ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, December 21, 2018

Tahap panas baran

BIla dah marah apa yang dimotivasikab semua lupa..

Apa yang ramai orang tidak ketahui, ini adalah satu langkah kepada kejayaan mengawal perasaan. Fahami ya...

Tahap Paling Teruk - Langsung tak sedar memarahi tanpa sebab dan tidak mengawal perasaaan dan melepaskan saja marah ikut suka hati...dan langsung tidak berasa salah malah bangga dengan sifat BARAN tu.

Tahap Pertama kepada kebaikan - Bila sudah marah, tersedar dan kesal. Ini ada harapan untuk berusaha memperbaiki.

Tahap Kedua kepada Kebaikan - Tengah marah, berhenti dan menghela nafas dan berhenti marah atau menukar stategi.

Tahap Ketiga kepada Kebaikan - Baru nak marah, terus bangun dan menarik nafas, lalu menukar kepada cara yang lebih baik.

Tahap Kempat kepada Kebaikan - Proaktif- terus memikirkan apa yang boleh dilakukan supaya anak-anak akan tidak melakukan perkara yang kita tidak suka. Contohnya, buat planning atau buat peraturan dan ajak dengan cara gembira agar anak-anak itu senang mematuhi peraturan itu.

Tahap Kelima dan Tertinggi - PROAKTIF dan MEMBAWA anak-anak untuk sama-sama merancang aktiviti harian mereka dan peraturan untuk mereka ikuti dan kita hormati.

So la Tahzan..jangan bersedih bagi anda yang baru tahap satu...you are on the way.

Yang perlu di 'ketuk' kepala tu yang pada tahap paling teruk tu...yang merasakan baran dengan anak-anak kecil dan besar itu satu perkara yang patut dibanggakan...kononnya mak bapak aku pun didik aku macam ni...aku jadi manusia juga...soalan ibu..MANUSIA MACAMANA? manusia yang asyik marah tak menentu dan mencederakan emosi orang lain????

Memang Ibu geram dengan orang seperti ini, kerana mereka banyak merosakkan anak-anak dan menyebabkan dunia hari ini dipenuhi dengan masalah sosial...

NAMUN, Ibu cuma geramkan perbuatan tapi orang yang melakukanya Ibu kasih dan tetap mendoakan agar cepat TERSEDAR..

Ibu Rose - Empower With Love.

1 comment:

ejulz said...

semoga kita sentiasa bersabar dan terlindung dari perasaan marah..