbebel, terkecil hati,tergeram, tersakit hati dan segala jenis ter😂

2. Menahan diri dari menambah hutang di saat payslip membenarkannya 🤣

3. Lebih istiqamah saving untuk menjelaskan hutang sedia ada. Pengalaman mengajar. Hapuskan hutang untuk ketenangan jiwa dan memudahkan diri jika perlu membuat keputusan yang tak terjangka. Target utama hutang kereta🤗. Caranya saving emas, bayar hutang lebih, beli hanya keperluan dan tambah income.

4. Lebih istiqamah menutup aurat (Ibu Myza Mohd Dan help me😣)

5. Khatam quran dengan tafsir. Puasa sekurang-kurangnya 3hari sebulan. Tahajud selalu terbabas. Banyak dosa Plus waktu tidur perlu diperbaiki. Beranak kecik memang payah sgt nak tidur awal. Satu hari uruskan rumahtangga dan tugas pejabat memang penat gile badan😭. Kena konsisten semula makan supplement dan makanan sunnah kerana sedar diri dah kertu😔

6. Menguruskan potongan Tabung Haji dan zakat  menerusi payslip.. Masa cuti jaga Khairy semuanya terputus dan saya transfer sendiri. Kurang disiplin. Perkara ini akan diwajibkan buat mulai Januari 2019. Insya Allah.

7. Minimalis konsep. Nak buang segala tukun dalam rumah nie.. Lagipun bahaya nanti diakhirat bakal ditanya "adakah segala benda yg banyak nie digunakan?"

8. Mengabaikan hal dan perkara yang tak perlu.Nanti terjerumus ke dosa dan lubang biawak..

9. Mendeco rumah supaya jadi rumahku syurgaku. Tengok budget dan siapa conteng dinding mama jentik tangan dia😡

10. Kurangkan makan hahaha... Susah wei ..dah masak takkan tak makan pulak😫

Wish list
1. Satu ruang santai untuk anak-anak
2. Dryer
3. Food processor
4. Apa benda nama pemutar buat kek TUE
5. Mop+penyapu elektrik
6. Pandora bead tema gold (hahaha part of saving okeyy😆)

Haha wish list semua kelengkapan rumah untuk isteri solehah dan rajin🙄 Semuanya  secara cash.kalau tak mampu kita bawa ke tahun 2020 hahahaha. Apa susah?😆

No comments: