ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, April 11, 2019

Bila Arief naik pentas

 

Kebiasaannya orang yang pandai2 je naik pentas. Tapi siapa sangka anak yang sehingga darjah 3 dan tak boleh membaca pun naik pentas yang sama dengan anak yang bijak-bijak pandai. Tak kisahlah apa yg Arief dapat kan? Mama suka bila Arief gembira..itu sahaja..

Arief tak boleh membaca. Tapi sebagai ibu saya tak pernah salahkan dia. Saya "tinggalkan" dia macam tue saja lepas Khairy lahir. Dia ada depan mata tapi saya hanya pandang amana dan Arief "kosong" ketika itu. Sampaikan adik bongsu tegur saya "khairy tak tentu keadaannya lagi tapi angahh masih ada amana dan Arief. jangan lupa tue"

Saya hantar dan ambil Arief ke tadika begitu sahaja. Yang saya tahu ketika itu lalui hidup sekadarnya dan berjuang untuk "nafas" khairy. Perkara lain tak mampu saya nak kawal. Saya biarkan masa berlalu dan semoga satu hari nanti Allah atur yang baik2 untuk kami anak-beranak. Amana pula sejak umur 4 tahun dah boleh membaca. Bezakan?

Bila semuanya tenang.. saya perlahan2 "ambil" Arief kembali. Saya dah berani tinggalkan Khairy jadi selalu juga keluar berdua dengan Arief. Berbual-bual..ketawa kembali. Layan kerenahnya.. pegang tangannya.. Arief nampak happy. Pernah dia cakap "nanti kita keluar dua orang lagi ye" Dan sampai hari ini Arief tak habis2 cerita tentang dating kami berdua yg lepas ke Penang. Inilah anak manja saya sebelum kelahiran Khairy dan Adam. Amana memang anak papa!

Saya mula tengok pelajaran Arief. Mengaji sama-sama. Tapi nak berkeras sangat pun tak boleh. Mungkin lama hatinya "terluka" dengan pengabaian saya padanya. Saya jumpa cikgunya. Alhamdulillah cikgu darjah 3 masukan Arief ke kelas Linus atas permintaan saya. Cikgunya pun berjanji akan pantau Arief. Cikgunya guide saya beli buku yg perlu. Saya masukan Arief kelas membaca private. Cikgu tuisyen tue mengajar Arief sorang sahaja. Takpelah keluar duit lebih sikit demi anak yang saya abaikan tanpa sengaja ini. Kali pertama dengar Arief membaca jatuh air mata. Lama sungguh saya tinggalkan Arief. Sehinggakan darjah 3 pun tak boleh membaca. Tapi Arief boleh mengaji. Alhamdulillah..

Satu perkara yang saya perasan Arief akan buat sesuatu jika dia nampak kegunaan perkara tersebut. Contoh:

"Mama Arief tengah hafal surah baru. Nanti bila solat Arief boleh tukar2 surah masa solat"
"Mama Arief kena belajar kira duit sebab nanti kat kantin pakcik kantin pulang duit tak cukup pun Arief tak tahu"
"Mama Arief kena belajar baca sebab nak baca komik nie"



Ada yang tanya Arief naik pentas sebab apa..
Arief naik pentas sebab dah berjaya keluar dari kelas LINUS tue.means dia dah boleh membaca.. entah sejak bila ada hadiah untuk budak-budak LINUS saya pun tak tau..

Itu yang saya bantai gelak dengan Arief. Arief pun ketawa. Ketawa sebab kakaknya yang lebih pandai dari dia pun tak naik pentas . Tapi dia yg baru pandai membaca pulak naik pentas.
...
Dengan anak saya bantai gelak tapi bila sorang-sorang saya berfikir sendiri. Allah akan letak sesiapa sahaja yang dia kehendaki di atas "pentas" itu yang dinamakan kuasa Allah dan rezeki di tangan Allah.

Ada beberapa peristiwa yang berlaku dikeliling saya. Sekadar sharing supaya kita yakin yang rezeki memang di tangan Allah. Sudah sampai masa berhenti melihat kejayaan pada A berderet, pada kereta besar-besar, pada rumah berpuluh-puluh bijik.. ini tak bermakna pelajaran tidak penting.sedangkan saya dan suami lepasan universiti..kerjaya yang stabil dari usia muda pasti inginkan anak2 lebih baik dari kami. Tetapi lepas Khairy lahir erti kebahagian hidup berubah pada beberapa sudut.

" Ila adik aku tue sungguh kerja driver..dia boleh je bagi mak aku duit banyak2. Ada yang kerja pegawai pun gigil tangan nak bagi mak duit duit. Dengan aku yang kerja pegawai nie pun dia bagi duit selamba je.. Dia sorang kerja wife tak kerja. Anak 3 orang. Rumah beli landed house. Cuba kita tengok camana rezeki dia"

Kes lain.. si A sewa dewan kawin yang kecil sahaja. Tiba-tiba tuan punya dewan berikan dewan kawin yang jauh lebih besar.siap hiasan cantik. pelamin pun cantik.. tuan punya dewan bagitau ..penyewa yang asal tak nak teruskan sewa dewan yang telah siap dihias cantik dan dewan tersebut diberikan kepada si A. Orang lain berhabis duit nak sewa dewan yang gah tetapi jika Allah berikan rezeki tiba-tiba yang bayar murah pula punya rezeki.

Teringat satu statment pada salah seorang adik saya oleh anak jiran "eh kakak kau tue dulu kan bodoh. Camana boleh masuk universiti"

Amboi amboi amboi...

Hari ini nampak anak orang tue tak pandai..esok lusa kita tak tau..hari ini nampak anak kita lulusan universiti tapi taukah dalam diam apa dia buat belakang kita yang kita tak sangka? .hari ini nampak orang itu kaki maksiat esok lusa dialah pengunjung setia masjid.  setiap takdir hidup boleh berubah..

Banyak kes lain lagi. Bagi yang hendak berfikir pasti nampak pengajaran dalam setiap peristiwa yang berlaku di keliling kita. Tetapi bagi yang "buta" tetaplah tertipu dengan helah dunia.

Sebagai ibu kita usaha sahaja yang terbaik. Yakin sungguh2 rezeki di tangan Allah. Dan didik anak-anak kita supaya ada hati yang baik. Mak saya cakap kalau hati baik insya Allah macam mana pun Allah selamatkan.

No comments: