ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, March 31, 2019

Belum Rainforest Resort malaysia 24-26 Mac 2019

 
 Assalamualaikum semua
lama tak update blog
Dah berjangkit macam kawan2 blog..semuanya beralih ke FB
Takpe kita copy dari FB ke blog ye..
Jimat masa haha

Kami bawak anak2 bercuti ke Royal Belum dari 24-26 Mac 2019. Tahun lepas kami dah pernah pergi Taman Negara Kuala Tahan tapi saya rasa macam takde buat full entry. Nanti free saya buat..entah bilalah haha

Kami tinggal di Belum Rainforest Resort Memang untuk tidur semata-mata siangnya kami explore kawasan sekitar. Hotelnya sunyi dan damai. Kami memang datang untuk masuk Royal Belum. Tapi nampaknya tak ada rezeki. Sampai pun dah hampir 6 petang. Lambat sampai sebab ada accident di Terowong Menora. Nak masuk Royal Belum kena ada permit. Tak sempat nak buat. Huwaaa..Jadinya kami cuma ronda2 kawasan sekitar.
 
Tak puas hati sebenarnya sebab tak dapat masuk Royal Belum. Dulu pergi Taman Negara Kuala Tahan sungainya kecil. Royal Belum lebih luas. Nak mandi sangat dengan ikan kelah yg lebih banyak dari di Kuala Tahan. Tapi husbd cakap cukup2lah pergi sungai. Masuk gua pulak lah.. Haha.. Takpe saya dah ada satu list lagi tempat nature di Raub... Ada rezeki boleh pergi..Yang nak pergi gua tue ..carik lah gua sendiri😜 


Kami mulakan dengan isi perut. Royal Belum tak macam Kuala Tahan ye. Kat sini tak banyak sangat tempat makan. Kami makan ni di Belum Cafetaria - Belum Discovery

Naik bot melepaskan gian anak-anak. Naik bot RM250 dari jam 11 hampir 4petang.
Tapi bukan bot besar nie yang kami naik.kami naik bot kecik kat tepi tue...kihkihkih.
Bot kecik kami tersorok.
 
Yang besar nie Houseboat . Boleh sewa ramai-ramai.. Dalam houseboat max boleh 25 orang.. Tido situ.....masak situ . Mandi situ.. Segala2nya di houseboat.. Nak Ronda perkampungan org asli, pergi waterfall, trekking semua dengan houseboat. Kalau tinggal di houseboat boleh  masak sendiri je dalam houseboat.


Duduk diam-diam semua Kapten Adam nak bawak boat nie. Jangan bising-bising ya.. Nanti Adam tak boleh focus..


Amacam ada gaya,mutu & keunggulan tak?
 
Nampak tak Arief tu? Dia nie memanglah tak tau takut.


Adam teropong ayam kat tangan Khairy ke?

Apasal muka mama dah mcm saiz dulang nie? Haha . Takpe janji anak comel kan? Nanti esok lusa mama dietlah haha
 

Senang jaga budak nie. Baru naik bot kejap dah terlentuk. Yang senangnya mana-mana pun dia boleh tido.
 

Tak paham budak nie. Nak mandi sungai je pun nak pakai baju cantik-cantik. Takpelah ikut perangai mak dia zaman muda. Nak g pasar malam pun siat berseterika bagai. Naik angin je nennek diorang kat mak diorang. haha.. Jernihkan sungai belakang tue?

Abang bot bawak kami mandi kat kawasan tersorok. Sebelum sampai ke tempat tue kena lalu dulu sungai yg ada pecahan-pecahan kayu balak .Trekking sikit tapi curam. Nasib takde yg jatuh sungai. Kawasan nie memang arang orang masuk. Batu-batu kat sini siap berlumut-lumut. Licin..



Aman damai hutan nie.. 
 
Btw ada citer kelakar..Masa mandi kat sungai.. Khairy sibuk main tanah.. Korek-korek tanah dia pegi baling kat Arief. Sekali orang yang bawak bot tue tegur "kenapa main taik gajah tue" 😝😝😝
  
 Pertandingan siapa paling lapar.. Tengok gaya Adam paling lapar kan? haha
 

Dulu2 zaman bujang bila member dok panjat gunung, camping memang sy tak akan joint. Sukan pun sy tak jointπŸ˜† alergik berpeluh2 nanti makeup cairπŸ˜‚πŸ˜‚ hilang cun😝😝 Dengar org camping.. dok dlm kemah bagai selalu fikir.. Kan lagi best tidor kt rumah dari peluh2 sampai cair make up, kena gigit nyamuk, ada pacat, panas hujan.. Haishh Mcm2 lah..Tapi dah beranak empat ko pulak sibuk cari tempat2 nature.. Terbalik pulak..
 
Btw saya tetap perlu cari tempat tidur yang selesa untuk anak-anak. Siang tue takpelah nak trekking masuk hutan, mandi sungai tapi masa tidur kena jugak carik yg selesa sebab anak2 kecik lagi.. Jadi Kalau saya carik tempat2 nature pun saya mesti cari tempat tdo yang selesa dulu utk anak2.. Camana lah saya boleh masuk tempat mcm nie.. Siap ada selut2 melekat kat baju.. Kasut lekat tanah.. Hadoii.. Anak2 cakap jugak "kotor mama" selamba je cakap "nak masuk hutan tak payah nak Geli-Geli" Cuba zaman muda2 dulu 
 

Okey habis citer mandi sungai dalam hutan. Meh kita explore kawasan hotel pulak. Ini pun tak ronda sangat. Hotel nie damai dan sunyiiiiii. takut nak jenjalan sensorang takut jumpa bunian haha.. BTW janga risau kalau jalan je selalu terserempak dengan staf hotel di mana-mana saja. Tapi dah dasar penakut memang gitulah..


Kengkonon dia cuti kat oversea.
 
Amacam boleh bayang tak camana nature hotel nie?
 
Cepatlah mama!! Asik amik gambar je


Suka tengok buluh-buluh mcm nie

Alhamdulilah 4 orang anak.
Setakat ini Allah bagi.
Saat-saat happy mcm nie masih teringat kata-kata doktor masa mengandung kan khairy
"Anak puan baru dua. Yang dlm kandungan (khairy) belum lagi tentu nasibnya..."
...
Ujian Allah takkan habis selagi kita bernama manusia. Cuma lebih rasa mampu dipikul bila diubah "ujian Allah" menjadi "didikan Allah
 
takut nak mandi kolam. Berkepit jelah dengan maknya
 
Tak pernah terpikir yang saya masih boleh ketawa lagi selepas khairy lahir. (BTW ini Adam Ziqry ; adik kepada Adlan Khairy). Dengan ujian dari setiap sudut. Rupanya hujan ribut taufan petir sambung menyambung itu sememangnya ada pelangi yang sangat cantik..Pelangi akan hilang tetapi harapnya segala cuaca yang datang tetap lah ia dalam rahmat dan kasih sayang Allah untuk kami sekeluarga. Insya Allah. AMIN.

 Perasan bongsu  

 Habis beranilah konon
Menjerit2 suruh amik gambar diorang
Sambil amik gambar kena jerit sekali "Kalau jatuh.. mama tambah cubit yeee"
+
 Muka toya. Biasalah pagi-pagi nak tidur berpeluk dengan mama je tau 

 Si sulung dan si Bongsu. Love both  

 Ada kolam utk budak2 kecik. Okla senang hati mak-mak yg datang. 
 
Okey meh share tempat kami makan malam pulak.
 
Kat Royal Belum susah nak cari makan..  Tak macam di Taman Negara - Kuala Muda. Banyak sangat pilihan. Kat sini cuma ada di houseboat ini yang mana ramai tak tau. Ini pun husband borak-borak dengan guard hotel. Guard tue yang bagitau kat husbd.  Ada lagi satu tempat makan di Belum Cafetaria - Belum Discovery. Lagi satu tempat makan di jeti. Jeti pun tutup jam 9mlm😣. Mungkin kebanyakan stay di houseboat bukan hotel.
 
Houseboat maksud saya adalah jika nak masuk royal belum ramai yang sewa satu houseboat beramai2. Dalam houseboat max boleh 25 orang.. Tido situ.....masak situ . Mandi situ.. Segala2nya di houseboat.. Nak Ronda perkampungan org asli, pergi waterfall, trekking semua dengan houseboat. Kalau tinggal di houseboat so masak sendiri je dalam houseboat. Kami tinggal di hotel so mengagau cari makanan luar. Makan hotel boleh tapi dah datang tempat mcm nie mestilah nak rasa makan makanan special kat sini. Alhamdulilah dipermudahkan..
 
Semalam kami dapat mkn di houseboat. Houseboat yg nie tak sama dgn housebot sewa meronda kat Royal Belum.. Houseboat nie memang tempat tinggal. Memang rumah pun.. Owner tue tinggal sini dengan family dia. Tukang masak isterinya.. Anak2 dia pun ada.. Memang macam makan kat dapur rumah orang  je gayanya haha..
 
Owner houseboat nie pun tinggal kat sini. Selain buka kedai makan diorang jugak bukak kedai runcit. Ramai orang asli beli barang kat sini. Owner houseboat nie cuma masak by request. Owner nie pun ada open tempat bermalam. Paling murah rm90. Paling mahal RM250 sebab siap ada aircond. Tapi janganlah korang harap gayanya berbintang2 mcm hotel kat bandar tueee.
 
Btw ikan tiga rasa tue ikan sungai tauuu.. Sedap manis gebu.. isi mcm rasa ikan terubuk yg besar. Ada tulang tapi tak sebanyak tulang ikan terubuk. Kat sini takde lauk laut mcm udang sotong.. Yg ada ikan sungai dan ayam sahaja..
 
 Putih gile isi ikan. Memang fresh!

Kat houseboat nie siap ada musang. Tue adam mengadap 2 ekor musang le tue.  Saya punya lah risau sebab Adam buat musang tue macam kucing. Adam asik hulur tangan dalam sangkar musang tue

Houseboat nie jual barang2 basah. Ramai orang asli beli keperluan dapur di sini. Ada ikan ternak dalam sangkar. Owner siap suruh saya pilih ikan dalam sangkar tau. Tapi takpelah saya dapat dah ikan idaman saya dlm icebox. Masih fresh walaupun beku. Masa tunggu makanan siap anak owner tue sibuk membasuh ikan.. Ikan puyu kot.. Tak lama lepas tue anak owner tue dapat prancing 2 ekor ikan talapia. Memancing siap pakai lampu suluh kat dahi. Amana siap cakap "hebat lah budak tue macam2 ikan dia kenal. Amana satu ikan pun tak kenal" Saya gelak kan Amana "apa yg amana tau? Amana tau tik tok.. Fb.. Instagram.. Video cartoon"  Tak nak kalah amana jawab "mama lah.. Sapa suruh beli umh kat Bandar.. Beli lah tepi sungai" 😝😝😝



 

 
Risau bawak budak2.. Diorang mmg suka sgt kat sini. Melompat. Lagi bergegar lagi diorang sukaπŸ˜‘

Nampak tak contact no tue. Kalau nak datang makan atau nak Tanya bilik boleh call
 
 Okey meh citer waktu balik KL pulak..Masa balik singgah makan kat Restaurant Tasik Raban. Tempat nie lengkap semuanya. Ada surau dan toilet juga. Dah mcm RnR. Kalau waze pun ada.
 
 
Saya ambil ikan sungai.. Memang ikan yg di bakar semua ikan sungai. Kalau ada pun ikan siakap sahaja. Ikan saya ambil nie tak silap namanya kolabo. Sedap cuma saya dah biasa makan dengan kicap cili jadi kurang kick utk saya bila makan dgn kuah asam yg tak pedas. Husb pulak cakap sedap. Bersungguh2 makan siap bertambah.. Anak2 makan lauk masing2 lah.. Adam je dia buat taktik tak nak makan dia pergi letak air laici dalam pinggan dia. Setel! Takde can mama dia nak paksa makan. 
 
Sekianlah citer jenjalan kami sempena cuti sekolah. Bertemu lagi di cuti yang lain.. Kalau dilapangkan rezeki insya Allah kita jenjalan lagi. Takde rezeki kita duduk umh sebab duduk umh pun aktiviti kita anak-beranak memang penuh. Oh BTW Arief dah masuk kelab bola. Kalau rajin mak 4 anak nie share ye... Tak janji dan tak tau bila haha
 
 
 






No comments: