ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, January 31, 2019

Kelas Al Waqiah Ustazah Halimah dan kuliah Ustaz Habib Zenal


KULIAH USTAZAH HALIMAH ALAYDRUS DI UKM  19/01/2019

Assalamualaikum
Selamat pagi
Berpagi-pagi sini
Seronoknya Allah yang tahu
Sama seronok seperti pertama kali hadir majlis ilmu Ustaz Ali Habib Zenal di Setiawangsa...

Amana paling happy
Merasa masuk universiti sebagai student kecil untuk sehari
Masa saya di universiti tak pernah hadir kuliah ilmu agama mcm nie
Tak mengapalah perjalanan ilmu tak pernah berhenti
Peluang hadir lepas beranak empat😶

Ada rakan yg pm saya
Seronok ya jadi akak boleh hadir majlis ilmu selalu. Tidak lah selalu.. Seminggu sekali atau dua.. Kadang2 Jika aral minggu itu hanya melihat anak2 mengaji sahaja. Anak2 lagi Pandai mengaji dari ibunya..

Kita sebagai isteri Ibu duduk di rumah pun beroleh pahala.
Jaga anak2.. Jaga harta keluarga pun pahala juga
Yang beranak kecil insya Allah masanya akan tiba.
Pasang niat doa semoga Allah beri kelapangan untuk hadir satu masa nanti
Saya masa menjaga Khairy berbulan2 duduk di rumah menjaga anak sahaja. Keluar hanya pusing padang dihadapan rumah untuk cahaya duha sahaja..
Insya Allah masanya akan tiba untuk semua Ibu hadir majlis ilmu
Sementara itu boleh sahaja tengok video di YouTube ketika menjaga anak.

Terima kasih untuk suami yang belanja kami "berspa" dengan kuliah Al waqiah. Terima kasih kerana memahami inilah surah yang sering menemani saya ketika gundah gulana. Surah yang kerap menemani saya ketika menjaga khairy si magic jantung hati kami.

Alhamdulilah atas didikan dan rahmat Allah.

Alhamdullilah kenyang amana. Seronok dia makan bersila. Budak kecik tak fokus sangat bila dalam majlis ilmu. Tetapi duduk di majlis ilmu pun dapat jugak keberkatannya. Sekurang2nya masih boleh duduk diam.

Semalam bagitau khairy saya ada Kelas Al waqiah. Sibuk nak ikut. Saya cakap budak kecik tak boleh ikut.. Dibalas dengan soalan "kenapa tak boleh ikut? Tak boleh ke budak kecik belajar mengaji?"

Dipujuk2 sampai khairy terlelap. Siap pakej berdengkur. Pagi nie pun keluar senyap2.. Balik nanti khairy mesti datang jemput dengan muncung sedepa . Yang pasti "penyambut tetamu" yang comel si Adam akan depakan tangan dan menjerit2" mama sayang mama! "
 
Amana seronok sangat datang
Nanti insya allah kita pergi lagi
Papa carikan kuliah yang dekat-dekat dulu
 
Masa kuliah tafsir Al Waqiah
Amana bisik2 "mama amana nampak buku haid, nifas Istihadah tau"
Perangai amana Kalau dia bagi kias mcm tue maksudnya dia suruh beli.

Ada sekali tue area kejiranan ada kuliah tentang jenis2 darah wanita tapi saya ke rumah mak mertua. Mungkin Amana ingat yg saya nak ke kuliah tue tapi tak jadi.. Itu yg dia suruh beli buku nie..

Insya Allah kelapangan saya share ilmu2 yg ustazah halimah share masa kuliah Al waqiah tue. Kena ambil masa menaip. Nanti saya edit sahaja di entry ini jugak


KULIAH HABIB ALI ZAENAL AL HAMID DI MASJID MUAZ BIN JABAL  SETIAWANGSA,   SETIAP JUMAAT


Alhamdulilah selepas hampir sebulan.
Kembali lagi.
Sebelum pulang dititip doa dalam hati jumaat depan semoga dipermudahkan datang lagi.

 
Bila anak2 masih kecil jujurnya memilih jugak masjid atau surau. ...
Anak bukan jenis duduk diam.
Tak nak menganggu jemaah lain.
Tapi di sini kawasannya luas yg amat.
TV dan projekter je dah banyak.
Kawasan dengar kuliah banyak.
Kat dalam siap ada aircond dan lebih hampir dan sangat hampir dgn Ustaz Habib Zenal.
Kawasan perempuan ada beberapa kawasan. Pilih kawasan mana yang suka.

Saya memang duduk luar sebab nak pantau anak-anak dan menyuap anak2 makan. Saya bawak bekal dari rumah. Nanti anak2 lapar. Beli? Sampai pun dah masuk isyak. Sibuk membeli nanti kuliah terlepas pulak. Pernah jugak beli kat deretan gerai tapi tak kena selera anak. Jadi paling mudah bawak bekal. Sampai je tahyatul masjid dan isyak. Terus suap anak makan. Mmg sampai je anak dah mengadu lapar. Yelah dari Kajang ke setiawangsa. Keluar lepas magrib bila sampai sini dah waktu dinner anak2 biasanya.



 Amana pulak kdg2 buat homework di sini.
Dah selalu datang anak2 dah biasa dan tau utk ke toilet sendiri di tingkat bawah
Kalau amana ke toilet saya ikut atau berderet2 adik lelaki ya ikut amana.

Kat sini rmai yang bawa anak2 dengar kuliah termasuk bayi. siap bawa tilam baby.
Sangat menarik pemandangannya.
Dan paling best bila mata dah mengantuk dalam 11 malam diedar kopi panas. Yumm.



  Al Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jufri yang hadir daripada Madinah sebagai ustaz jemputan beri tazkirah tentang suami isteri.


“Suami yang baik adalah suami yang bersabar melayan karenah isteri. Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suaminya.

 -suami kena bersabar dengan Karenah isteri. Bila sabar Allah akan beri kebaikan.
-isteri kena taat suami supaya keluarga harmoni.
-memasak, bersihkan rumah, jaga anak2 bukan tanggungjawab isteri tetapi bila dibuat dikira sedekah.

 

 Adam dah ada kaki, jadi hari nie semua penat kena jaga Adam yg suka main di laluan jemaah special. Akhirnya semua surrender hantar Adam ke depan pada papa diorang. Semua tenang dan boleh rehat dan boleh tumpu pada Ustaz Habib Zenal.

 Nenek mintak gambar anak2 pakai Jubah. Bila dengar nenek nak gambar terus semua sopan-santun. Muka paling Suci. Cuba kalau tak sebut nama nenek? Takde nak duduk diam-diam. Semua asik melompat kecuali khairy yg mudah dengar arahan.


Kalau tak ada aral boleh datang ada Maulid. Selalu masa Maulid akan selawat ramai-ramai. Nanti mesti ada yang calit kat saya minyak wangi.. Kalau nak tahu di mana Ustaz Habib Zenal ada buat kuliah follow FB https://www.facebook.com/darulmurtadza/

Tahun ini suami saya dah 40 tahun dan saya pun dah 39 tahun. Setiap orang masa muda ada citer sendiri. Semoga usia dah makin nak habis nie kita sama-sama dekatkan diri ke jalan Allah. Tak lama dah pun..Sedangkan Nabi kita pun wafat umur 63. Kalau ikut umur Nabi ada lagi 23/24 tahun sahaja  umur saya dan suami yg tinggal sebelum meninggal.. Anggaplah 40 tahun yang lepas dulu penuh dosa nak cover dengan 23 tahun sahaja yang tinggal. Sempat ke kita.. Tolak usia masa kanak-kanak yang suci murni pun tetap usia berdosa lebih banyak dari usia yang tinggal sedikit nie.. Itu kalau meninggal sama usia Rasullulah..kalau esok mati camana? Allahu...

Berusaha tambah amal.. Berusaha dekatkan diri kita dan anak-anak ke jalan Allah. Di situ kita akan temui ketenangan dan kerukunan rumahtangga. Suami ya baik akan bawa semua anak-anak ke jalan Allah .Isteri yang baik mesti akan ikut suami yang ajak ke jalan kebaikan. Anak-anak makin membesar ..semoga mereka semua ditinggalkan dengan ilmu agama dan kenangan kami bawa mereka ke jalan Allah. Sampai bila nak kejar dunia? Pekerjaan juga ibadah tetapi jangan sampai ia menghalang kita khaskan waktu untuk Allah. Kita pun ada di dunia ini  tujuan utamanya adalah  untuk beribadah kepada Allah tapi selalu kita letak Allah ditempat keberapa selepas urusan dunia?

Jelaskan hutang yang ada dan  berentilah membuat hutang. Masalah hutang tak akan selesai dengan membuat hutang baru. Masalah dunia tak akan selesai dengan hutang. Sampai satu masa hutang itu akna jadi bebanan sampai mati. Hidup dengan apa yang ada kini dan nikmati sahaja apa yang Allah dah beri sekarang. Bila makin saya joint group-group anti riba lagi saya rasa lemas dengan hutang2 yang ada... Adakah Islamic Banking bebas riba? Goggle dan cariklah sendiri kebenarannya.. Tahu atau tidak apa hukumnya riba?

 Sanggupkah kita berperang dengan Allah kerana tidak meninggalkan dosa riba?
 
 
Yang ini sanggup? Riba paling ringan pun seumpama berzina dengan ibu kandung sendiri
 
Perenggan pertama Rasullulah dah sampaikan  tentang PENGHARAMAN RIBA.
 
"Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang"
 
 
 Apa itu riba? Telah dirumuskan di sini
 


Ayat kedua tue saya selalu baca. Alhamdulilah bebas dari hutang credit card dan PTPTN (lebih awal) adalah satu kejayaan personal saya dalam usaha bebas riba. Next hutang kereta. Insya Allah. Saya kan usaha bayar dan habiskan dengan secepat-cepatnya. Mungkin setel lumpsump. Semoga Allah beri jalan dan kekuatan.
 





 


No comments: